FictionAuthorFollow  panda(s)

Tic Toc [Oneshot]


Title : Tic Toc.
Main characters : Park Soyeon & Lee Gikwang.
Minor characters : Park Hyomin, Jang Hyunseung & Yoon Doojoon.
Genre : Romance, slight angst, school life, etc.
Language : Bahasa Melayu.
Type : Oneshot.
Number of words : 5659 patah perkataan.
Author : Husna Hamzah.

-------------------

Tekan ni dulu, baru boleh baca ~.~


16 Mac 2015

            Gambar yang ditampal di pintu loker, ku tatap. Lantas senyuman nipis sedikit demi sedikit muncul pada wajah.

            “Kau buat apa tu? Masih tatap gambar Gikwang ya? Hahaha.” kedengaran satu suara di belakangku. Aku terkejut lalu segera berpusing ke belakang. Erk, Hyomin. Aku segera menekup mulutnya. Cis budak ni, kenapa perlu sebut kuat-kuat?

            “Woi diamlah. Kau nak satu sekolah tahu yang aku suka dia apa?” perlahan-lahan aku menarik tanganku. Hyomin mengelap bibirnya yang penuh dengan peluh dek bahang tapak tanganku dan bibirnya bersatu. Aku memandang sinis ke arahnya, tanda bahawa aku akan melakukan sesuatu padanya kemudian. Hyomin hanya tersengih lebar.

            “Kau ni Soyeon, kau masih sukakan dia?” aku yang sedang mengeluarkan beberapa buah buku teks untuk dibawa masuk ke kelas, terhenti sebentar. Aku memandangnya lalu mengecilkan mataku.

            “Dah tu kau ingat, aku ni suka tukar-tukar orang yang aku minatlah?” Hyomin sekali lagi tersengih sambil menggaru kepalanya. Budak ni memang nak kenalah.

            “Manalah aku tahu. Aku ingat kau tak suka dia dah. Hehehe.”

            “Tulah kau. Asyik melekat dengan handphone je. Bila dah ada boyfriend, terus lupa aku. Tsk.” pandangan Hyomin terhadap telefon bimbit yang dipegangnya kemas dialihkan, memandang pula ke arah aku. Hambik kau. Sekali perli yang aku bagi. Padan muka.

            Kali ni giliran Hyomin pula yang pantas menekup mulutku. Aku terlupa, hubungan antaranya dan Hyunseung masih lagi dirahsiakan. Hanya aku sahaja yang tahu tentang hubungan mereka berdua. Gikwang yang juga merupakan kawan baik Hyunseung pun tak tahu tentang hal ni.

            KRING!

            Loceng berbunyi menandakan semua pelajar harus masuk ke dalam kelas. Aku dengan pantas mengeluarkan buku teks yang diperlukan lalu mengunci loker. Aku kemudiannya menarik lengan Hyomin yang sedang ligat membalas mesej di telefon bimbitnya dan segera menuju ke kelas.


-------------------


            Tombol pintu segera kupulas, melangkah masuk dengan penuh perasaan yang bercampur-baur bersama Hyomin. Kelihatan Hyunseung dan Gikwang sudah berada di tempat mereka. Tetapi kali ni, mereka tidak bersama. Mereka berdua duduk berasingan. Hyomin dengan lajunya bergegas duduk di sebelah Hyunseung, meninggalkan aku terpinga-pinga keseorangan. Tsk. Tak guna punya kawan. Mentang-mentanglah boyfriend ada dalam satu kelas, terus tinggalkan aku.

            Aku hanya menggelengkan kepala. Gikwang memandang Hyomin dan Hyunseung dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya. Aku memerhatikan sahaja gerak-gerinya. Perlakuannya tak seperti biasa hari ni. Baru sahaja aku mahu bergerak ke tempat duduk yang kosong, Gikwang memandangku lalu melambaikan tangannya. Dia bingkas bangun lalu berjalan ke arahku.

            “Soyeon-ah, lama tak jumpa kau. Rindu.” Gikwang tersenyum lalu menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Dia merehatkan kepalanya di atas bahuku. Terasa seperti ada sekumpulan rama-rama berterbangan di dalam perutku. Masa seakan terhenti berputar seketika. Lantas sebuah senyuman nipis terbit di bibirku. Aku dengan gementar membalas pelukannya. Gembiranya bukan kepalang. Dia rindukan aku! Dia rindukan aku!

            “A-aku pun- rindukan kau, Gikwang-ah.” walaupun aku tidak nampak bagaimana reaksinya, tapi aku tahu yang dia sedang tersenyum. Aku tidak dapat tahan daripada terus tersenyum seperti orang bodoh saat itu. Dia dengan perlahan melepaskan pelukan lalu menarik tanganku, menuju ke tempat duduk di sebelahnya. Gikwang duduk di tempat asalnya, membiarkan aku terpinga-pinga sekali lagi.

            “Duduklah.”

            “Eh?” perkataan tersebut tiba-tiba terkeluar dari buah mulutku. Walaupun aku memang mahu duduk di sebelahnya, tetapi aku tidak mahulah dia tahu yang dalam diam aku bahagia. Aku harus kawal perasaanku dihadapannya. Gikwang hanya ketawa melihatku.

            “Lah, kau tak nak duduk sebelah aku ke?”

            “B-bukan macam tu. Cuma aku-”

            “Ah! Kau lebih rela duduk di sebelah si nerd tu kan?” Gikwang memotong percakapanku sambil menudingkan jarinya ke arah Jae Min yang sedang sibuk membetulkan kaca matanya lalu kembali meneruskan pembacaan. Biar betul Gikwang ni? Takkanlah dengan Jae Min, si ulat buku tu? Eh silap. Ini dah bukan ulat buku dah. Ini dah gila buku namanya. Gilanya bukan sebarang gila. Aish, boleh gila aku dibuatnya!

            “Ani ani! Aish, arasso! Aku duduk sebelah kau jelah.” Gikwang sekali lagi dengan selambanya menghamburkan ketawanya padaku. Dia tahu yang aku akan mengalah dengannya. Well, itulah kelemahan aku. Dan dia tahu itu. Tanganku laju mencubit bahunya. Dia mengerang kesakitan diselangi dengan beberapa buah ketawa. Tsk, budak ni. Aku menjelingnya lalu melabuhkan punggungku di sebelahnya.

            Pandanganku beralih pula ke arah Hyomin dan Hyunseung. Mereka sungguh mesra bagaikan tiada orang lain di sekeliling memerhatikan mereka. Padahal semua mata memandang mereka lain macam. Ah bagus. Kata tak nak orang tahu. Korang berdua sendiri yang bagi kantoi. Bagus sangat.

