FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 2]



Julianna’s POV

          “Sekarang kita nak buat apa eh?”

          “Eleh kau. Tahu nak lari je. Rancangan seterusnya tak tahu pulak. Apa lagi, kita tunggu Chanyeol oppa-lah. Kau dah call oppa?” aku memandangnya. Lantas teringat apa yang aku katakan pada oppa beberapa jam yang lepas. Dengan perlahan aku menggeleng. Terjengil anak matanya memandangku. Jane mendengus geram, lantas dahiku ditamparnya.

          “Call lah dia, pabo.”



FLASHBACK

          “Apa? Julianna kena kahwin?!” dengan tidak sedar suaraku mulai ditinggikan. Apa? Aku salah dengar ke? Aku, kahwin? Biar betul? For god’s sake, I’m only 18 omma! Kalau ya pun, suruhlah si Jane yang kahwin dulu. Kenapa aku pula yang menjadi mangsa?

          “I’m sorry sweetheart. Omma rasa, ini adalah keputusan yang terbaik untuk Jue.” omma mengusap belakangku, menyuruhku untuk bersabar.

          Aku tak faham. Betul-betul tak faham.

          Kenapa aku? Kenapa sekarang?

          “Omma, tolonglah. Julianna tak kenal pun siapa dia. Macam mana omma expect Julianna untuk kahwin dengan dia? Janganlah macam ni omma. Julianna masih ada banyak benda untuk dikejar.” pujukku. Aku tahu, jikalau aku meninggikan suara tak tentu pasal, lebih susah nanti jadinya. Lebih baik aku cuba untuk berbincang baik-baik dahulu. Kalau tak boleh juga, tahulah apa yang aku akan buat kemudian.

          “Omma tahu, Jue. But I’m sure that you’ll going to love him someday. Omma percaya yang dia boleh jaga Jue sebagaimana omma percayakan parents dia dulu. Just give him a chance, okay?”

          “Tapi omma-”

          “No buts. We’re done here. Pergi masuk tidur. Besok kita akan bertolak-”

          “Julianna tak nak kahwin and that’s final! It’s my decision and you don’t have the rights to tell me what to do!” lancar sahaja ayat tersebut keluar dari dua ulas bibir milikku ini. Nada suaraku tidak dapat dikawal lagi. Kali ni aku memang betul-betul tak dapat menahan amarah. Are you serious? Kahwin ni bukan benda yang boleh dibuat main. Lagi-lagi an arranged marriange one. Aku dahlah tak kenal siapa dia. Tiba-tiba kena kahwin dengan dia? Mak aih.

          Telinga tidak mahu lagi mendengar penjelasan omma. Kaki kemudiannya melangkah laju naik ke bilik, meninggalkan omma terpinga-pinga keseorangan di ruang tamu. Pintu bilik dikunci, tidak mahu membiarkan sesiapa masuk. Aku duduk di atas katil, lantas bibir bawah diketap rapat.

          TOK TOK TOK

          “Aku ni.” kedengaran suara Jane datang dari arah luar. Dengan perlahan aku bangun, lalu menuju ke pintu. Kunci pintu dibuka, lalu tombol pintu dipulas, membenarkan Jane untuk masuk.

          Jane masuk dengan kedua belah tangannya di dalam kocek seluar.

          “Aku dah dengar.” kepala ditundukkan, mata memandang ke lantai. Lantas bahuku dengan lemah dijungkitkan. Jane duduk di sebelahku, lalu mengusap belakangku. Aku sudah kehabisan kata-kata. Sedih, marah, takut, semuanya bergabung menjadi satu.

          “Aku tak tahu macam mana nak bantu kau.” katanya perlahan.

          Kepalaku diangkat, memandangnya aneh.

          “Eh, kau nak bantu aku?” tanyaku bodoh. Jane menepuk dahinya.

          “Mestilah. Segila mana pun kau. Kau tetap kembar aku. Lagi-lagi kau tu adik aku. Sebagai kakak yang comel dan bertanggungjawab, aku mestilah bantu adik aku bila dia susah. Tak ke begitu?” Jane bangun dari katil. Tangannya didekap rapat, dengan bangganya Jane berkata sebegitu padaku. Tidak dapat ditahan, dengan selamba ketawaku dihamburkan. Perut ditekan, menahan senak.

          “Apa yang kau dah buat dengan kembar aku ni woi. Keluar kau wahai syaitan durjana! Hahahahahahahaha.” ayatku itu mendapat jelingan tajam dari Jane sebagai balasan. Perutku yang senak tadi masih ditekan. Kembar aku ni memang pelik betullah. HAHA.

