FictionAuthorFollow  panda(s)

That One Promise [Oneshot]

70% based on the song below. Selamat membaca!

Dia memberhentikan langkah, berdiri betul-betul menghadap ke arah lautan yang sedikit demi sedikit berubah menjadi warna jingga. Sekali-sekala bayu dingin dari laut datang, membuatkan rambut yang diikat tinggi itu berayun lembut mengikut alunan.

Getah berwarna merah yang memegang rambutnya itu perlahan-lahan ditarik, sedikit demi sedikit melonggarkan ikatan di kepala sehingga rambut ikalnya terurai sepenuhnya. Lantas getah rambut tersebut dipakaikan di pergelangan tangan.

Mata dipejam, dia menarik nafas dalam.



Jari telunjuk bergerak lemah mengelilingi bibir cawan berisi air kopi yang baru sahaja diterimanya sebentar tadi. Kepulan asap panas bebas berlegar di udara, namun dia bagaikan sedikit pun tidak merasainya. Terlalu banyak perkara bermain di mindanya sehinggakan dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang fikirkan.

Nothing. Kosong.

Birai cawan dibawa ke bibir, lalu dihirupnya air itu perlahan-lahan. Kepekatan kopi hitam itu jelas terasa saat ia melalui tekaknya, namun kepanasan kopi itu langsung tidak dipeduli. Perasaannya ketika itu persis seperti rasa kopi tersebut. Pahit. Teramat pahit.

Terasa seperti masa berlalu dengan begitu pantas, sudah masuk tahun ketiga kafe itu menjadi tempat persinggahannya – pada hampir setiap hari. Rutin yang sama akan dilakukan setiap kali dia berkunjung ke tempat itu – iaitu memandang ke arah sebuah sekolah yang terletak berhadapan kafe tersebut.

Hasratnya dari dahulu hingga kini, hanyalah satu.



Kenangan silam yang dilalui oleh mereka berdua dahulu perlahan-lahan muncul di ingatan – seolah-olah dimainkan semula satu-persatu.

Nafas berat dilepaskan.

“Cuti musim panas akan datang, kau nak buat apa eh?”

               “Aku nak luangkan masa tu dengan kaulah. Who else?”



FLASHBACK.

Sehelai kertas dijadikan mangsa keseronokan; dibuka, diconteng, dibaca, direnyuk dan dibaling ke sana ke mari buat beberapa kali. Bunyi bisikan dan gelak ketawa samar-samar kedengaran di belakang kelas – tanpa pengetahuan sang guru yang sedang tekun mengajar di hadapan.

Malang nasib tidak menyebelahi, tanpa sengaja balingan salah seorang daripada mereka tersasar  mendarat tepat di atas kepala seorang jejaka yang sedang nyenyak tidur di belakang.

Membuatkan dia tersedar tanpa rela.

Terasa jengkel, kepala dia angkat paksa. Dia mendengus perlahan, lantas kelopak mata dipaksa buka. Perlahan-lahan jelmaan bebola kertas tersebut muncul di hadapan – sedang elok duduk di atas mejanya.

Pandangan diliarkan ke sekeliling, ada yang kaku memandangnya – ada juga yang masih tidak berhenti ketawa.

Bebola kertas tersebut diambil tanpa berfikir panjang. Dalam keadaan mata yang separuh celik, bebola kertas itu dikepalnya lalu dilemparkan ke arah salah seorang pelajar yang secara spontan menangkap anak matanya – dengan kelajuan padu.

Namun tanpa diduga, ia merempuh mangsa lain pula – melepasi sasaran.



Duduk di hadapan sambil memegang sebatang pensel, dia berusaha sedaya upaya untuk memberikan tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang sedang dijalankan. Namun hasilnya hampa, sedikit pun tidak berjaya.

Kepalanya sakit, telinganya berdesing, dahinya berkerut. Mata pensel diketuk di atas buku tulis buat beberapa kali sambil mendengus geram.

Baru sahaja dia mahu berpaling ke belakang, terasa seperti ada sesuatu yang menghentam kepalanya – kuat.


Tersentak – dia menunduk, hanya mendapati sebiji bebola kertas mendarat betul-betul di sebelah tempat duduknya. Nafas kasar dilepaskan. Bebola kertas tersebut dia pandang dengan perasaan jengkel.

Tidak dapat ditahan lagi, dia lantas berpaling berang.