            “Soyeon-ah, Hyomin dan Hyunseung tu ada apa-apa hubungan ke? Nampak mesra semacam je aku tengok.” ‘Ya Gikwang, ya. Mereka berdua ada hubungan yang istimewa. Kenapa Gikwang, cemburu? Tapi takkanlah kau cemburu kot. Kau tak suka Hyomin, kan?’ Nak sahaja aku kata begitu pada Gikwang. Tapi bila difikirkan balik tentang janjiku pada Hyomin dan Hyunseung, niatku terhenti setakat di situ.

            “Rasanya mereka hanya berkawan baik.” balasku pendek sambil memandangnya. Pandangan Gikwang masih lagi pada Hyunseung dan Hyomin, tanpa senyuman di bibirnya.


-------------------

Click this;


22 Mac 2015

            Buku-buku kususun satu-persatu dengan kemas dan kemudiannya kujinjing keluar dari kelas. Gikwang sudah terlebih dahulu meninggalkanku. Lapar katanya. Dia menyuruhku untuk menyusulnya ke kafeteria kemudian. Belum sempat aku meletakkan buku di dalam loker, terdengar satu suara menyapaku dari belakang. Aku menoleh. Eh, Hyunseung?

            “Soyeon-ah, ni kau punya kan?” Hyunseung menghulurkan sesuatu padaku. Pada mulanya aku hanya memandangnya dengan sepintas lalu. Kali kedua dipandang- Eh?!

            “M-mana kau d-dapat b-benda ni?!”

            “Whoa whoa whoa bertenang! Aku tak curi okey? Benda ni jatuh dari buku yang kau pegang tu. Aku dah nampak, ambil jelah. Selamat tak ada orang lain masa tu. Haha.”

            “A-aku boleh jelaskan.”

            “Haha, kau tak perlu jelaskan apa-apa. Aku dah tahu. Kau suka dia kan, Gikwang?”

            “Ah, a-ani!” ‘benda’ yang Hyunseung pegang itu adalah gambar Gikwang sewaktu dia masih kecil. Aku segera mengambilnya dari pegangan Hyunseung lalu meletakkannya di penjuru loker. Darah menyerbu naik ke mukaku dah pipiku terasa panas. Aku tertunduk malu. Dia sudah tahu rahsia terbesar aku. Dia hanya ketawa kecil melihat gelagatku. Ah, matilah aku!

            “Dah tu kenapa ada gambar dia dekat pintu loker kau? Bukan tu je. Ada banyak lagi bersepah dalam tu. Patutlah selama ni Hyomin selalu minta gambar Gikwang dari aku. Aku ingatkan dia dah mula ada hati pada Gikwang. Rupa-rupanya kaulah peminat setia dia ya! Hahaha.”

            “Yah pabo-ya! Shh!” aku yang sedang kelam-kabut menyimpan gambar-gambar Gikwang, segera menekup mulutnya. Sama seperti apa yang aku lakukan pada Hyomin pagi tadi. Haih, mereka berdua ni memang betul-betul serupalah. Suka sangat cakap kuat-kuat.

            Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari bibirnya. Sekali lagi Hyunseung ketawa kecil melihat reaksiku yang agak terkejut apabila semua kebenaran dibongkarkan olehnya sendiri. Hyunseung memandangku lalu bermain dengan keningnya, akhirnya membuatkan aku turut ketawa sekali.

            “So betullah ni. Kau sukakan dia?”

            “Er-”

            “I’ll take that as a yes!” Mukaku menjadi semakin merah dek menahan malu di hadapan Hyunseung. Pipiku terasa panas. Aku mengipas leher dan mukaku lalu mengeluh dengan perlahan. Hyunseung memandangku, tersengih lebar.

            “D-dahlah Hyunseung! Jom kita pergi. H-Hyomin dan Gikwang mungkin tengah tunggu kita tu.” aku menarik lengan Hyunseung, menuju ke kafeteria. Hyunseung yang masih tersengih lebar, hampir terjatuh dek daya tarikan yang begitu kuat menariknya. Kali ini, giliran aku pula yang mentertawakannya.

            “Jangan risau, aku akan jaga rahsia kau baik-baik.” telingaku dibisikkan dengan kata-katanya itu, secara tidak langsung membuatku tersenyum nipis. Hyunseung hanya tersenyum lalu mengenyitkan sebelah matanya padaku. “Aku percayakan kau.” balasku.


-------------------


30 Mac 2015

            “Weh, kau tolong siapkan kerja kitaorang boleh tak? Kitaorang ada hal penting yang nak kena siapkan hari ni juga. Bye!”

            Aku, Hyunseung dan Hyomin berada di rumah Gikwang, sedang mengemas ruang makan. Pelbagai dekorasi telah kami gantung serta terdapat belon-belon daripada pelbagai jenis warna di siling. Hari ini merupakan hari lahir Gikwang. Gikwang yang terkenal dengan sifatnya yang mudah percaya akan kata teman-temannya, tidak tahu bahawa kami melakukan semua ini untuknya. Tsk, pabo.

            Bunyi tombol pintu dipulas. Kami bertiga pandang antara satu sama lain dan timbul satu senyuman sinis di muka kami. Kami segera bersembunyi di tempat yang telah dirancang sambil menahan ketawa, tidak sabar untuk melihat reaksi Gikwang setelah tahu apa yang terjadi.

            “Tsk. Tak guna punya kawan. Dahlah tak ingat yang hari ni hari lahir aku. Dorang boleh pulak suruh aku buat kerja dorang? Ah, sakitnya hati! ” Gikwang mengeluh. Kami hanya mampu menahan ketawa mendengar kata-katanya. Dia kemudiannya melangkah ke arah ruang makan, masih tidak tahu akan keberadaan kami.

            1 2 3!

            “Saengil chukha hamnida,
            Saengil chukha hamnida,
            Saranghaneun Gikwang-ah,
            Saengil chukha hamnida~”

            Gikwang hanya terkedu.

            “Yah pabo-ya!” aku menggoncangkan tubuhnya. Wajahnya tidak menampakkan sebarang reaksi.

            “Lee Gikwang!” aku berteriak sambil terus menggoncangkan tubuhnya. Gikwang menggelengkan kepalanya, tanda dia sudah kembali ke alam nyata. Gikwang seperti baru tersedar dari mimpi, seperti kanak-kanak kecil yang tersesat di sebuah tempat yang sesak dengan orang ramai. Hyunseung dan Hyomin hanya ketawa melihat kami lalu turut menggoncangkan tubuhnya, memastikan Gikwang sudah sedar sepenuhnya.

