FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 5]


Characters.


Baekhyun’s POV

          “Sooyoung-ah, kamu dekat mana?”

          “Sooyoung-ah, eodiya? [Where are you?]”

          “Sooyoung-ah, mana kau? Yah. Janganlah main sorok-sorok dengan aku. Tak kelakar okay.”

          Berkali-kali telingaku menangkap suara-suara sedang memanggil namanya. Niat untuk melelapkan mata selepas selesai memakan ubat tadi dengan serta-merta terganggu. Mulutku laju mendengus, lantas badan kembali berduduk tegak. Rambutku dikusut ganas, menjeling tajam ke arah katil kosong di sisiku.

          Argh, apa kena dengan perempuan tu?

          Kaki melangkah malas keluar dari bilik. Kelihatan masing-masing sibuk mencari Sooyoung. Kepalaku berfikir sejenak, lalu perasaan khuatir mulai hadir. Alahai, ke mana pula dia pergi?

          D.O yang sudah perasan akan kehadiranku, segera diriku disapanya.

          “Hyung, hyung ada nampak Sooyoung?”

          Great.

          “Tak pulak. Mungkin dia keluar sekejap kot, ambil angin.” bahuku dihenjut, muka masih lagi menunjukkan raut wajah tidak ambil peduli. Buat seketika hatiku terdetik, perasaan bimbang semakin merebak ke dalam diri. Lantas kepalaku menggeleng laju, membuang segala prasangka di hati.

          Mata kembali memandang ke arah D.O. Dia memandang aku aneh, dan serta-merta anak mata kami berlaga. Mungkin dia pelik kenapa aku tiba-tiba berkelakuan seperti ini.

          “Tapi takkanlah. Langit dekat luar dah makin gelap, tanda hujan lebat akan muncul bila-bila masa je kejap lagi. Sooyoung dahlah tak boleh sorang-sorang dalam keadaan macam ni.” sampuk Chanyeol yang kini berada di sebelah D.O. Aku memandangnya aneh. Dari raut wajahnya, sudah terpancar rasa bimbang.

          Sooyoung tak boleh sorang-sorang? Apa maksudnya?

          Eh, apahal aku tiba-tiba peduli pula ni?

          Suka hati dialah dia nak buat apa pun. Aku tak rugi apa-apa.

          Er, mungkin.

          “Eh, jomlah kita pergi cari dia. Aku risaulah.” kata-kata Chanyeol sekali lagi meruntuhkan lamunan. Lantas dia aku pandang. Suho, Sehun, Soojin dan D.O mengangguk laju tanda setuju. Sebaliknya Kai terus terdiam tanpa berkata apa-apa, seolah-olah tidak langsung mengambil peduli.

          “Tapi kita tak boleh pergi semua sekali. Kena ada jugak orang duduk dekat sini, mana tahu Sooyoung balik ke kejap lagi.”

          “Kalau macam tu. Hyung, Baekhyun dengan Soojin duduk dekat dorm, siapkan makanan. Chanyeol, Kai, Sehun dengan D.O pulak pergi cari Sooyoung. Okay?” putus Suho. Masing-masing mempamerkan riak wajah bersetuju. Kaki melangkah perlahan ke arah sofa yang berdekatan, mahu mencuba untuk membuang semula semua sakit di badan. Sekali lagi Kai kupandang, yang kini sedang leka bermain dengan kedua-dua jari telunjuknya.

          Kai mengangkat kembali wajahnya, kini memandang ke arah kami. Dari riak mukanya aku sudah tahu bahawa sesuatu yang akan berlaku.

          “Kalau Kai tak ikut boleh tak? Kai nak duduk dorm je. Malaslah nak keluar dorm time-time macam ni.” mulutnya laju berkata-kata tanpa berselindung, mendapat jelingan dari Suho dan D.O sebagai balasan. Kai masih mengekalkan mimik muka yang sama. Tidak peduli.

          Kai, kenapa kau tiba-tiba berubah?

          Peliklah aku dengan kau ni. Heh.

          Suho, D.O, Soojin, dan Chanyeol memandang antara satu sama lain. Soojin dan Chanyeol kemudiannya mengangguk, bersetuju. Suho kembali memandang Kai, lalu mengeluh kuat.