Mata dikecilkan, mengimbas hampir kesetiap manusia yang berada dalam jarak penglihatan – mencari pesalah laku. Semua yang terlibat membalas pandangannya, kini membisu.

Dia mengeluh.

Belum sempat dia mahu berpaling semula ke hadapan, satu suara sinis mendahului perbuatannya itu – menyapanya.

“Jung Soojung, kamu pandang siapa tu?”

Serta-merta dia berpaling, terkedu. “Er, tadi –”

“Sudah. Pergi berdiri di luar sehingga kelas saya selesai!”

Bibir diketap, tanpa rela dia mengangguk. Dalam hati dia menyumpah sendiri.

Kaki perlahan-lahan dipaksa berdiri, dalam diam matanya menjeling tajam ke arah manusia-manusia yang terlibat di belakang. Masing-masing masih diam membisu.

Belum sempat dia melangkah keluar dari pintu, suara yang sama kedengaran sekali lagi.

Pergerakannya terhenti. Pantas dia menoleh.

“Memandangkan saya tidak mahu Soojung keseorangan menanggung malu di luar, saya ada lagi seorang calon untuk menemani Soojung dalam menghadapi suka duka hidupnya bersama.”

Mereka menunduk senyap, berdoa agar mereka tidak dipilih. Mereka tahu mereka akan diketawakan sekiranya dilihat oleh pelajar lain didenda berdiri di luar kelas. Memandang ke arah seorang pelajar lelaki yang sudah lama menjadi sasarannya, sang pengajar tersebut tersenyum sinis.

“Oh Sehun! Pergi teman kawan awak ni berdiri di luar!”

Masing-masing bungkam. Kepala yang baru tadinya diletakkan semula di atas meja, perlahan-lahan diangkatnya kembali. Tanpa mempersoal, jejaka itu bangun lalu berjalan keluar sambil menggosok kelopak mata kanannya – melepasi gadis itu.

Sekilas dia mendengar lelaki itu bersuara.

“Jom.”



“Kenapa kau tak cuba bagi alasan pada cikgu?”

“Huh?”

“Yelah. Kenapa terus keluar, sedangkan kau boleh bagi sebab untuk terus stay dalam kelas. Walaupun bukan aku yang salah untuk terima hukuman ni, aku tak kisah kalau terpaksa berdiri sorang-sorang.”

Lelaki itu menguap perlahan.

“Betul kau nak berdiri seorang dekat luar ni?”

Gadis itu terdiam. Di satu sisi, dia tidak kisah untuk menghadapinya bersendirian. Tetapi pada sisi yang lain, dia malu. Dia malu diperlihat oleh rakan-rakan lain. Dia tidak mahu keseorangan.

Jejaka itu dia pandang, deheman kekok dilepaskan.

“Kau tak jawab lagi soalan aku.”

Lelaki itu mengubah posisi – daripada berdiri kepada duduk bersandar di dinding koridor tersebut, lalu memeluk kedua-dua belah kaki. Kelopak matanya kembali dipejam, sebelum menjawab.

“Sebab aku tak ada alasan untuk diberi.”

Gadis itu menunduk mengikuti pergerakan jejaka tersebut, lantas dia mengangkat kening. Dia tidak berapa tangkap akan maksud lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, punggung lantas dilabuhkan – duduk di sebelahnya. Wajah lelaki itu ditenung dalam.

“Aku tidur. Dah tu nak bagi alasan apa lagi?” sambungnya lagi.

Mata dicelik perlahan, memandang ke arah siling.

“Kau nak aku kena baling dengan pemadam papan hitam ke? Niayalah aku kalau aku cuba berdalih. Kau bukannya tak tahu Puan Kim tu macam mana.”

Selamba ketawa gadis itu terburai. Tidak menjangkakan jawapan tersebut keluar dari mulutnya itu. Di luar sedar jejaka itu memandangnya sekilas, agak sedikit terkejut akan reaksi gadis itu – sebelum turut sama ketawa beberapa saat kemudian.

Badannya lantas dipusing, duduk menghadap gadis itu.

“Aku Sehun. Oh Sehun,” pendek dia memperkenalkan diri. Tangan kemudiannya dihulurkan, meminta untuk disambut.

“Kita dah lama jadi classmatelah. Perlu ke?”

Jejaka itu tersenyum nipis, memandang tepat ke dalam anak matanya. “Perlu.”