            “Gikwang-ah, bangunlah.” kali ni Hyunseung pula yang mengambil alih. Gikwang memandang ke arah kami sambil tersengih-sengih. Aku hanya menggelengkan kepala lalu menepuk belakangnya. Tsk.


-------------------


            “Soyeon-ah~~~” panggil Gikwang dengan nada kebudak-budakkan dari ruang tamu.

            “Aku tengah sibuk ni. Kalau setakat panggil nak ajak main, baik tak payah. Pergi cari Hyunseung kalau dah bosan sangat.”

            Bunyi deruan tapak selipar semakin didengari, tanda Gikwang sudah mulai muncul. Aku berpaling ke belakang, kelihatan Gikwang sedang duduk di atas bangku berhadapan bar dapur. Tangan kanannya ditongkatkan di bawah dagu, sambil memandang ke arahku. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Pandangan mula dialihkan, ke arah pinggan yang masih banyak di dalam sinki.

            Senyap.

            “Wae-yo?” pandanganku masih lagi terhadap pinggan yang kupegang.

            “Ehem, gomawo.” darah pantas menyerbu naik ke mukaku. Tanpa kusedari, terbit satu senyuman pada mukaku. Aku cuba untuk tidak memandangnya, tidak mahu dia tahu yang mukaku merah bagai nak gila.

            “Ah, benda kecil je tu. Tak ada apa-apalah.” balasku pendek.

            Aku sangkakan Gikwang telah pergi jauh dariku. Ternyata sangkaan aku meleset. Sepasang tangan kini memeluk pinggangku. Lama-kelamaan, sentuhannya menjadi lebih agresif. Tangannya ligat menggeletek di segenap penjuru pinggangku. Spontan aku menjerit kerana terkejut bercampur geli.

            “Yah Lee Gikwang! B-berhenti! Ahahahaha!”

            “Shireo!”

            “Yah Gikwang, j-jugulle?! G-Gikwang, ber- ackkk!”

            Badan kami hilang imbangan lalu jatuh ke bumi. Badanku terhempap di atasnya. Malang berlaku, bibir kami bertemu di situ. Masing-masing membutangkan mata, terutama aku. Cepat-cepatku bangun, membetulkan pakaian, merapikan rambut lalu segera berpaling, menyambung kerjaku tadi.

            “Er, a-aku pergi dulu.” ucap Gikwang, bangun lalu segera beredar.

            “First- first kiss aku...” perlahan-lahan aku menyentuh bibirku. Perasaanku bercampur-baur. Terkejut, kerana Gikwang menciumku tidak kena pada tempat dan masanya. Sedih, kerana ciuman pertamaku telah diambil oleh Gikwang tetapi malangnya dia tidak tahu yang aku ada hati padanya. Di satu sudut, aku juga bahagia kerana dia yang telah menciumku, dan bukannya orang lain.


-------------------


13 April 2015

            Sudah masuk dua minggu aku menghindar dari Gikwang. Aku tidak langsung mengangkat panggilan telefon mahupun membalas mesej daripadanya. Malu tak terhingga rasanya. Sampai sekarang aku masih tidak berani untuk berhadapan dengannya. Walaupun mungkin baginya first kiss itu tiada maknanya, tetapi aku pula rasa yang sebaliknya.

            “Kau ada hubungan dengan Hyunseung kan?”

            Soalannya, membuatku tersentap. Sejak bila Gikwang berada dekat denganku? Dia bertanya seolah-olah aku dengan Hyunseung memang betul-betul mempunyai hubungan. Dan dia juga seolah-olah sudah lupa akan insiden lalu.

            “Yah Soyeon, aku tengah cakap dengan kau ni.” mungkin Gikwang betul-betul sudah lupa. Ah, biarkanlah. Mungkin ini lebih baik, dari terus ingat tentang kejadian itu. Tenang Soyeon, tenang.

            “Huh? Apa dia?”

            “Kau- dengan Hyunseung ada apa-apa hubungan ke?”

            “What makes you think like that?”

            “Aku nampak kau-”


FLASHBACK (GIKWANG’S POV)

            Aku bersembunyi di sebalik loker yang tidak jauh dari kelas Soyeon, menunggu Soyeon untuk keluar dari kelas memandangkan aku dan dia berpisah gara-gara berlainan subjek yang kami ambil. Jam menunjukkan sudah pukul 9:50 pagi. Ah, aku awal.

            Soyeon dan Hyunseung berjalan keluar dari kelas bersama, sambil tangan Hyunseung dililit kemas di tengkuk empunya Soyeon. Mereka bergelak ketawa, menuju ke arah loker Soyeon yang tidak jauh dari kelas. Hyunseung mendekatkan bibirnya di telinga Soyeon, memberitahunya sesuatu yang tidak lama kemudiannya membuatkan Soyeon turut tergelak kuat bersamanya. Ah, geramnya aku! Kenapa mereka tak pernah memberitahu apa-apa padaku? Apa yang mereka rahsiakan dari aku dan Hyomin? Atau- mereka berdua ada apa-apa hubungan? Ya, mereka pasti ada hubungan. Aku harus mengucapkan mereka tahniah! Kalau macam tu, lebih senanglah untuk aku mendekati Hyomin, kan?

END OF FLASHBACK/POV.


            “..What?! Gikwang, kau-”

            “Ah, betullah kan? Chukahae! Akhirnya kawan aku yang kasar ni pun dah ada boyfriend!” belum sempat aku menidakkannya, Gikwang menyambung, “Soyeon, kau kena tolong aku, boleh?”

            Aku hanya menggelengkan kepala. “Tsk. Tolong apa? Jangan benda yang bukan-bukan sudah.”

            Gikwang memandang di sekelilingnya, memastikan tiada sesiapa yang dapat mendengar perbualan antara aku dengannya. “Er, p-pasal Hyomin.” Tergagap-gagap Gikwang menyatakan ayatnya yang satu itu. Tidak lekang juga senyuman di wajahnya. Kenapa aku tiba-tiba rasa tak sedap hati ni?

            Aku terdiam sebentar, mengatur ayat untuk ditanya padanya.

            “K-kenapa dengan dia?” aku mencuba untuk bertenang, tidak mahu dia ketahuan apa-apa.

            “S-sebenarnya, a-aku dah lama suka pada Hyomin. Tapi aku tak tahu macam mana nak beritahu dia. Kau tolong aku, boleh?”