          “Baiklah. Kalau itu yang kau nak.”




Julianna’s POV

          Kaki terus melangkah tanpa arah tuju. Mata melilau ke sekeliling tempat, mencari sesuatu yang boleh dijadikan petunjuk untuk pulang. Kelihatan langit sudah semakin gelap. Seraya berlalunya angin kuat, membuatkan rambutku turut menari-nari mengikut alunan. Manusia-manusia di sekelilingku bergegas membuka langkah mencari tempat teduh, tahu bahawa akan turunnya hujan sebentar lagi.

          Dan sekarang, aku boleh pula sesat. Tsk.

          Bunyi dentuman guruh sudah sayup-sayup kedengaran. Badanku mulai menggigil, lantas butir-butir mutiara jernih menjelma di serata badanku. Jantungku yang berdegup kencang, sedaya upaya kuusap, mahu membuang segala rasa takut di hati. Telefon bimbit yang dikeluarkan dari beg, segera aku buka kekuncinya. Ditekan-tekan kata laluan..

          TETT!

          Oh bagus. Bateri habis.

          Kill me now. Please.

          Kaki melangkah laju ke tempat teduh yang berdekatan. Orang ramai semakin hilang dari pandangan. Langit sudah sepenuhnya berubah menjadi gelap. Hujan turun selebat-lebatnya, seolah-olah sedang melampiaskan amarah yang telah dipendam lama.

          “Ah, kenapalah mesti hujan sekarang..”

          Cahaya halilintar di langit sedang seronok sambar-menyambar. Sesekali tangan hinggap di cuping telinga, menutup rapat sensor pendengaran akibat terkejut mendengar bunyi dentuman guruh yang semakin kuat laju masuk ke dalam cuping telinga. Mata ditutup rapat, lalu bibir bawah digigit. Masih berusaha membuang rasa kecut di perut yang masih degil untuk pergi.

          Tuhan, kuatkanlah aku..




Someone’s POV

          Tangan memegang kemas payung, sambil kaki terus melangkah mencari Sooyoung. Sesekali mata mengerling ke arah jam tangan yang dipakai.

          7:00 petang.

          Kedai-kedai yang berdekatan semua aku terjah. Malangnya tidak ada satu pun tanda-tanda yang dia pernah masuk ke situ. Aku mengeluh panjang, lalu segera menutup payung. Belakang badan disandarkan di dinding kedai. Buat seketika, titisan-itisan hujan yang turun aku amati, memikirkan ke mana agaknya dia telah pergi.

          Sooyoung.. Sooyoung..

          Pantas jariku dipetik, tersenyum sendiri. Payung tadi segera aku buka kembali, lalu kaki pantas menuju ke tempat yang sedang difikirkan. Entah kenapa hati aku kuat mengatakan yang dia kini sedang berada di sana.

          Ya, aku pasti. Dia sekarang berada di sana.

          Tunggu sekejap Sooyoung. Oppa akan datang menjemput kamu.




Julianna’s POV

          Meskipun sudah sedaya-upaya kutahan, namun mutiara-mutiara jernih masih lagi tidak mahu berhenti mengalir keluar dari kelopak mata. Nafasku berombak, sedu-sedan setia menemaniku. Tiada tanda-tanda yang dia mahu pergi. Tanganku kemas memeluk tubuh, sambil mata tertutup rapat. Seluruh tubuhku menggigil, dek menerima kesejukan yang melampau.

          Tiba-tiba, aku terasa ada sesuatu yang diletakkan di atas bahu. Sesuatu yang membuatkan tubuhku terasa sedikit hangat. Punggungnya dilabuhkan di sebelahku, tangannya dengan perlahan memeluk tubuhku lalu melentokkan kepalaku di atas bahunya, memberikan kehangatan yang aku mahukan.

          Selepas beberapa ketika, kepalaku dengan lemah diangkat. Memandang gerangan manusia di sebelah.

          D.O oppa.

          “Ahhh!” deruan kilat dan dentuman guruh serta-merta memecahkan suasana. Seraya jeritan nyaringku secara tidak langsung menyapanya. Tangan menekup kemas cuping telinga, sambil mata tertutup rapat menahan ketakutan. Oppa segera memelukku erat. Belakangku diusap perlahan, membiarkan aku menangis di bahunya.

