FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 7]

Ini bukan chapter baru. Ini just explanation untuk chapter 6. { Clickeu }

Julianna’s POV

          Dengan berbekalkan baki perasaan malu yang masih ada, aku segera kembali semula ke tempat duduk. Memberi laluan kepada sang penghibur yang seterusnya untuk menunjukkan apa yang dia ada. Suara lunaknya yang sedang menyanyi terbang bebas di udara sambil si sang penari di tepi sibuk melepaskan dirinya, mengikuti rentak lagu tersebut.

Heh.



FLASHBACK.

          “Soojin, Sooyoung, memandangkan kamu baru lagi dekat sini, apa kata kalau kamu berdua tunjukkan apa yang kamu tahu?” satu kelas memandang ke arah aku dan Jane. Terkedu, cepat-cepat aku memandang Jane. Jane kelihatan tenang. Dia kelihatan sudah bersedia.

          “T-tapi puan. Saya tak pandai menyanyi,” dengan perlahan aku berterus terang. Kalau bab menyanyi, Jane lah yang patut dicari. Aku ambil aliran muzik pun, hanya kerana aku suka menulis lirik. Bukannya menyanyi. Aku lebih selesa duduk di belakang tersenyum mendengar lagu yang aku karang dinyanyikan, daripada duduk di hadapan menerima tepukan daripada orang ramai.

          Namun begitu, Puan Kim langsung tidak menampakkan sebarang reaksi terkejut. Sebaliknya segaris senyum dipamerkan sebaik mendengar penjelasan daripadaku.

          “Tak apa. Mula-mula semua orang macam tu. Kalau ada yang tak kena nanti, cikgu boleh bantu,”

          Puan Kim ni, persistent sangat ah.

          Mati aku weh. Mati aku.

          “T-tapi cikgu-”

          “Park Sooyoung!” jerit si serigala dari tepi. Pantas pandangan dialihkah terhadapnya. Dia dan Sehun mengangguk, menyuruhku untuk ke hadapan.

          Hoi, kau gila apa?

          “Pergi je,” jawabnya. Dia seakan-akan tahu apa yang aku maksudkan. Bibir perlahan-lahan tersenyum mengena, sambil mengenyitkan sebelah matanya padaku. Raut wajah geram aku pamerkan, tidak mahu.

          Puan Kim segera aku pandang. Kedua-dua keningnya diangkat, menunggu jawapan. Kaki terpaksa juga mengalah, mengikut suruhan otak yang kali ni langsung tidak masuk akal.

          Keluhan berat dilepaskan.

          Okay. Here we go.

For example, this means,
I’ll tell you in easier words.
I picked you to be in my heart,
you may not believe it.

          Seems okay. Tenang Sooyoung, tenang.

You may think it’s a dream (a dream) however,
I picked you.
For now I have you in my heart.

          Kau boleh buat Sooyoung, kau boleh!

Your puzzled expression,
I know it’s hard to believe (believe).
No, no no no more of this,
don’t show me that expression, ever again!
Don’t make me, who shines brightly, embarrassed.
From head to toe, you have to change the your style.


          Belum sempat aku menarik nafas untuk menyanyikan bahagian chorus, sebuah suara telah pun mendahuluiku.


Because you’re mine.
Unconditionally, forever mine.
Ring me up when you wake up,
and when you go to sleep.
Only think about me.
You’re my boy.
Forever ma ma ma my boy.
Your heart is mine, forever beating for me,
Yeah yeah yeah oh.
‘It Girl’ by Apink.

          Oh my gosh. Jane, Sehun!


END OF FLASHBACK.



          Bunyi tepukan gemuruh sekali lagi berkumandang. Diikuti dengan beberapa buah siulan dari rakan-rakan. Puan Kim pun turut melakukan perkara yang sama. Jane dan Sehun aku pandang. Mereka berdua tersenyum lebar menampakkan barisan gigi putih, sambil high-five antara satu sama lain. Tanpa disedari, hujung bibir menaik ke atas. Lantas nafas lega dengan perlahan aku lepaskan.

          Nasib baik Sehun dengan si serigala tu tolong.

          Kalau tak boleh pengsan aku duduk dekat depan tu. Ehem.

          Pandangan dilemparkan ke tempat duduk sebelah. Kosong. Sejak waktu rehat tadi aku tak nampak Kai. Dia tak makan ke? Atau pun dia sengaja ponteng kelas? Hati berkali-kali bertanya. Namun satu jawapan pun mengena.

          Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas kasar. Menampakkan Kai yang sedang berdiri kekok di sebalik pintu tersebut.

          Ah, itu pun dia.



          “Macam mana sekolah tadi? Okey?” tanya D.O oppa sebaik sahaja badanku dilemparkan ke atas sofa. Jane dan Sehun sudah masuk ke dalam bilik dahulu, ingin membersihkan diri agaknya. D.O oppa aku pandang. Dia memakai apron sambil memegang sudip di tangan. Dalam hati aku tergelak kecil. Oppa ni sebijik macam omma. Haha.