            Ayat itu. Ayat yang paling aku tak mahu dengar sepanjang aku hidup. Haha. Ayat itu muncul juga akhirnya. Harapanku musnah dalam sekelip mata. Duniaku seakan-akan hancur. Kenapa Hyomin, dan bukannya aku? Kenapa dia tidak pernah sedar akan perasaan aku terhadapnya? Ciuman itu, memang tiada makna baginya?

            Aku menundukkan kepala, tidak mahu Gikwang mengesan akan perubahan pada wajahku. Sebutir air mataku terjatuh. Aku kehilangan kata-kata. Aku tidak mahu membantunya. Tetapi dia adalah kawan baikku, dan dia suka pada bestfriend sehidup-semati aku. Apa yang aku harus lakukan? Ya Tuhan, tolonglah aku.

            “Soyeon-ah?”

            “A-aku terpaksa pergi.” aku pantas mengelap air mataku lalu segera mengangkat kaki, beredar meninggalkan Gikwang terpinga-pinga. Aku perlukan masa untuk hadapi semua ni. Aku perlu terima hakikat yang cintanya bukanlah untukku.


-------------------

Tak bukak, siap! ~


24 April 2015

            Aku memandang ke arah luar tingkap, teringat akan kata-kata Gikwang dahulu. Sudah lama aku menjauhkan diri darinya. Mula-mula berkenaan dengan first kiss aku, sekarang tentang Hyomin pula. Hyomin, untungnya kau. Ada dua orang jejaka kegilaan ramai suka pada kau. Sedangkan aku? Aku terasa seperti aku menjadi penghalang antara mereka bertiga. Aku tak patut berada di sini.

            Pintu bilikku diketuk. Hyominlah tu. Sudah beberapa minggu aku tidak memunculkan diri di sekolah. Tiada semangat. Hyomin mengambil keputusan untuk tinggal bersamaku memandangkan kondisiku semakin lama semakin teruk. Hyunseung pula, setiap hari dia akan melawatku di rumah kerana sudah pasti dia tahu apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka berdua masih tidak tahu mengapa aku berubah secara mendadak. Aku masih tidak mahu memberitahu mereka. Gikwang pula, seolah-olah menghilangkan diri. Probably tengah berseronok dengan teman-temannya yang lain kot.

            “Soyeon-ah.” aku berpaling ke arahnya. Perlahan-lahan Hyomin masuk, membawa makanan bersamanya.

            “Soyeon, makanlah sikit.” Hyomin tersenyum. Aku duduk di tepi katil, di sebelah Hyomin. Aku memandang ke arah makanan yang dibawanya dengan pandangan yang tiada makna, kosong. Samgyetang [ginseng chicken soup], makanan kegemaranku sudah tersedia di hadapanku. Tapi entah kenapa aku tiada selera untuk menjamah hidangan tu.

            “Tak apalah. A-aku tak lapar.” aku hanya mampu tersenyum lemah. Hyomin memandang ke arahku.

            “Soyeon-ah, mind telling me why you’re acting like this? I mean, kenapa kau tiba-tiba berubah? Is this about-” aku memandangnya. Hyomin hanya mengeluh. “Yeah. Of course it’s about him. What did he do to you this time?” Hyomin memandangku dengan pandangan yang serious. Seolah-olah mahu melakukan sesuatu pada Gikwang.

            “You don’t want to know-”

            “Tell me.” Hyomin mendesakku. Really Hyomin? Kau betul-betul nak tahu apa puncanya?

            Aku menarik nafas sedalam yang mungkin, tidak tahu harus mulakan dari mana.

            “Dia- dia sukakan kau, Hyomin. He likes you. Now you happy?”

            Spontan mulut Hyomin terbuka luas.

            “Mianhae. Chincha chincha mianhae. Aku tak tahu pulak akan jadi macam ni.”

            “Me neither.” bahuku dijungkit. Perasaan sebak tidak dapat ditahan lagi. Sebutir demi sebutir air mataku jatuh. Pedih rasanya pabila teringat kembali apa yang Gikwang pernah katakan. Hyomin segera menarikku ke dalam dakapannya. Spontan beberapa buah esakan keluar dari bibirku.

            Perit. Itu yang hanya mampu aku katakan.


-------------------


25 April 2015

            Aku berjalan di sekeliling pusat membeli belah, mencari jikalau ada apa-apa yang menarik perhatian. Sudah lama aku tidak keluar dari rumah. Inipun, Hyunseung dan Hyomin yang mendesakku untuk keluar bersama mereka. Aku terpaksa bersetuju memandangkan mereka tetap berkeras menyuruhku keluar. Entah apa sebabnya pun aku tak tahu.

            Eh tapi, mana Hyomin dan Hyunseung?

            Ah lantaklah. Sekejap lagi jumpalah dorang tu.

            Disekelilingku, terdapat banyak couple yang berpegang tangan, berjalan bersama-sama. Aku tersenyum. Ah, cemburu. Aku teringin mahu lakukan seperti itu bersama Gikwang. Tapi itu semua tak mungkin.

            Aku memberhentikan langkah, memandang ke arah teddy bear yang terletak di bahagian pameran kedai cenderahati di hadapanku. Teringin. Keluhan berat dilepaskan. Aku tahu, aku sendiri mampu untuk mendapatkannya. Tetapi lebih bermakna jikalau hadiah seperti ini diberi oleh orang yang aku sayang. Aku menjatuhkan pandangan. Air mataku mulai mengalir. Perlahan-lahan aku mengatur langkah, meninggalkan kedai tersebut.


            ‘Ireoke nan tto ~ Itchi mothago ~ Nae gaseum soge kkeut naji anheul iyagil sseugo isseo ~


            iPhone 4 milikku mulai berdering. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit tersebut dari beg selempangku. Aku melihat ke arah skrin telefon. Tiada nama pemanggil. Pelik. Lantas aku memandang keadaan sekeliling, takut-takut kalau ada sesiapa yang mahu cuba mengenakanku. Dengan perasaan ragu-ragu, aku menekan butang hijau.

            “Y-yeoboseyo?”

            “Yeoboseyo. Ni Park Soyeon ke?” satu suara dihujung talian bertanya akan namaku. Eh wait, macam mana dia boleh tahu? Dia si seorang stalker ke apa? Dengan pantas aku mengelap air mataku.

            “Boleh saya tahu siapa ni?”

            “Yah Park Soyeon! Takkanlah suara aku pun kau tak kenal!”

            “Doojoon-ah? Doojoon-ah! Yah Doojoon-ahhhhhhhhhhhhh!~” aku menjerit kegembiraan.