Gadis itu mengeluh kecil, lantas sang pria itu dijeling lembut. Tangan yang dari tadi tidak jatuh itu, disambutnya kembali sambil tersenyum. “Soojung. Jung Soojung.”



“Oh by the way, sorry.”

“Hm?”

“Aku tersalah baling tadi.”

PAP!

END OF FLASHBACK.


Rantai di leher dia pegang, liontin emas berbentuk bintang yang tergantung longgar pada rantai tersebut dibelai perlahan – diusapnya lembut. Rantai pemberian jejaka yang disayanginya itu tidak pernah sekalipun dia tanggalkan sejak kali terakhir mereka bertemu; sebagai tanda janji mereka berdua.

Their hearts were already connected.

But they chose not to say anything about it.


Cawan yang berisi kopi hitam pekat itu dihirup perlahan buat kali terakhir. Lantas dia berdiri lalu beredar meninggalkan kafe tersebut. Bangunan sekolah yang sudah sekian lama diperhati, kini perlahan-lahan dia dekati.


FLASHBACK.

“Esok…”

“Hm?”

Nafas berat ditarik, tangan yang memegang tembok bangunan dilepaskan. Mata yang memandang ke arah pemandangan di hadapan, dialihkan menghadap Sehun yang berada di sebelah. Lantas kening jejaka tersebut diangkat, menunggu pernyataan.

“Esok graduation,” bicara gadis itu perlahan.

Bibirnya diketap rapat.

Kedua-dua belah tangan lantas diangkat lalu memegang bahu gadis itu dengan lembut. Seraya mata gadis itu dipejam rapat.

“Jangan risau, we’ll meet each other again soon,” katanya lembut sambil mengusap bahu gadis itu dengan perlahan.

No, stay.

Mereka bagaikan Astro twins, tidak dapat dipisahkan. He was her, and she was him.

Namun apabila difikirkan bahawa mereka terpaksa meninggalkan satu sama lain, sedikit sebanyak membuatkan mereka menjadi tidak tentu hala. Mereka bingung. Mereka takut.

Separuh dari diri mereka bagaikan telah hilang.

Bibir gadis itu bergetar perlahan. Menahan sedu.

Sehun menatapnya lembut. Seakan-akan jejaka itu memahami, tubuh kecil dihadapannya itu perlahan-lahan ditarik ke dalam pelukan. Dagu ditongkatkan di atas kepalanya, lantas sebelah tangannya mengusap kepala perempuan tersebut.

Serta-merta air mata yang ditahan gadis itu menitis satu persatu.

Please stay.

Pelukan jejaka itu dibalas — diperketatkan. Belakang gadis itu diusapnya perlahan, berusaha untuk menenangkan dirinya. Tanpa sedar, kolam mata jejaka itu juga turut berair sama.

“I’m just going to settle a few things abroad and then I’ll be back soon.”

“I’ll find you, wherever you go. Even if I have to leave everything behind,” perlahan dia membisik.

Please don’t.

Bibir jejaka itu diketap rapat, menyambung. “I’ll be back next summer.”

Nafas kemudian ditarik dalam. Mata perlahan-lahan menjadi panas.

“I will.”

Pelukan dilepaskan, namun tangan mereka masih lekat melingkar di pinggang. Gadis itu mendongak, memandang wajah jejaka tersebut. Anak mata mereka bertemu.

“Promise?” perlahan dia bertanya. Hati masih terasa bimbang.

Tersenyum, air mata yang mengalir di pipi gadis itu lembut diusap. Manakala air matanya yang bertakung pula masih lagi ditahan, lalu segera dia menarik semula Soojung ke dalam pelukan.

By the time I get back, I’ll become an amazing person for you. I’ll confess my love to you, I’ll erase that ‘friend’ label between us. I will give you my all, and I will love you forever.

Please, wait for me.

Jejaka itu mengangguk. “Promise.

END OF FLASHBACK.


Langkah kaki sang pria itu terhenti di hadapan sebuah pintu; yang menuju ke arah bumbung bangunan di luar. Nafas berat dilepaskan, tombol pintu yang sedikit dingin itu dicapai – lalu dibuka. Sinaran mentari menyapa dirinya terlebih dulu. Sekelip mata membuatkan dia kaku tidak berganjak.


Angin pantai lembut menyentuh rambutnya, membuatkan ia seakan-akan melambai kembali ke arah laut. Badan yang terasa sedikit dingin itu diusap lembut. Kardigan berwarna putih yang dipakainya dibetulkan, berharap agar dapat menebat seberapa banyak haba yang boleh.

