FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 6]


Characters ada tambahan.

Julianna’s POV

         Kaki melangkah keluar dari kereta, memandang kagum terhadap bangunan yang berdiri megah di hadapan mata. Jane juga turut memberi reaksi yang sama. Sehun sibuk membetulkan penampilan dirinya manakala Kai pula memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar, sambil earphone tergantung di lehernya.

         Cermin tempat duduk penumpang hadapan diturunkan, mempamerkan wajah Suho oppa yang bertopi merah sedang tersenyum melihat kami.

         “Habis sekolah nanti kamu berempat balik sekali. Tunggu manager hyung datang ambil. Jangan merayau-rayau pulak!” kata Suho oppa sambil memandang ke arah Sehun dan Jane. Mereka hanya tersengih, sambil memandang antara satu sama lain. Oppa seakan-akan tahu yang mereka sedang berusaha merencanakan sesuatu. HAHA.

         “Jaga diri baik-baik.” D.O oppa pula berbicara sambil mengenyitkan sebelah matanya padaku. Aku tersenyum sambil mengangguk laju, lantas kepalaku diusapnya.

         “Annyeong.” tangan dilambaikan, lalu kaki segera melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah.



         Mata tertumpu ke arah sekeliling kawasan persekitaran sekolah. Banyak pasang mata yang sedang melihat ke arah kami. Ada yang tersenyum, dan ada juga yang menjeling. Aku mengikuti arah pandangan mereka. Ah, kebanyakannya memandang ke arah Sehun dan Jane. Tangan Sehun selamba melingkar di bahu Jane, mereka berdua melangkah laju meninggalkan aku jauh di belakang.

         Pandangan diliarkan sekali lagi. Kali ini aku dapat menangkap beberapa pasang mata yang dalam diam memandangku. Jelingan maut, lebih tepat. Kai di hadapanku sedang memakai earphone di telinga, selamba berjalan tanpa menghiraukan pandangan manusia yang berada di sekeliling.

         Kakiku segera berusaha mengikuti gerak langkahnya. Sehingga tanpa kusedari, badanku dengan tidak sengaja melanggar bahunya. Dia sedikit pun tidak berpaling, sebaliknya hanya bunyi hembusan nafas yang kedengaran.

         Earphone yang dipakainya ditanggalkan, lalu menjeling ke arahku.

         “Jangan buat macam-macam. Dan jangan ingat yang kau tu kenal aku.”

         “Eh?” sebutir patah perkataan keluar tanpa diduga sambil kepala didongakkan, memandangnya.

         Kakinya kembali mula melangkah, meninggalkan aku terkebil-kebil keseorangan. Aku memandangnya dengan reaksi seakan-akan tidak percaya, yang butiran perkataan itu meluncur laju keluar dari mulutnya. Mulut merengus geram, lantas kaki kanan menghentak ganas ke bumi.

         Tindakan refleksku yang secara tiba-tiba itu mengejutkan pandangan orang di sekeliling. Lantas aku sekali lagi menerima beberapa buah jelingan daripada pelajar yang berada berdekatan. Tengkukku diusap malu, lalu pantas kembali mengekorinya daripada belakang.

         If looks can kill, I’ll be dead by now.

         Otak kembali mengulangi keadaan yang berlaku sebentar tadi. Mulutku dimuncungkan tanda tidak puas hati. Buat seketika, tubuh badan tegapnya yang semakin menjauh itu aku amati. Bibir dijuihkan, lantas mataku dikecilkan.

         Tch. Siapa yang nak berkawan dengan kau huh?




Kai’s POV

         Jam tangan aku kerling sekilas. Langkahku dipercepatkan, sambil mulut terkumat-kamit menuju ke bilik muzik. Aku sudah lima belas minit terlambat. Pasti Puan Kim sedang menungguku untuk memunculkan diri di sana. Menyesal pula aku melelapkan mata di dalam studio tadi. Tsk.

         Di luar sedar, tubuhku kini sudah pun berada di hadapan pintu bilik. Nafas ditarik dalam, lalu tangan segera mencapai tombol pintu. Belum sempat dipulas, telinga sudah terlebih dahulu menangkap satu suara dari dalam. Tubuhku seakan-akan tidak berfungsi, tidak mahu bergerak walaupun disuruh otak berpuluh-puluh kali. Sebaliknya telinga masih lagi setia mendengar.