            Doojoon merupakan kawan baikku sejak kecil. Kami membesar bersama-sama. Ketika kami berumur 14 tahun, kami bertemu dengan jiran baru kami, iaitu Hyomin. Dan akhirnya, kami berkawan baik. Tidak lama kemudian, Doojoon terpaksa berpindah keluar negara memandangkan keluarganya terpaksa menguruskan syarikat mereka yang baru membuka cawangannya di luar negara. Tinggalah aku di sini, bersama Hyomin sehingga sekarang.

            “Ah ingat lagi rupanya dekat aku nih. Ingatkan dah lupa terus. Tsk.” ayatnya yang berbaur perlian kedengaran di hujung talian.

            “Yah sejak bila pulak aku yang lupa kau? Kau yang lupa aku adalah! Mentang-mentang dah duduk jauh, terus lupa orang sini.” balasku. Hah padan muka kau Doojoon. Kau perli aku kan? Ambik kau.

            “Yelah yelah, mianhae ye sayang~”

            “Tak payah nak bersayang-sayang dengan aku. Geli. Weh, aku rindukan kau. Aku nak sangat peluk kau. Agaknya macam manalah rupa kau sekarang eh? Macam dulu jugak kot. NERD. Hahahaha.” Kataku dengan nada gurau. Sengaja aku memberi penekanan yang lebih ketika menyebut perkataan nerd tu. Doojoon dengan selamba menghamburkan ketawanya.

            “Hahahaha. Well, you can hug me now if you want~”

            “W-wait, now? Yah Yoon Doojoon! Kau dekat mana ni?!” Aku bertempik. Doojoon ketawa kecil.

            “Where else? Aku dekat belakang kaulah, pabo. Tsk.”

            Aku pantas berpaling ke belakang. Membutang mataku pabila melihat wajah Doojoon yang sudah lama tidak kutatap. Dia- betul-betul dah lain. Doojoon hanya tersenyum sambil memegang teddy bear yang aku inginkan itu, Lantas tangannya terbuka luas meminta pelukan. Aku dengan tanpa ragu-ragu, segera berlari ke arahnya lalu memeluknya dengan erat. Doojoon membalas pelukanku, sebelah tangannya mengusap-ngusap rambutku manakala sebelah lagi memeluk pinggangku. Wajahnya dibenamkan di leherku, menghela bau wangian yang kupakai. Kakiku dijengketkan, tangan melilit kemas di tengkuknya. Kami tidak mengendahkan orang di sekeliling. Yang kami tahu, hanya kami berdua sahaja yang berada di situ.

            “I miss you, Yoon Doojoon.”

            “Tsk. I miss you too, pabo.”


-------------------

Tekan tekan tekan ~


            Kami berjalan berpegangan tangan, mengelilingi pusat membeli belah sambil memakan gula-gula kapas yang dibeli oleh Doojoon. Sudah lama aku teringin untuk memegang tangannya. Bukan kerana aku suka padanya, tetapi kerana aku sangat merinduinya. Sudah lima tahun kami berjauhan, siapa yang tidak rindu? Sewaktu kami kecil dahulu, aku selalu memegang tangannya ketika bersamanya. Kali ini juga aku melakukan perkara yang sama. Tak salah, kan?

            Doojoon memberitahuku, bahawa ini semua adalah rancangan Hyomin dan Hyunseung. Ah, patutlah mereka berdua tidak habis-habis memaksaku untuk keluar dari rumah dan tinggalkanku keseorangan tadi. Mereka sudah tahu dari awal rupanya!

            Tidak lama selepas itu, kami terserempak dengan Hyunseung dan Hyomin. Gikwang- pun ada bersama. Dari raut wajahnya, dia nampaknya tidak senang akan kehadiran Doojoon. Lebih-lebih lagi Doojoon berada begitu dekat denganku. Pandanganku dijatuhkan. Terusku terdiam, tidak mengeluarkan sebarang kata.

            Takkanlah Gikwang- cemburu?

            Tak mungkin. Dia sukakan Hyomin.

            Doojoon, Hyunseung dan Hyomin rancak berbual, manakala aku dan Gikwang masih lagi terdiam. Dengan perlahan aku melepaskan tangan Doojoon, mahu pergi mengambil udara segar. Atau lebih tepat lagi, aku ingin menghidar dari Gikwang. Doojoon sedar akan perubahan wajah dan sikapku. Tetapi dia masih tidak melepaskan pegangannya, sebaliknya menggenggam tanganku dengan lebih erat lagi. Aku memandangnya, dia tersenyum nipis, berharap untuk aku terus bersamanya. Aku hanya mengangguk.

            Kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di kedai makan. Aku duduk di sebelah Doojoon, menghadap Gikwang. Perit rasanya tidak dapatku gambarkan. Ikutkan hati, mahu sahaja aku pergi dari situ. Tetapi aku fikirkan keadaan Doojoon. Aku rindukan dia, dan dia pun juga rindukan aku. Aku mahu meluangkan masa bersamanya dan tidak mahu diganggu oleh orang lain, terutama Gikwang. Oh bagus betul. Sekarang semua rancangan aku dah rosak.

            Doojoon segera bangun dari tempat duduknya.

            “Um, aku nak ke tandas sekejap. Makanlah dulu, k?” katanya sambil mengusap kepalaku. Aku hanya mengangguk lemah. Gikwang sekali lagi memandangku. Tetapi pandangannya sikit pun tidak aku endahkan.

            Ah. Aku dah penat. Aku harus pergi dari sini.

            “Er, mian. Aku terpaksa balik sekarang. Tell Doojoon to stop by at my house whenever he has time. See you at home, Hyomin. Bye Hyunseung.” Gikwang berhenti dari terus menjamah hidangannya, lalu memandangku. Hyomin dan Hyunseung hanya mengangguk. Aku bangun lalu segera melangkah kaki beredar dari situ.


-------------------


            Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki, daripada menaiki teksi pulang ke rumah. Entah kenapa aku jadi begini. Semuanya serba tak kena. Aku perlu hindar dari Gikwang. Aku tak boleh terus-terusan begini.

            “Soyeon!” sapa satu suara dari belakang. Aku pasti itu adalah Gikwang. Aku tidak berpaling, sebaliknya hanya berhenti berjalan.

            “Apa kau nak?” tanyaku dengan dingin.

            “Kenapa kau asyik menjauhkan diri dari aku? Apa salah aku? Apa kaitannya Doojoon dengan kau? Soyeon-ah, siapa aku di hati kau sekarang? Aku ni kawan kau ke tidak?” bertubi-tubi soalannya ditujukan padaku. Dengan serta-merta mulutku terkunci. Air mataku kutahan. Kenapa Gikwang? Kenapa kau buat aku jadi serabut sampai macam ni sekali?

