FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 3]

Characters ada sedikit perubahan.


Julianna’s POV

          Seperti yang aku jangkakan, perjalanan ke dorm oppa tidaklah sesenyap ketika aku bersama si serigala jadian di dalam kapal terbang tadi. Dengan adanya kehadiran Sehun bersama kami, suasana menjadi lebih ceria. Chanyeol oppa tidak banyak bercakap, sebaliknya mata terus fokus memandang ke hadapan sambil tangannya ligat memusing roda stereng. Sesekali senyum dibibirnya terukir, mendengar perbualan kami.

          “Berapa lama Sooyoung dengan Soojin akan tinggal dekat sini? Omma tahu tak yang kamu berdua balik sini?” Chanyeol oppa tiba-tiba bersuara.

          Aku dan Jane saling berpandangan. Lantas kepalanya yang tidak gatal digaru.

          Pandangan kini beralih pula kepada Sehun. Matanya dikecilkan, menunggu jawapan.

          “Um, tak tahu lagilah oppa. Mungkin lama kot. And omma tahu yang kami balik sini. So oppa janganlah risau, eh?” dengan lancar bibirku menipu. Sehun tersenyum lebar. Oppa memandangku melalui cermin belakang (rear-view-mirror). Dahinya berkerut, lalu perlahan-lahan kepala mengangguk.

          Nafas berat dilepaskan, tangan mengusap dada. Mata kembali memandang Jane. Dia kini tersengih padaku bak kerang busuk. Langsung tak bantu aku memberi alasan. Ceh, tak guna punya kakak. Mujur Chanyeol oppa tidak mengesyaki apa-apa.

          “Eh, Sooyoung dengan Soojin dah tengok ehem.. music video.. ehem.. kami?” Sehun kembali menyambung perbualan kami. Kelihatan warna telinga Sehun berubah menjadi merah pekat, seolah-olah darah menyerbu pantas naik ke telinganya.. Ah, blushing rupanya. Dalam diam aku ketawa perlahan. Comellah dia ni.

          “Belum. Kalau tengok performance dekat tv, adalah sekali dua. Hehehe.” Jane tersengih. Kepalaku pula digelengkan lantas bibir dicebikkan. Sehun hanya ketawa melihat kami.

          “Chakaman-yo.” Jari telunjuk Sehun ditudingkan ke arahku.

          Sehun yang tadinya duduk di hadapan, segera berpindah ke belakang. Duduk di tengah, antara kami berdua.

          “Yah, kenapa pindah belakang? Adik aku tu dua-dua perempuan woi. Jaga sikit perangai.” sergah oppa. Mendengarnya itu, sekali lagi ketawa kecilku berbunyi.

          “Hyung, Sehun nak tunjuk sesuatulah. Takkan itu pun tak boleh. Tsk.” oppa terdiam, tidak melawan. Telefon bimbit berwarna putih itu segera dikeluarkan dari kocek seluarnya. Lalu jari-jemarinya ligat bermain di atas skrin, mencari sesuatu.


          Careless, careless, shoot anonymous, anonymous, heartless, mindless, no one care about me.’

          “Okay, tengok ni.” telefonnya dipusingkan ke kanan, membuatkan video itu kelihatan lebih besar. Aku dan Jane mendekatkan badan pada Sehun, ingin melihat video itu dengan lebih jelas. Aku memandangnya sekilas. Sehun tidak berkata apa-apa sebaliknya warna telinganya kembali berubah menjadi merah pekat.

          He's awkward.

          Tengok pun dah tahu, haha.

          “Siapa yang mula-mula menyanyi tu? Mata dia comellah. Hehe.” dengan laju Jane bertanya.

          “Oh, ini D.O hyung. Dia ni main vocalist. Kalau hyung terkejut, mata dia akan jadi lebih besar daripada biasa. Haha.” balas Sehun. Spontan ketawa Jane terburai mendengar penjelasannya. Chanyeol oppa juga begitu. Tanganku pantas menekup mulut, menahan ketawa.

          “Yang menari dekat tengah tu, siapa pulak? Seksinya cara dia menari.”

          “Haha, itu Kai hyung. Main dancer, lead rapper and vocalist. Dia tu jugak visual dalam EXO-K.” jelas Sehun lagi. Mukanya ada sedikit iras-iras macam Taemin oppa. Wow, this guy can really do just everything. Dah macam Key oppa pula.

          Did I already told you that I’m a Shawol?

          Hehehe. Jangan ingat aku duduk California, aku tak tahu semua ni.

          “Siapa pulak yang menyanyi tu? Dia lelaki pertama yang Sooyoung jumpa, yang pakai eyeliner perfect macam tu.” sekali lagi ketawa Jane dan oppa terburai. Jane menekan perutnya, menahan senak. Begitu juga Sehun. Pantas dia menekup mulut, mahu meredakan ketawanya itu.

          “Dia ni pulak Baekhyun hyung. Fans panggil dia ‘bacon’ sebab sebutannya yang nak dekat sama dengan namanya. Dia kongsi peranan yang sama dengan D.O hyung, main vocalist.”

          Ah, dialah bacon tu. Baru aku tahu.

          Tapikan, macam pernah jumpalah dia sebelum ni.

          Tapi di mana eh?

          “Siapa pulak yang menyanyi lepas tu? Dari gaya suara dia, macam romantic je.” soalan yang diutarakan oleh Jane memecah lamunan. Lantas mata kembali tertumpu pada skrin telefon tersebut.

