FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 1]


Julianna’s POV

          “Hmm, jus pisang. Jus pisang.”

          Mataku ligat mencari jus pisang di dalam cooler minuman. Aku sepatutnya ditemani oleh Jane dan oppa, tetapi Jane dalam sekelip mata telah menghilangkan diri. Tsk. Tak guna punya kembar. Chanyeol oppa pula, sedang menunggu teman-temannya datang di kafe yang berdekatan dengan pasaraya. Sekejap lagi tibalah mereka tu.

          Jane?

          Ah. Dia tu kembar aku. Kembar tak seiras to be exact.

          Alah. Kembar awal dua minit je.

          Unnie? Hahahaha. Memang harapanlah aku nak panggil dia kakak.

          Oh. In case sesiapa yang tak tahu. Chanyeol oppa pula, adalah salah seorang ahli band EXO-K yang kini sedang melonjak naik namanya di Korea. Dia juga merangkap abangku. Selain oppa, terdapat 5 orang lagi ahli EXO-K. Kalau nak digabungkan semua, 12 orang rasanya. Termasuk EXO-M. Tak ingat pula aku akan nama-nama mereka. Seho? Sohun? Ada pula, namanya macam nama makanan. Bacon? Ah, molla. Aku bukannya menetap di Korea pun. Tengok mereka di kaca tv pun baru sekali dua. Haha.


          Okay enough with the lame introduction. Now back to the reality ~


          Pelbagai jenis minuman dan yogurt yang dipamerkan, kuteliti satu-persatu. Mata difokuskan ke arah cooler, sambil tangan ligat mencari jus pisang kegemaranku.

          KEDEBUK!

          Badanku berlanggar dengan salah seorang jejaka yang tidak dikenali. Badanku hilang imbangan, lalu punggungku jatuh mencium ke bumi. Mata dipejam rapat, spontan aku menjerit kesakitan disitu.

          Kepalaku didongakkan, memandang ke arah lelaki tersebut. Sekalian anak mata kami berlaga. Gayanya, seperti orang Korea. Tangannya memegang kemas kotak jus pisang yang aku mahukan itu. Di raut wajahnya, tiada sedikit pun rasa belas kasihan yang dipamerkan padaku. Sebaliknya dia beredar begitu sahaja meninggalkanku. Cis, tak guna punya orang.

          Dengan pantas aku bangun.

          “Wait!” teriakku. Lelaki tadi lantas memalingkan badannya, kini menghadapku.

          “Aren’t you’re going to apologise?” pertanyaanku itu, berjaya membuatkan wajahnya berkerut seribu. Seolah-olah tidak mengerti apa yang aku cuba katakan.

          Lelaki tersebut tidak berkata apa-apa, sebaliknya memalingkan badannya semula lalu melangkah kaki beredar. Aku mendengus geram. Lelaki ni, kalau tak faham cakap bahasa Inggeris, tak boleh ke tunjuk muka yang baik sikit? Ini asyik buat pokerface je. Menyakitkan hati!

          Dengan tidak menghiraukan orang di sekeliling memandang, aku berteriak ke arahnya sekali lagi.

          “Yah pabo-ya!” tepat pada jangkaanku, dia berpaling. Tetapi kali ni wajahnya tidak lagi menampakkan sebarang kerutan. Sebaliknya matanya menjeling tajam ke arahku. Dia kemudiannya berpaling lalu melangkah semula beredar meninggalkanku. Terkedu aku disitu. Did he just.. jeling aku? Da heck?! This guy, really gets into my nerves!

          Tangan mengusap dada, lantas nafas ditarik dalam. Diambil jus pisang di cooler, lalu kaki segera melangkah ke kaunter pembayaran.

          Ah, sabar Julianna. Sabar.




Baekhyun’s POV

          “Weh Baekhyun, mana kau pergi tadi?” Suho bertanya padaku.

          Aku menunjukkan kotak jus pisang yang baru kubeli tadi pada Suho. Dia kemudian mengangguk padaku, tanda mengerti. Lubang penutup kotak jus tersebut kutebuk, dimasukkan straw ke dalamnya lalu kusedut sedikit demi sedikit. Chanyeol kemudiannya memandangku aneh.

          “Kau beli jus pisang?”

          Dengan ancuh tak ancuh kepalaku dianggukkan.

          “Oh. Adik aku pun pergi beli jus pisang. Tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi.” Dengan serta-merta pergerakanku terhenti. Buat seketika peristiwa tadi kembali muncul di dalam ingatan. Perempuan tadi. Ah tak guna. Sedap rasa dia je panggil aku pabo. Dia fikir aku ni apa?

          “Kau ada nampak adik aku tak?” pertanyaannya tidak dijawab. Sebaliknya otak ligat memikirkan tentang peristiwa tadi.

          Eh tunggu.

          Takkanlah pula.

          Tak mungkin. Dia tak ada iras-iras pun macam Chanyeol.

          “Yah Baekhyun-ah. Aku tanya, kau ada nampak adik aku tak?” lamunanku terhenti setakat disitu. Aku memandang Chanyeol. Tangan didekapkan sambil keningnya diangkat, menunggu jawapan daripadaku.