            “Answer me, Park Soyeon.” katanya dengan lembut.

            Badanku dipusingkan, kini menghadapnya pula. Dari jauh di sudut pandanganku, Doojoon kini berada di belakang Gikwang, memandang tepat ke arahku. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.

            Pandanganku dialihkan kembali kepada Gikwang, yang masih tertanya-tanya akan jawapanku. Lantas anak mata kami berlaga. Jantungku berdegup kencang, tetapi pada masa yang sama, hati merasa sakit pabila melihat wajahnya.

            “Kenapa aku jauhkan diri dari kau? Tanya diri kau tu dulu, Gikwang. And Doojoon tu? Dia boyfriend aku. Benda tulah yang aku nak beritahu kau bila kau sergah aku dulu, cakap aku ada hubungan dengan Hyunseung. Siapa kau di hati aku? Kau kawan aku atau tidak? I don’t know dude. I don’t know.” lancar sahaja aku memberitahunya, walaupun pada hakikatnya semua itu tipu semata-mata. Dengan laju air mataku jatuh mencium bumi. Sakitnya tidak dapat ku bendung lagi.

            “Wait. Kenapa sekarang? Aku tak percaya. Kau tipu aku kan?”

            “Oh, yeobo!” aku memanggil Doojoon. Gikwang berpaling ke belakang. Serta-merta raut wajahnya berubah. Doojoon tersenyum lalu datang kepadaku lantas menggenggam erat tanganku.

            “Apa lagi yang kau tak percaya, Gikwang?”

            “Aku tetap tak percaya. Kau-”

            Belum sempat aku mendengar penjelasannya, bibirku segera bertaut pada bibir empunya Doojoon. Doojoon membutangkan mata, tetapi tidak lama kemudian, dia segera membalas ciumanku. Ibu jarinya mengusap pipiku, membuang air mataku pergi jauh.

            Aku menarik mukaku ke belakang, lantas memeluk pinggang Doojoon.

            “Apa lagi yang kau nak? Semuanya dah terbukti kan?” semburku tiba-tiba. Biar padan dengan muka kau. Biar kau tahu macam mana sakitnya perasaan aku bila kau buat begini pada aku dulu.

            Pandangan Gikwang dijatuhkan. Aku berpaling darinya, membuka langkah beredar. Selepas beberapa tapak berjalan, aku berhenti seketika. Doojoon memandangku aneh. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin, lalu menyambung,

            “And tolong, lepas ni jangan cari aku lagi. Aku dah penat. Tinggalkan aku. Lupakan aku. Bye.”

            Dengan kata-kataku itu, aku terus pergi meninggalkannya.


-------------------


            “Is that your first kiss?” pandanganku terhadap cawan berisi air yang kupegang, beralih kepada Doojoon. Doojoon memandangku lalu mengecilkan matanya. Cawanku diletakkan di atas meja kaca dihadapanku. Aku tersenyum kelat, memikirkan apa yang sepatutnya kujawab. Bibir bawahku diketap rapat.

            “Haha. Actually, no.” dengan selamba aku menghamburkan ketawa palsu.

            “Habis tu, siapa? Gikwang?”

            Uh. Pertanyaannya serta-merta membuatku terdiam.

            Doojoon hanya menganggukkan kepalanya, tanda mengerti. Ah, dia sudah tahu rahsia aku.

            “Ah, geureokuna [I see]. Patutlah tiba-tiba je kau jadi lain waktu dia datang tadi. So tell me, apa yang dia dah buat dekat kau sampai kau jadi sampai macam ni sekali?” sekali lagi aku terdiam. Aku tidak mahu memberitahunya. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang.

            Doojoon menekap kedua-dua belah pipiku dengan tangannya, sambil ibu jarinya mengusap pipi-pipiku. Anak mata kami berlaga.

            “I love you, Soyeon. And I don’t want to see you like this. I promise that I’ll never leave by your side. And I think Hyunseung and Hyomin will do the same. Just stay strong, okay?”

            Dengan serta-merta Doojoon menarikku ke dalam pelukan. Dia menggosok belakangku, seolah-olah dia sudah tahu apa yang sedang berlaku. Bibir kuketap rapat, menahan air mata daripada jatuh. Tetapi semua itu tidak berhasil. Mutiara-mutiara jernih dengan deras mengalir di pipi. Wajahku dibenamkan di bahunya. T-shirt yang dipakainya basah akibat terkena air mata yang terlampau. Tetapi dia langsung tidak mengendahkannya. Sebaliknya terus mengusap belakangku, menyuruh aku untuk melepaskan semuanya.

            “Shh.. Everything’s gonna be fine.”


-------------------

Wuwuwuwuwu .___.


30 March 2020

            “Baliklah Soyeon, kami semua rindukan kau. Dah terlalu lama kau pergi. Aku rindu nak kena jeling dengan kau. Sunyilah takde kau dekat sini.”

            “Soyeon-ah, baliklah Korea. Aku rindukan kau. Aku rindu nak sakat kau. Ha.. Ha.. Aku rindu nak buat kau gelabah, macam time kau terkejut sebab aku dapat tahu pasal rahsia kau. Please Soyeon, please come back.”

            “Soyeon-ah, dulu aku tinggalkan kau. Sekarang kau pulak yang tinggalkan aku. Berapa lama lagi kau harus lari daripada dia? Dah lima tahun dah weh. Please come back, Soyeon..”

***

            Haha.. I’m so pathetic. Dengan senang aku termakan akan kata-kata mereka. And here I am, setelah lima tahun aku berada di negara orang. Kini aku sudah berada di tanah Korea kembali. Aku tak begitu pasti tentang apa yang aku cuba lakukan. Aku cuma mengikut kata hati. Dan hati ini kuat mengatakan, bahawa ada sesuatu yang mereka cuba lakukan. Tetapi aku tidak pasti apa.


‘Ireoke nan tto ~ Itchi mothago ~ Nae gaseum soge kkeut naji anheul iyagil sseugo isseo ~’


            Telefonku mulai berdering. Ah, nama Doojoon tertera di skrin. Dengan pantas aku menekan butang hijau.

            “Soyeon-ah, kau dah ada dekat airport sekarang?”

            “Ne. Tapi kenapa kena jemput pulak ni? Aku boleh balik rumah sendirilah. Buat susah kau je.”

            “Ada suatu tempat yang aku perlu bawa kau nanti. Tunggu dekat depan enterance. Dalam lima minit lagi aku sampai.”

            Panggilan dimatikan. Aku tersenyum nipis sambil memasukkan telefon kembali ke dalam beg selempang yang kupakai. Agaknya, ke manalah Doojoon nak bawa aku nanti?