          “Um, ini Suho hyung. Leader and lead vocalist dalam EXO-K. Orang panggil dia, the second Choi Siwon.” tanganku sekali lagi menekup mulut. Bukan apa, sebutan bahasa Inggeris Sehun ni agak melucukan. Comel betul.

          Ah, selama ni aku tersalah sebut nama dia. Namanya asyik tercampur dengan nama Sehun.

          Mianhae, hehe.

          Sehun, Suho. Sehun, Suho. Okay.

          Video terpaksa diberhentikan seketika dek ‘buffering’-nya yang lambat. Wajah Baekhyun-ssi dipamerkan, sedang memandang ke arah cahaya yang memancar keluar dari telapak tangannya. Wajahnya kutenung lama. Otakku aku paksa untuk mengingat kembali semua peristiwa yang berkaitan dengan lelaki ini. Tetapi malangnya, tiada satu pun yang mengena.

          Butang ‘play’ video itu ditekan, menyambung semula lagu tadi.

          “Eh, itu Kai! Seksinya!”

          “Sekejap, itu Sehun-ssi kan? Wah comelnya!”

          “Ooh, Chanyeol oppa! Hahahaha.”

          Wajah mereka sekali lagi muncul satu-persatu, mengikut ‘part’ yang mereka nyanyikan. D.O dengan mata yang besarnya, Baekhyun dengan jeritannya, Chanyeol oppa dengan muka blur tahan machonya, Kai yang tidak habis-habis mempamerkan wajah dan badan seksinya, Sehun dengan muka comelnya, dan..

          “Ahhhh!” spontan kami berdua menjerit. Secara halilintar, tanganku memegang tengkuk empunya Sehun. Mukaku disembunyikan di celah lehernya, menggigil ketakukan.

          Sehun dengan kekok melepaskan tawanya.

          “Sooyoung-ah, itu cuma Kai lah. Bukannya hantu. Ehem Sehun. Adik aku woi, adik aku.” oppa sinis bersuara. Wajahku menjadi panas dek darah yang terus-terusan menyerbu naik ke mukaku. Aku kemudiannya segera melepaskan pelukan, menahan malu.




Baekhyun’s POV

          Mata yang tertutup rapat digosok perlahan, lalu badanku dipaksa untuk bangun. Nampaknya batuk dan selsemaku masih lagi tidak reda. Jam dinding dipandang sekilas, menunjukkan sudah masuk jam makan malam. Tombol pintu dipulas, lalu kaki segera melangkah keluar dari bilik.

          Kelihatan semua sedang sibuk membuat kerja. D.O di dapur, sedang memasak beberapa jenis hidangan. Bau kimchi penuh di segenap sudut ruang makan. Bau sos spagetti yang sedang masak juga berada di mana-mana, seolah-olah mahu beradu tenaga dengan bau kimchi. Suho hyung dan Kai pula sedang sibuk mengemaskan ruang makan. Ke hulu, ke hilir mereka bergerak tanpa henti. Seolah-olah akan ada tetamu yang bakal tiba sebentar lagi.

          “Ah hyung, dah bangun?” Kai bertanya tanpa memandang ke arahku, yang sedang sibuk menyusun peralatan kutleri di atas meja hidangan.

          “Hmm.” balasku pendek.

          “Kau tak perlulah bantu, memandangkan semuanya dah hampir siap. Nanti kalau Chanyeol dengan Sehun dah balik, aku panggil kau. Pergilah berehat dulu.” Suho hyung pula yang bersuara. Aku hanya mengangguk.

          Tapi..

          “Oh okay. Tapi, ada apa semua ni? Ada orang nak datang ke?” aku bertanya, diselangi oleh beberapa bunyi batuk yang keluar laju menerusi kerongkong. Perit di tekak makin terasa, seraya rasa pelik yang hadir menguasai diri. Jarang sekali ada orang yang datang ke dorm. Hanya manager hyung sahaja yang kerap ke sini. Sunbae-sunbae pun sudah lama tidak menjejakkan kaki.

          “Ah, nanti kau tahulah sendiri. Yang pasti, tetamu kita tu dua orang.”

          Hm, dua orang?

          Siapa pula ni?

++++++++++


          “Kami dah balik!”  kedengaran suara Sehun dari arah luar. Lantas keadaan menjadi riuh rendah. Lantas pintu bilikku diketuk.

          “Baekhyun-ah, keluarlah. Tetamu kita dah sampai ni.” Suho hyung memanggilku. Badanku dibangunkan, lantas dada kuusap perlahan. Membuang sisa-sisa perit yang melekat di dada dan kerongkong. Kaki membuka langkah ke arah pintu bilik, lalu tombol pintu kupulas sekali lagi. Tanganku memegang kemas sekotak tisu, lalu melangkah keluar melepasi pintu bilik.

          “Annyeonghaseyo, jeoneun-”

          “Neo?!”

          Oh bagus. Kenapalah monyet ni ada dekat sini?

+++++++++


Side notes;
Julianna is Sooyoung.
And Jane is Soojin.

Dorang ada dua nama sebab dorang duduk dekat California dari kecil :-) 

Dah lama tak menulis, habis ayat aku tunggang terbalik. Tsk
Thank you sebab sudi baca!

6 comments:

Jojo said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Haha merepek je banyak chapter ni .__. InsyaAllah minggu depan :) Thanks sebab baca!

Jojo said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Yeke? Haha .__. Okay okay ~

Anis Zulhas said...

Monyet ? --' sambung !

Anonymous said...

Entah mana datang pun tak tahulah. Muahahahaha. Baik!