Your puzzled expression,
I know its hard to believe (believe)
No, no-no-no more of this
Don’t show me that expression again
Don’t make me, who shines brightly, embarrassed
From head to toe, you have to change your style

Because you’re mine (boo shy shy)
Unconditionally, forever mine (shy shy boo)
Ring me up when you wake up
And when you go to sleep only think about me
You’re my boy (mine-mine-mine)
Forever ma-ma-ma-ma-ma boy
Your heart is mine forever
Beating for me yeah-yeah-yeah oh
‘It Girl’ by Apink


         Bunyi tepukan gemuruh dan beberapa buah siulan kedengaran selepas tamatnya lagu tersebut. Kepala menggeleng laju sambil tangan menampar kedua-dua belah pipi, menyuruh diri untuk kembali ke alam nyata. Otak segera membuang memori tentang apa yang telah berlaku sebentar tadi. Lantas beberapa ketika, aku baru tersedar tentang tujuan aku untuk datang ke sini.

         Ah, aku dah lambat!

         Tangan dengan kasar memulas tombol pintu, mengejutkan segala isi yang berada di dalamnya. Sooyoung yang duduk di sebelah tempat dudukku memandang aku kehairanan. Pandangan beralih pada Puan Kim, yang sedang memandangku, mahukan penjelasan. Tekak tiba-tiba terasa kering. Aku berdehem beberapa kali, sebelum melangkah perlahan ke arahnya.

         “Kim Jongin, kenapa lambat?”

         “M-maaf songsaengnim, tadi.. saya.. um..”

         “Dah sudah, pergi duduk di tempat kamu.”

         “Neh.” jawabku perlahan lalu menunduk hormat. Kaki berjalan ke arah tempat duduk sambil tangan lembut mengusap tengkuk. Punggungku lantas dilabuhkan, tidak mengendahkan Sooyoung yang asyik memandangku di sebelah.

         “Okey kelas. Seperti tahun-tahun lepas, sekolah akan menganjurkan sebuah pertandingan menyanyi untuk pelajar tahun dua dan tiga.” beberapa buah bunyi sorakan kedengaran di belakang. Ada juga yang berbisik sesama sendiri dan ada juga mengeluh panjang, seolah-olah sudah tahu apa yang akan dikatakan oleh Puan Kim.

         “Tetapi tahun ni, konsep yang ingin ditonjolkan amat berlainan. Kita akan mulakan dengan beberapa kali uji bakat untuk memilih peserta yang akan mara ke setiap peringkat, untuk hari pertandingan nanti. Memang tak wajib untuk semua pelajar, tetapi memandangkan kamu semua antara pelajar terbaik tahun dua, saya perlukan sekurang-kurangnya dua belas orang peserta. Termasuklah awak berdua sekali, Sooyoung- Soojin.” katanya, memandang ke arah mereka berdua sambil tersenyum.

         “Pelbagai jenis hadiah telah pun disediakan. Kami mengambil keputusan untuk menyediakan hadiah yang lumayan dan pastinya dapat puaskan hati kamu semua.” sambungnya lagi.

         “Hari ni saya tak mengajar. Jadi pada sesiapa yang nak masuk uji bakat tu, bolehlah mula berbincang. No solo and duet performance. Just in groups. Uji bakat ni akan berlangsung pada minggu depan. Beri nama pada Hana selewat-lewatnya esok, supaya senang kami nak uruskan urutan persembahan nanti. Maklumat lain saya akan beritahu kemudian.”

         Puan Kim duduk lalu membuka buku laporannya, dengan tekun tangannya mencatat sesuatu di atas lapisan kertas tersebut. Suara di belakang menjadi semakin kuat. Masing-masing sudah tidak lagi berada di tempatnya. Pandangan kini beralih pada Hana yang berada di tempat duduk hujung, memandang gerangan manusia yang masing-masing terkumat-kamit memberitahu nama mereka padanya.

         Dan aku pula, masih duduk berpeluk tubuh. Tidak langsung mempunyai keinginan untuk memasuki pertandingan tersebut. Bukannya apa, aku malas. Lagipun aku dengan Sehun dah masuk tahun lepas. Kalah pula tu. Buat malu je. Tsk.

         “Weh Kai, jom masuk pertandingan tu.”

         Panjang umur. Baru je aku cakap pasal dia.