-------------------


            Mataku ditutup rapat lalu diikat dengan sapu tangan milik Doojoon. Sepanjang perjalanan, Doojoon hanya bercerita tentang keadaan mereka sepanjang ketiadaan aku dahulu. Aku dengan segera menukar topik, bertanya kenapa mata aku harus ditutup. Tetapi Doojoon tidak menjawab. Sebalik hanya ketawa kecil yang keluar dari bibirnya.

            “Kita dah sampai.” kata Doojoon. Aku tersenyum. Doojoon segera keluar dari kereta, lalu bergegas membuka pintu disebelahku. Dia membawa aku berjalan setapak demi setapak, dengan perlahan. Degupan jantungku menjadi semakin laju. Takut, teruja, semuanya bercampur-baur.

            Dari luar, aku terdengar suara Hyomin dan Hyunseung bergelak ketawa. Hanya suara mereka yang aku dengar. Jadi kenapa harus mataku ditutup? Doojoon ni sengaja nak kenakan aku ke hape? Tsk.

            Doojoon membuka pintu yang berada di hadapanku. Namaku dipanggil lembut. Hyomin dan Hyunseung pantas memelukku. Lebih kepada tidak memberi aku ruang untuk bernafas. Tetapi Hyomin tidak dapat memelukku dengan begitu erat dek perutnya yang membesar. Aku tidak pasti mengapa.

            Bunyi deruan tapak selipar yang pernah kudengar sebelum ini semakin kedengaran, seolah-olah datang menuju ke arahku. Tangan yang memegang erat tangan Doojoon, kini berpindah kepada orang lain. Aku hanya berdiri di situ, kehairanan. Lantas, kain yang menutup mataku perlahan-lahan dibuka.

            Gikwang.

            Tanganku kini berada dalam genggamannya.

            Aku memandang ke arah Hyomin dan Hyunseung. Hyunseung memeluk pinggang Hyomin. Dia mengusap-ngusap perutnya sambil tersenyum nipis. Doojoon pula, hanya menggangguk. Menyuruhku untuk bertenang.

            Ya Tuhan, apa yang mereka cuba lakukan ni?

            “Soyeon-ah.” namaku diseru dengan lembut. Bola mati kami berlaga. Aku cepat-cepat menjatuhkan pandangan, tidak mahu memandangnya.

            “A-aku bodoh. Aku pentingkan diri sendiri..”


FLASHBACK (GIKWANG’S POV)

Mei 2015

            Sudah lebih seminggu hari Soyeon tidak datang ke sekolah. Yang hanya aku nampak, kelibat Hyunseung dan Hyomin bersama. Dan kadangkala ada juga terserempak dengan Doojoon. Doojoon tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya tersenyum pabila melihatku. Pelik. Ke mana Soyeon pergi?

            Aku tahu.

            Aku tak sepatutnya risaukan dia. Lebih-lebih lagi peduli pasal dia.

            Tapi hati aku kuat mengatakan, ada sesuatu yang bakal terjadi.

            Aduh Soyeon, ke mana pula kau pergi?

            “Gikwang.” sapa seseorang dari belakang. Aku berpaling, kelibat Doojoon, Hyomin, Hyunseung kini sudah berada di hadapanku.

            “Kau sayangkan Soyeon?” Hyunseung bertanya padaku.

            “Keureom. Dia.. dia kan kawan baik aku.” jawabku, keliru. Bukan keliru akan soalan yang tiba-tiba diutarakan oleh Hyunseung. Aku cuma.. keliru dengan perasaan aku sendiri.

            “Kau cintakan dia?” kini Doojoon pula yang bertanya padaku.

            Pertanyaannya membuatku tergamam, dengan serta-merta.

            “Ah hha.. apa yang korang merepek ni?” aku menjadi semakin keliru. Kenapa mereka tiba-tiba bertanyakan soalan macam ni?

            “Look Gikwang. Sebenarnya dari dulu lagi Soyeon tu ada hati pada kau. Cuma kau je yang tak nampak. Open your eyes dude. Can’t you even see it?” jelas Hyunseung tiba-tiba.

            “Aku tahu, kau sukakan aku. But I’m sorry, I’m not your right type of girl. Now, I already have my Hyunseung.” Hyomin memegang erat tangan Hyunseung. Sekali lagi aku tergamam. Hyomin dah lama dengan Hyunseung?

            “I know, I know. Mian sebab tak beritahu kau awal-awal. Sepanjang hari yang Soyeon tak datang sekolah dulu, dia hanya menghabiskan masa dengan duduk terperap dalam rumah, pandang ke luar tingkap and fikir pasal kau and pengakuan kau. Kau tahu tak, yang selama ni dia terseksa kerana kau?”

            “Sebenarnya, aku dengan Soyeon tak ada apa-apa hubungan. Hubungan kami cuma sebagai abang dengan adik, walaupun pada hakikatnya umur kami cuma berbeza beberapa bulan je. And aku nak kau tahu, yang selama ni dalam hati dia cuma ada kau. Jujur aku cakap, aku cintakan dia. Tapi cinta aku tak sebesar and sekuat cinta dia pada kau. She really loves you, Gikwang.” Doojoon pula yang bersuara.

            Aku tertunduk. Tanganku digenggam kuat. Aku menyesal, betul-betul menyesal.

            “Aku sepatutnya rahsiakan semua ni daripada kau. Tapi aku tak boleh. Aku kesiankan kau. Kalau kau betul-betul nakkan dia balik. Kau pergi airport sekarang. Flight dia pukul 2:15 petang ni. Cepat!” Hyunseung menggesaku. Hyomin dan Doojoon mengangguk tanda setuju. Tanpa berfikir panjang, aku menggalas beg sandangku lalu berlari sekuat hati, keluar dari sekolah.


-------------------

Last-last .____.


            Jam tangan dikerling. Jarum menunjukkan pukul 2:10 petang. Tapi.. dari tadi aku tak nampak kelibat Soyeon. Ah, jangan-jangan...


            Tak. Tak mungkin.

            Ini semua tak mungkin kan?


            Tic toc.. Tic toc..
            Tic toc... Tic toc...


            ‘Penerbangan ke California telah berlepas sebentar tadi. Penerbangan seterusnya dijangka akan berlepas ke China dalam masa satu jam lagi. Ulang suara, penerbangan ke California telah berlepas sebentar tadi. Penerbangan seterusnya dijangka akan berlepas ke China dalam masa satu jam lagi. Terima kasih.’


            “Kenapa aku jauhkan diri dari kau? Tanya diri kau tu dulu, Gikwang.