          “Hei dahlah tu gelaknya. Aku cakap benda betul kan. Tsk. Alangkah bagusnya kalau Chanyeol oppa ada dekat sini. Boleh dia bantu kita fikir sama-sama, kan?”

          Terus ketawaku terhenti setakat di situ. Idea secara tiba-tiba datang mencurah-curah ke dalam kepala otakku. Lantas sebuah senyuman nakal terbit di wajah. Jane aku pandang. Pandanganku dibalas, lalu keningnya diangkat, ingin juga mengetahui apa yang sedang aku fikirkan.

          “Betul kau nak tolong aku?” dahi Jane mulai berkerut seribu. Tidak lama kemudian, ragu-ragu dia menangguk padaku. Wah hahaha. This is getting fun.

          “Betul ni?” aku bertanya sekali lagi. Mahukan kepastian daripadanya.

          “Uh. Can I take it back?”


+++++++++


          iPhone di dalam beg selempangku dikeluarkan, lantas jari-jemari ligat mendail laju nombor Chanyeol oppa. Butang panggil ditekan, lalu diletakkan di sebelah telinga kananku. Jari telunjukku bermain-main di atas meja kopi, menunggu panggilanku untuk diangkat.

          “Yeobeoseyo? Oppa!”

          “Oh, Julianna. Ada apa? Oppa baru je balik kan, takkan dah rindu kot?”

          “Keep dreaming dear brother. Hahaha. Okay Julianna tak nak cakap banyak. Sebenarnya, Julianna cuma nak bagitahu oppa, yang dalam beberapa jam lagi Jue dengan Jane akan sampai di Korea. And kami nak oppa jemput kami bila kami dah sampai nanti. Tak pedulilah oppa ada schedule ke tidak. Yang kami tahu, oppa kena jemput jugak, okay?” panjang lebar aku membebel padanya. Jane di sebelahku, menutup mulut menahan ketawanya. Dia tahu yang mesti sekarang oppa tengah blur gila nak mati. Haha.

          “Eh tunggu. Apa ni? Oppa tak fahamlah. Kamu datang sini? Dengan siapa? Berdua?”

          “Senang cerita macam nilah. Bila Jue telefon nanti, oppa bersiaplah. Jemput kami di airport. Eh, Jue dengan Jane dah nak naik kapal terbang dah ni. Nanti sampai sana Jue ceritakan semuanya pada oppa okay? Annyeong hehehe.”

          Terpinga-pinga oppa dibuatnya di hujung talian. Belum sempat mendengar penjelasan oppa, dengan pantas jariku menekan butang merah. Ketawa Jane yang ditahannya sebentar tadi, akhirnya terlepas juga. Terkekeh-kekeh dia ketawa. Tanganku disep, spontan ketawa kami terburai di situ.

          “Bila difikirkan balik, idea kau ni pun bernas jugak en. Aku pun dah lama tak balik Korea. Lagipun nanti bolehlah jumpa ahli-ahli band oppa yang lagi 11 orang tu. And mana tahu, salah seorang dari dorang boleh jadi boyfriend aku ke, ye tak? Hahaha.” semakin galak aku ketawa apabila mendengar apa yang Jane katakan. Really, kembar aku ni dah berubah ke apa. Dia dah tak rasional, mahupun matang langsung! Hahahahaha.

          Apa-apa jelah Jane oi.


END OF FLASHBACK.



          “Oppa dengan Sehun dalam perjalanan ke sana. Tunggu dekat entrance. Dalam lima minit lagi oppa sampai.”

          “Arasso. Ppali-wa.”

          “Uhhh.”

          Aku mengangguk, lantas butang merah di skrin telefon ditekan. Aku memandang Jane. Kelihatan dia sedang membelek-belek music sheet yang penuh dengan lirik yang pernahku karang dahulu. Ya, aku akan menulis lirik pabila aku bosan. Aku jangkakan yang dia akan terpegun melihat hasil karyaku. Tetapi sangkaanku tersasar jauh dari jangkaan sebenar. Sebaliknya tanpa menghiraukan orang lain, dengan selamba dia terkekeh-kekeh ketawa. Aku menjelingnya, lantas merampas music sheet yang berada di dalam genggamannya itu.

          “Tak sangka pulak yang kau tulis lirik. Kenapa aku tak pernah tahu pun sebelum ni? And lirik kau tu, kenapa lawak sangat? Macam tak ada dasar je time kau tulis ni. Hahahahaha.”