         “Tak nak.” balasku pendek sambil menggoyangkan jari telunjuk.

         “Tak ada tak nak tak nak. Kau kena masuk. Sooyoung dengan Soojin pun dah setuju nak cuba nasib. Jomlah.” pujuknya lagi. Matanya semakin membesar, meminta simpati. Sehun Sehun, kau tu bukan Tao dan aku bukannya Kris hyung. Aku takkan senang terpedaya dengan muka kesian kau tu.

         Eh kejap.

         Sooyoung dengan Soojin pun masuk?

         Memang tak ah aku nak masuk kumpulan dorang.

         Pandangan meliar ke sekeliling bilik muzik, sambil membuat aksi seolah-olah sedang mempertimbangkan pelawaannya. Hati keras tak mahu, tapi takkan aku nak menolak pula. Ah, tension aku!

         Sedang minda ligat berfikir mencari alasan, mata menangkap Jihae yang sedang berjalan ke arahku.

         “Um Kai, nak tak masuk kumpulan kitaorang? Kitaorang kekurangan ahlilah.” pintanya.

         “Eh tak boleh. Kai masuk kumpulan akulah.”

         “Eh tapi-”

         “Kau masuk kumpulan aku kan, Kai?”

         “Kai-”

         “Aku masuk kumpulan Jihae.” kedua-dua belah tangan diangkat tinggi. Kelihatan Jihae tersenyum menang lalu menjelirkan lidahnya pada Sehun. Mata Sehun pula terjegil mendengar kata putusku. Seakan-akan tidak percaya yang aku baru sahaja memilih orang lain dari kawan sendiri.

         Padanlah dengan muka kau.

         Siapa suruh ambil Sooyoung masuk kumpulan kau.

         Semalas-malas aku pun, kalau kau ajak and si Sooyoung tu tak ada, mungkin aku fikir juga dua tiga kali.

         Haih, nasib kaulah Sehun.

         “Tak apa Sehun, aku masuk kumpulan kau.” sergah Jihyun dari belakang. Mata Sehun kembali bersinar-sinar, lantas dia memeluk Jihyun dengan erat. Jihyun memukul badannya, meronta-meronta meminta untuk dilepaskan.

         “Hoi Sehun. Matilah dia kalau kau peluk macam tu. Lepas lepas.”

         Sehun yang baru tersedar, segera melepaskan pelukan sambil tersengih macam kerang busuk. Aku menggelengkan kepala. Sehun lantas menarik tangan Jihyun, pergi ke tempat Soojin.

         Ekoran mataku menangkap kelibat Sooyoung, yang kini berpindah duduk di sebelah kembarnya. Sedang menulis sesuatu di atas buku notanya. Soojin pula sibuk berkata-kata, tidak terfikir langsung untuk berhenti gamaknya. Sooyoung hanya mengangguk, sambil tangan masih lagi ligat menulis segala apa yang Soojin katakan.

         Dia yang seakan-akan tahu, kembali memandang tepat ke arahku. Sekalian anak mata kami berlaga. Mata kemudiannya diperbesarkan, kehairanan- lalu perlahan-lahan senyuman manisnya terukir di bibir. Aku tersentak, cepat-cepat melarikan pandangan.

         Aduh, macam mana dia boleh tahu ni?


++++++++++

Aku akan cuba update seperti biasa lepas nih. Tapi aku tak janji okeh ;____;
Anyway, thank you sebab sudi baca chapter mengarut nih ;AAAA;

8 comments:

Gizloe said...

ada error typing :3 'a'nak mata [part last sekali]
oh anyway, thanks sebab update ^o^ dah lama tunggu :3 update soonnnnn~

Anonymous said...

Hahahaha okay baru sedar -.- You're welcome! I'll try to update another chap later :-)

Fika said...

wowwwww *O* *O* sambungggg sambunggg lagi eh eh best xD *tepuk tangan*

Anonymous said...

Hehehehe. Thank youuu! <3 *bows* Nanti unaa sambung :D

ftnbhrzlhnf said...

Yes,akhirnya update juga *lompat mcm kucing, -__-*

Anonymous said...

Hahahahahahaha =3=

Eyra Azmi said...

Update pun. Yeah, best best *u* Sambung ~

Anonymous said...

Hahaha, terima kasih sebab baca. *bows* Nanti unaa sambung :-)