          “Boleh tahanlah, oppa.” balasku sambil tersenyum. Bunyi nafas berat perlahan-lahan terbit di bibir, sebelum menyambung- “Tapi Sooyoung kena masuk pertandingan menyanyi nanti. Si Sehun dengan Soojin desak. Sooyoung tak nak, macam mana ni?”

          “Alah. Sooyoung cuba je dulu. Mana tahu boleh menang ke nanti, kan? Eh tapi, Jongin tak masuk sekali?”

          Jongin?

          “Dia masuk kumpulan lain. Sehun pun tak tahu apa kena dengan dia tu. Buang tabiat agaknya,” jawab Sehun dari belakang, yang sedang berjalan menuju ke bilik air sambil memegang sehelai tuala. Oppa hanya mengangguk. Jane tidak lama kemudian juga memunculkan diri di ruang tamu, selamba mengambil tempat duduk di sebelahku.

          Ah, Kai. Aku ingatkan siapalah tadi.

          Wait. Am I the only one who doesn't know his real name?

          Kill me now, please.

          Aku memandang oppa. Kelihatan wajahnya sedikit berkerut, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

          “Oppa,”

          “Ah, ye?” oppa lantas tersedar dari lamunan. Eh, aneh.

          “Kenapa ni?”

          “Tak ada apa-apalah. Eh, kamu berdua nak makan apa? Oppa masakkan,” aku dah Jane saling berpandangan. Tersenyum, lantas menyebut nama makanan yang sama.

          “Nasi goreng kimchi!”

          D.O oppa hanya tersenyum lalu mengangguk.

          Oppa beredar ke dapur, aku mengalihkan tumpuan ke arah Jane. Kedua-dua belah kening diangkat, tertanya-tanya. Aku mula berdehem, melonggarkan saluran tekak sebelum meneruskan perbualan.

          “Macam mana kau tahu tentang lagu yang aku nyanyikan time tu? Setahu aku, baru sekali kau tengok music sheet aku tu. Itu pun kau paksa suruh bagi,” badan kini mengubah posisi kepada berpeluk tubuh. Jane aku pandang kehairanan. Dia hanya diam. Sebaliknya terus tersenyum menang.

          “Aku baca sekali pun dah boleh hafal ah lagu tu. Lirik dia simple sangat. Plus aku bukannya macam kau. Pelupa,” di hujung ayatnya, sakan terkekeh-kekeh dia ketawa. Hanya jelingan tajam yang aku mampu berikan. Kerana aku tahu, apa yang dia baru sahaja katakan itu betul. Orang yang bukan genius pun boleh ingat lirik tu walaupun baru sekali pandang.

          Dah nak buat macam mana.

          Aku belum pro lagi.

          “Ya, kau belum pro lagi. And aku masih tertunggu-tunggu bila saatnya pro kau tu untuk datang. You’re so simple, Jue oi. Anyone can read your mind. Haha,” sekali lagi, aku hadiahkan Jane sebuah jelingan. Tetapi kali ni, lebih tajam. Jane tidak langsung rasa tergugat, sebaliknya terus berdekah-dekah bunyi ketawanya.

          “Tapi yang pasti, rentak lagu tu best. First time Sehun menari, hanya dengan ikut rentak yang Soojin nyanyi masa tu. Seronok!” celah Sehun, yang kini sudah pun duduk di sofa sebelah. Senyuman nipis perlahan-lahan terukir di tubir bibir.

          “But still, dia ni transparent sangat.”

          Tak guna kau. Spoil mood betul.

          “Apa kau cakap?” tangan sudah bersedia untuk melakukan serangan. Tetapi niat terhenti tatkala mendengar suara lain bersuara.

          “Budak-budak, mari makan!”

          Ergh, kau tunggu serigala. Kau tunggu.


++++++++++

Mian sebab dah lama gila tak update blog ni. 3 bulan dah kan, rasanya? Hehe.
Chapter 8, coming right up!

4 comments:

faten.banana said...

Got the feeling ;_; Tersengih sorang-2 baca FF awak lol.

Anonymous said...

Hehehehe. Thank you! *bows*

nanajoe said...

nice laaaaaaaaaaaaa ;A; eden suka sebab sebab senang gila nak paham omg serius ni *eksaited* *tak suka baca benda panjang panjang* *tapi ff sendiri panjang berjela* omg ;~; omg ;~: dan dan nama character tu hahahahahahahaha boleh berangan sekali omg ;~;

Anonymous said...

Hahahahahahaha akak! Apa ni apa ni omg hahahahahahahahaha xD Ohoi terima kasih terima kasih xD *bows* ;A;