          Mendengar ayatnya itu, belakangnya segera kupukul. Spontan mengerang kesakitan dia disitu.

          “What’s up with that? Ugh.” Belakangnya diusap lembut, ingin segera membuang kepedihan yang dialami dengan segera. Lantas aku dijelingnya tajam. Segera aku menukar topik perbualan.

          “Ah, manalah oppa ni. Kata dah nak sampai. Tapi sampai sekarang tak nampak pun batang hidungnya. Aku dah tak larat nak layan kau ni. Tsk.” buat kali keberapa yang aku sendiri tidak pasti, aku dijelingnya sekali lagi.

          “Sekejap lagi sampailah dia tu. Haish kau ni pun. Kau yang rancang benda-benda ni, tak payahlah nak gelabah tak tentu pasal.” dahinya kujentik sebagai tanda refleks akan kata-katanya itu. Aku dijelingnya. Lidahku dijelirkan, sebagai balasan terhadap jelingan tajam itu.

          Wow. Kakak aku ni memang pelik betul.

          Sekejap tak matang. Sekejap serupa binatang. Hahaha.

          “Kau ni kan, boleh tak jangan jadi pelik? Sekejap pandai bergurau, sekejap marah je memanjang. Lama-lama aku pun boleh jadi gila macam kau, tahu tak? Kakak tak kakak. Kalau kau nak menggila, pergi tempat lain. Jangan dekat dengan aku.” habis dia aku sembur. Tanganku didekapkan, terkebil-kebil dia mendengarku. Dengan mengekalkan wajah yang serius, dalam hati aku menahan ketawa melihat reaksinya. Padan muka kau, Jane.

          “Kau kan.. Nasib baik kau tu kembar aku. Kalau tak dah lama dah aku lumat kau lunyai sampai mati.” buku limanya dihalakan ke mukaku. Tanganku dengan pantas menepis tangannya.

          “Dah. Bak sini aku cuba nyanyi lirik lagu yang kau karang tu. Nak tengok okay ke tidak.”

          “Tak payahlah.”

          “Bak. Sini. Cepat.” keluhan dilepaskan. Terpaksa pula mengalah dengan serigala jadian ni. Tangan yang menggenggam erat music sheet itu, teragak-agak aku menghulurnya pada Jane. Jane tersenyum nakal lalu berdehem kuat, tanda dia akan memulakan nyanyiannya.


If I have a boyfriend,
There are so many things that I've wanted to do and I've always dreamed
The first one, on the street kissing.
The second one, is a train at choochun at dawn.
The third one, going on a picnic.
The fourth one, getting a ride on your back.
And fifth, couple rings are a usual.
Boo boo boo, it would be really sweet.


Why does my heart go thump thump just thinking about you?
Every little thing, everyday everyday, i'm going to try it with you.
I'm glad that you're here, cause everyday is enjoyable, now that we're together.
You my dear, baby.. Boo~

(G.NA & Rain’s “If I Had A Lover”)


          Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, Jane menyanyikan lirik lagu yang aku karang dengan penuh perasaan, sambil matanya tertutup rapat. Seolah-olah dia tahu rentaknya bagaimana. Aku tersenyum sendirian. Padahal yang aku tahu, aku tak pernah terpikir pun hal rentaknya. Aku hanya menulis ikut kata hati, dengan melihat keadaan sekeliling. Nampaknya tak perlulah aku susah-susah untuk menggubah rentak lagu mengikut lirik-lirik itu lagi memandangkan Jane sudah pun lakukannya untukku.

          CLAP CLAP CLAP

          Jane yang tadinya sedang asyik menyanyikan lagu tersebut, segera terhenti nyanyiannya. Darah segera menyerbu naik ke mukaku. Ada pula orang yang mendengar lagu karutku ini. Malu-malu aku berpaling ke belakang. Kelihatan Chanyeol oppa dan Sehun sedang menepuk-nepuk tangannya sambil tersenyum, terpegun mendengar suara lunak kepunyaan Jane.

          Senyuman mula terukir di bibir.

          Lantas suara kami berdua bersatu.

          “Chanyeol oppa!”

+++++++++

Aku tak tahu macam mana nak habiskan chapter ni. Ni pun main belasah je .__.
Anyway, terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca!

4 comments:

Jojo said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

InsyaAllah, hujung minggu ni :)

Anis Zulhas said...

Oh , sama-sama . Terima kasih jugak sebab buat FF ni , and bagi eden bace .__. ^^

Anonymous said...

Eh? Hahahaha.