            “Siapa kau di hati aku? Kau kawan aku atau tidak? I don’t know dude. I don’t know.

            “And tolong, lepas ni jangan cari aku lagi. Aku dah penat. Tinggalkan aku. Lupakan aku. Bye.


            Air mataku jatuh, sebutir demi sebutir.

            “And now, you’re really left me.. alone.”


END OF FLASHBACK/POV


-------------------


            “Dan sejak hari tu, aku tak pernah memaafkan diri aku sendiri. Akulah penyebab kau pergi dulu. Aku tak pernah hargai kau dulu. Aku tak pernah fikirkan perasaan kau..”

            Kolam matanya mulai berair. Perasaan sebak masih kutahan, sekuat hati.

            “Aku mula sedar, yang aku tak dapat hidup tanpa kau. Aku cuba jalani hidup seperti dulu. Tapi, semuanya tak berhasil. Tak berhasil.. tanpa kau.”

            Bibir bawah kugigit, mengelakkan air mata dari terjatuh.

            “Aku dah berputus asa, disebabkan kau. T-tapi.. bila aku nampak kau masuk tadi, semuanya berubah dalam sekelip mata. You really, light up my world.”

           Dengan perlahan, Gikwang melutut di hadapanku. Tanganku masih lagi tidak dilepaskan. Gayanya seperti seorang yang mahu melamar. Jantungku mulai berdegup kencang.

           “Kali ni, aku takkan salah dalam membuat keputusan. Park Soyeon,”

           Gikwang menarik nafas dengan dalam sebelum menyambung, sedaya upaya mencuba untuk mengawal perasaannya.

          “Will you marry me?”

            Serta-merta, rasa pedihku hilang dalam sekelip mata. Jantungku tidak berhenti berdegup kencang. Mahu sahaja aku pengsan di situ. Mulutku dikunci rapat, seperti tidak membenarkan aku untuk berkata apa-apa. Tangan menekup mulut, perlahan-lahan mengangguk menerima lamarannya.

           “Ah, aku tak beli lagi cincin. Tsk.”

          Gikwang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Spontan ketawa kami terburai di situ.

          “I think you might need this. Kau ni bukan boleh diduga, Gikwang. Haha.” Doojoon mengeluarkan sebentuk cincin dari poket seluarnya. Gikwang tersengih kelat lalu segera mengambil cincin tersebut. Cincin tersebut disarungkan ke jari manisku. Terkejut, kerana cincin itu betul-betul sesuai dengan jariku. Aku memandang Doojoon, mengecilkan mata. Doojoon hanya mengenyit sebelah matanya padaku.

           Gikwang tersenyum lalu terus menarikku ke dalam pelukannya. Tangannya erat memeluk bahu, wajahnya dibenamkan di leherku. Sebutir air mata jatuh membasahi pipi.

            “I miss you. I need you.”

            Pelukan Gikwang kubalas. Perasaan sebak yang telah lama ku tahan, ku simpan selama lima tahun dahulu, tidak dapat dibendung lagi. Gikwang mengeratkan pelukan. Mataku dipejam rapat. Air mata deras mengalir di pipi, senyuman masih tidak hilang pada wajahku.

            “I love you, Park Soyeon..”

            “I love you too, Lee Gikwang.”

            “Ah, yeobo. Perut.. sakit... Ahhhhhhh!” Hyomin menjerit kesakitan sambil memegang perutnya. Pelukan dilepaskan. Doojoon segera keluar lalu menghidupkan enjin kereta. Aku, Gikwang dan Hyunseung dengan laju memapah Hyomin menuju ke kereta.

           “Korang bertiga pergi dulu. Aku dengan Soyeon akan sampai kemudian.” kata Gikwang. Hyunseung mengangguk, segera masuk ke kereta. Dengan pantas, kereta tersebut hilang dari pandangan mata.

           “Soyeon-ah, nanti agaknya, berapa ramai orang anaklah yang Soyeon dapat lahirkan eh?” tanya Gikwang sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku dengan nakal mencubit bahunya. Spontan dia menjerit di situ.

          “Eh dahlah! Jom pergi hospital!”

-------------------

Jangan lupakan kawan kita hanya kerana kita suka seseorang. Kerana cinta tidak akan bertahan lama. Sebaliknya persahabatan akan kekal selamanya.

Love, is about timing.

Akhirnya oneshot cikai aku ni terhasil jua. Harharhar dah macam apa dah cerita ni. Inilah padahnya suka letak barang merata-rata. Last-last buku tu tersalah letak, then terpaksa tukar storyline .____. Terima kasih banyak-banyak sebab baca ;AAA; Ppyong ~

13 comments:

Fika said...

Wah, cerita nih beeesttttttt *O*. Daebak ^^

Yaddeu said...

Una! I'm crying, I'm crying! Okay, sadlife Doojoon sorang je. Tsk, btw lagi feeling bila baca one-shot ni dengan lagu We Were In Love .__. Seriously i'm crying abit

Anonymous said...

Pika; Thank youuuu! n_nv

Yad; Hahahahaha apa nak buat :p LOL, unaa manalah reti pilih lagu .___. Pakai lagu sendiri je hahaha.

Yaddeu said...

Now I'm waiting for Rainbox Rhythm pula >:D

Anonymous said...

Rainbow Rhythm? Tunggu lepas cuti sekolah ya :PP

Anis Zulhas said...

Dah habis baca. Wuwuwu , Soyeon kiss eden punye Doojoon.^^' btw , oneshot ni memang daebak !

Anonymous said...

Hahahahaha. Kiss terpaksa :p Thanks, terima kasih, xie xie & gomawo sebab baca! Hehe =3=

faten.banana said...

Faten derhaka lol tak bukak pun youtube tu *insertmukacomel.png* Muahahaha. Btw, fanfic ni ada tarikan boleh buat orang baca sampai habis ;_;

Anonymous said...

Hahahaha asal tak bukak? *pukul punggung* jkjk. Eh yeke? Touche toucheee =3=

LeE SyA Uk96 said...

best!!daebak

but cmner dgn dojoon!!buat citew psl dujun plak!!

Anonymous said...

Hahahaha, thank you *bows*

Nak cerita pasal Doojoon pulak? Ehem.... Baru terfikir.... Takpelah. Unaa postpone Heaven, then sambung sequel ni k? Hehe :3

Najihah said...

Best gila cerita diaaa ! lain kali nak baca fanfic dekat sini jelaaah . Lagi besttt !

Anonymous said...

Eheh, terima kasih! *bows* Feel free to read. I'll update some more later :3