          “Entah. Manalah aku tahu. Aku bukannya kenal pun siapa adik kau.”


Urin deo isang nuneul maju haji anheulkka. Sotonghaji anheulkka, saranghaji anheulkka.


          Telefon bimbit yang terletak di dalam kocek seluar jeans kepunyaan Chanyeol, segera dikeluarkan. Melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon, dia segera beredar dari tempat duduknya. Punat hijau segera dia tekan, lalu menjawab panggilan masuk tersebut.

          “Agaknyalah, cantik tak adik hyung tu?” Sehun tiba-tiba bersuara.

          “Aku harap, dia lebih lebih muda dari aku. Boleh dengar dia panggil aku ‘oppa’.” Kai menepuk tangannya sambil memandang ke atas, seolah-olah sedang membayangkan sesuatu. Sehun juga turut mengangguk lalu melakukan perkara yang sama. Suho dan D.O hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.



          “Adik aku dah balik dah rupanya. Dia tak ada mood. Dia kata mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat jumpa dengan korang. Nampaknya tak dapatlah korang jumpa dia. Tsk. Budak ini pun.”

          Spontan wajah mereka berubah menjadi suram. Macam kecewa sangat. Apalah yang bagus sangat dengan perempuan eh? Pada aku semua sama je.

          “Dah dah. Tak payah nak sedih sangat. Sekarang ni, kita kena tunggu adik aku dekat sini sekejap.” kata Chanyeol lagi.

          “Chanyeol hyung, kata adik hyung dah balik. Buat apa nak tunggu lagi?” Sehun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terkekeh-kekeh Kai ketawa, mendapat jelingan daripada Sehun sebagai balasan. Mungkin kelakar pabila melihat gelagat Sehun yang blur itu.

          “Maksud hyung, adik hyung yang seorang lagi. Kami datang bertiga tadi. Sepatutnya si Jane ikut Julianna. Tapi entah mana pulak dia menghilang. Mungkin dia mencari sesuatu kot sampai tak sempat nak cari Julianna balik. Julianna beritahu hyung tadi, yang dia dah beritahu Jane untuk pergi ke kafe ni. Sekejap lagi sampailah dia tu.” jelas Chanyeol. Mulut Sehun berubah menjadi bentuk ‘O’ sambil mengangguk laju, tanda faham.

          “Sekejap, Jane?” kini Suho pula yang bertanya.

          “Yup. Mereka berdua tu kembar.”

          “Oh.” sekalian mereka berempat serentak bersuara. Sehun menepuk-nepuk tangan kegembiraan.

          Mereka berlima sambung berbicara mengenai adik kembar Chanyeol tadi. Mereka tahu, aku memang tak suka bercakap. Lebih-lebih lagi pasal perempuan. Sebab itulah, mereka tidak kisah akanku. Kopi dihadapanku dihirup, lantas cawan tersebut aku letakkan di atas meja. Pandanganku dilemparkan ke luar tingkap. Entah mengapa hati tiba-tiba berasa panas pabila teringat kembali akan kejadian tadi. Selalunya aku memang tidak ambil peduli tentang perkara remeh sebegini.

          Tetapi dia ni, lain.

          Perempuan tu.

          Argh, kenapa aku tiba-tiba terfikir pasal dia pula ni?

++++++++++

Macam pelik je chapter ni ;AAAAAA; Okay nvm. Thanks sebab sudi baca hehe.

10 comments:

Fika said...

;AAAAAAAAAAAA; Rasa macam best je :D Unnie, harap unnie sambung cepat xd, EXO-K fighting! :)

Anonymous said...

Rasa? Hahahaha entahlah tsk .___. InsyaAllah nanti unnie sambung :3 EXO fighting!

Btw, thanks sebab baca ;AAAA;

Yaddeu said...

That's why I hate fanfics ! Tengah syok baca tetiba bersambung. KYAA MESTI BACON SUKA JULIANNA KFDJHFDK

Anonymous said...

Ish, read the introduction la. Lambat lagi Bacon nak suka dekat dia. Kalau dia suka pun, tak tentu lagi dia dapat Jue. Eh I don't know I don't know hehehehe.

nanajoe said...

LOL nama heroin tu haha . Btw niceee *u* ~ sorry lambat baca ;_; eden ada hal sebelum nihhh *bows*

Anonymous said...

Nama heroin dia comel tsk tsk hahahahahaha. Eh, takpe lambat pun. Asal unnie bagi pendapat hehe. Thank you unnie!

Shrek. said...

best ;AAA; sambung ;o;

Anonymous said...

Eh? Hahahaha. Thank you! Chapter 2 & 3 dah ada. Pi lah tengok n_n Chapter 4 akan di-post minggu depan :3

Anis Zulhas said...

Ahah ! *clapclap . syoklah FF ni , walaupun baru bace chapter 1 . ah , kenapa semua blog FF yg aku jumpe hebat ? oh ! pandai betol aku cari blog FF yg B2ST *perasann ^^

Anonymous said...

Ah hahahaha. Mana ada hebat. Biasa saja *~* Anyway, thanks sebab baca!