          “Shh..”

I always want to protect you,
So that even the small things won’t tire you out,
I’m eternally in love.

As your guardian, I will block the stiff wind,
Even though people turn their backs to you,
If I could become the personWho can wipe your tears on a tiring day,
It will be paradise.”
‘Angel’ by EXO-K


          Telingaku dibisikkan dengan nyanyian D.O oppa. Biarpun hanya sayup-sayup kedengaran, tetapi aku masih dapat menangkap apa yang dia cuba mahu sampaikan. Sedikit sebanyak, hatiku menjadi sedikit tenang. Mataku kembali memandang wajahnya. Oppa kemudiannya membalas pandanganku sambil tersenyum nipis. Lantas ibu jarinya mengusap perlahan pipiku, membuang air mataku pergi.

          Awan hitam yang menutup langit, pergi berlari dibawa angin. Guruh dan kilat sudah tiada, seraya perasaan takut dan cuakku juga pergi bersama. Pelangi sudah memunculkan diri di langit yang kini disinari dengan cahaya matahari yang akan terbenam sebentar lagi. Terpegun aku melihat ciptaan Tuhan yang satu ini.

D.O oppa kupandang sekilas. Senyuman di wajahnya masih lagi tidak hilang. Mungkin dia juga terpegun melihat pemandangan ini.

          “Sooyoung astraphobic?” soalannya meruntuhkan lamunan. Sekali lagi dia aku pandang. Anak matanya memandang tepat padaku, menunggu jawapan. Nafas berat dilepaskan, lantas senyuman palsu diperlihatkan.

          “Um, neh.”

          Oppa tersenyum.

          “Oppa boleh jaga rahsia ni baik-baik, kan?”

          “Mesti. Sooyoung jangan risaulah.” balasnya. Kepalaku lantas diusapnya. Kami berdua tersenyum, lalu mata kembali memandang keindahan alam yang berada di hadapan. Tangannya masih kemas memelukku. Buat seketika kami hanya membiarkan masa berlalu, dengan begitu sahaja.


          D.O oppa kemudiannya bangun lalu membuka semula payungnya. Sebelah tangannya dihulurkan kepadaku.

          “Jom, kita balik.”

          Aku tersenyum lalu mengangguk, segera menyambut tangannya.

          Somehow, I felt secure.

          Thank you, oppa.


++++++++++

Astraphobic/astraphobia bermaksud seseorang yang takut akan petir/kilat/guruh. Memang benda ni nampak kecil. Tapi sesetengah orang mempunyai fobia yang melampau. Macam Sooyoung :-)

Btw, maaf sebab pendek. Aku cuma nak habiskan scene chapter 4 je sebenarnya .__.
Terima kasih sebab membaca! xx

6 comments:

Gizloe said...

woah *o* D.O baiknya :3 aaaaaaaaaaaaa
sambung sambung :3 ingatkan kai lah tadi ._. kenapa dengan kai .. whats wrong

Anonymous said...

Muahahaha ada lagi yang kena troll :p Dah dua orang kata orang yang jumpa Jue tu Kai hahahaha. D.O memang sweet hehehe :3 Kenapa dengan Kai? Entah, tak tahu .__. HAHA.

InsyaAllah, nanti ler sambungannya tuh =3= Thanks sebab baca!

Eyra Azmi said...

AAAAAAAAAA! Best, best. Sambong :D

Anonymous said...

Best? Hehehehe thank you! xx

InsyaAllah, adalah nanti :)

ftnbhrzlhnf said...

sambung-sambung *goyang punggung* D.O pun ok gak,haha.Pehal Baekhyun dengan Kai tu hish.Saya rasa last-last dua orang ni suka Jue.Haha *sewel entah apa-apa*

Anonymous said...

Hoi duduk diam-diam ah. *tepuk-tepuk punggung* Haha. Dorang suka Jue? Mana tahu ni? Hahahahahahahahaha. Entahlah, tak tahu lagi. Kita tengok jelah nanti, okay?

Anyway, thanks sebab baca! xx