Mata masing-masing dipejam rapat. Rasa kesal semakin menebal dalam diri.

Tiga tahun telah berlalu. Janji yang sepatutnya ditepati, seolah-olah sudah pergi dibawa angin.

I shouldn’t have left you.

I should’ve asked for you to stay.

Sebutir air mata jatuh. Bibir diketap rapat.


Dengan berat kaki jejaka itu melangkah melepasi pintu tersebut, menuju ke arah tempat yang menyimpan seribu satu kenangan mereka itu. Tembok yang menjadi tempat melepaskan perasaan dahulu itu lantas disentuh lembut – ditelusurinya setiap inci.

Jejaka itu tersenyum kelat.


Air mata yang mengalir tidak dilap. Meskipun permintaannya tidak masuk akal, gadis itu berharap agar lelaki yang dia cintai itu datang dan segera mengesat air matanya pergi. Dia mahu lelaki yang dia cintai itu hadir di sisi. Dia mahu janji tiga tahun dulu itu ditepati.

They loved each other.

But fate was not on their side.








Or was it?


“I knew you would be right here,” sapa satu suara dari belakang. Jejaka tersebut lantas berpaling, melihat kawan baiknya berjalan ke arahnya sambil tersenyum nipis.

Dia mengangkat kening.

Masih lagi tersenyum, Jongin menghulurkan sekeping kertas padanya. Keliru, dia menyambut pemberian akan kawan baiknya itu. Lantas kertas kecil itu dibaca, kelihatan seperti sebuah nombor telefon yang tertulis di atasnya.

Wajah Jongin kembali dia pandang sambil berkerut.

“Nombor telefon siapa ni?”

Jejaka yang berkulit sedikit gelap itu tersenyum.

“Soojung.”

Nafasnya terhenti. Nombor yang tertulis di atas kertas itu sekali lagi dia tenung. Kerutan di dahinya masih tidak hilang, lantas Jongin kembali dipandang.

“But how?” dia bertanya tanpa berfikir panjang.

“I’ll explain it later. Call her.”

“B-but –”

“Stop. She missed you, and still is. Penat aku cari nombor dia tahu tak. So call her or I will,” tangan cuba untuk mengambil kembali kertas itu dari pegangan Sehun, namun tidak berjaya. Badan disandarkan pada tembok, Jongin memandang kawan baiknya itu sambil tersenyum.

Nafas ditarik dalam. Jongin dipandangnya sekilas lalu tangan perlahan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Nombor yang tertera di atas kertas itu dia dail. Namun kerana terasa diri masih lagi tidak bersedia, baru sahaja dia mahu menekan butang batal – satu suara lembut menyapanya di hujung talian.

“Hello?”

Suara tu.

Air liur ditelan kasar, serta-merta dia menjadi gugup. Jongin di sebelah dia pandang sekali lagi. Geli hati, jejaka tersebut segera menutup mulutnya sambil memejamkan mata – menahan ketawa.

“Say something!” tanpa berlengah isyarat tanpa bunyi tersebut diberi. Sehun memejamkan matanya buat seketika, dalam hati dia menyumpah kawan baiknya itu. Jongin dia pandang risau, lantas bibir digigit kuat.

“Hey Soojung, it’s me.

Senyap. Tiada sebarang bunyi kedengaran di hujung talian. Masa seakan-akan terhenti, perbualan mereka sekelip mata mati di situ. Dalam hati dia berdoa agar gadis itu tidak meletakkan panggilan.

Bibir digigit sekali lagi, perasaannya bercampur baur.

Mesti kau marahkan aku, kan? Sebab aku tak cari kau?

Pelbagai perkara muncul di mindanya ketika itu, sekalian rasa cemas mula menguasai diri. Namun, kerutan di dahinya hilang sekelip mata apabila gadis itu kembali bersuara – lembut.

“Oh hai, Sehun.”

Serta-merta dia tersenyum.


4 comments:

waidah said...

wawawaawwaawaaarghhhh so so so ahhhh i can'ttt ;'))) but the music is not listening. ke lappy saya rosak hahaha btw, keep it up!

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHAHA! Oh, maybe dia lambat loading kot. Saiz lagu ni besar haha. Thank you sebab baca!

ztra.znddn said...

PEHAL BEST SGTTTT DOOO AHHHDAH LAMA TAK GILE SBB FF HAHAHAHAHAHAHAH

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAAHAHAHA