FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 8]

Aku ubah characters sikit. Nak bagi fit dengan storyline. { Characters }

Julianna’s POV

         Duduk di atas sofa, sambil kaki disilangkan malas. Televisyen di hadapan aku pandang bosan. Sebelah tangan ditongkatkan di bawah dagu, sambil jari tangan sebelah ligat menekan butang nombor di remote kawalan jauh. Pelbagai siaran muncul satu persatu, namun tiada satu pun yang menarik perhatian. Jam dinding lantas aku pandang. Tinggal 15 minit lagi sebelum jarum pendek berdiri tepat di nombor satu.

         Bibir mengeluh perlahan. Oppa dan yang lain masih lagi belum pulang. Practice lagilah agaknya tu.

         Aku? Terperangkap di dorm bersama si serigala jadian tu. Ergh.

         “Jane!” senyap.

         “Park Soojin!” panggilku sekali lagi.

         Masih senyap.

         Apa yang dia buat sampai tak dengar orang panggil ni?

         Aku segera bangun, lantas melangkah laju ke arah biliknya. Pintu dikuak perlahan, membenarkan dua pasang mata untuk melihat ke dalam. Kelihatan Jane sedang asyik membelek beberapa helaian kertas yang dipegangnya, sambil tersenyum sinis.

         “Hoi serigala!” teriakku sekuat hati. Jane tersentak melihatku, lalu segera menyembunyikan kertas-kertas tersebut di belakangnya. Senyuman kekok dipamerkan. Dengan tangan yang diseluk ke dalam poket baju, selamba aku berjalan ke arahnya yang sedang terpinga-pinga.

         “Boleh tak kalau nak masuk tu bagitahu dulu? Terkejut aku tahu tak!” teriaknya balik. Pertanyaannya lantas kubalas dengan beberapa buah ketawa sinis. Tsk. Are you serious darl?

         “Nak bagitahu macam mana. Aku jerit dari luar pun kau tak dengar,”

         Kali ini aku pula yang dijelingnya.

         “Dah tu, tak reti-reti nak ketuk pintu dulu ke?” pergh. Cari pasal nampak.

         “Yang kau ni nak gelabah sangat kenapa? Aku masuk tak bagitahu je pun kan,”

         “T-takde ah. Aku- ehem.. Hah, apa yang kau nak sampai sangat sampai sergah aku ni?”

         Ah. Baru aku teringat.

         “Aku bosan. Saja je panggil kau. Mana tahu otak kau berfungsi lagi ke pagi-pagi buta ni,” tangan didekap rapat, mulut lancar memberi alasan. Dia memandang ke arahku seakan-akan tidak percaya. Perlahan-lahan kepalanya menggeleng, sebelum mula memikirkan sebarang idea.

         Apa aku nak buat eh?

         Aku dan Jane saling berpandangan. Secara tiba-tiba idea datang berpusu-pusu memenuhi segenap ruang fikiran. Lantas kami berdua tersenyum nakal.

         Chanyeol oppa!

         “Sekejap, biar aku pergi ambil beg,” Jane mengangguk. Kaki segera berlari ke arah bilik tidur yang berada di hujung. Almari baju lantas aku buka. Cermin panjang di hadapan aku pandang, sambil rambut yang panjang lantas aku kemas. Kemudian pin rambut dipakaikan, mengelakkan rambut daripada serabut nanti.

         Dengan laju, beg selempang yang tergantung di pintu lantas aku capai. Diisinya dompet, telefon bimbit, dan segala yang berkaitan. Badan lantas berpaling dari pintu, mahu melihat samada masih ada lagikah barang yang tertinggal. Namun sebaliknya, meja komputer yang terletak betul-betul di hadapan tingkap mencuri perhatian. Eh, bukan komputer tu yang mencuri perhatian. Tapi kamera di atasnya. Heh.

         Tak salahkan kalau bawa kamera sekali?

         Bahu dihenjutkan, tidak mahu berfikir panjang. Kamera tersebut lantas diambil, lalu talinya disangkutkan di leher. Kedengaran Jane sedang memakai kasut, terus membuatkan aku kembali terpinga-pinga. Berlari ke luar, pintu ditarik kasar, menuju ke arah Jane.

         “Aku dah call oppa tadi. Dia kata kalau nak datang, datanglah cepat. Masa practice dorang pun dah nak dekat habis. Alamat oppa dah bagi. Tempat tu tak jauh dari sini. Disebabkan aku tak berapa ingat laluan tu, aku dah masukkan alamat tu dalam navigator. Jomlah,” kata Jane. Kepala hanya mengangguk, lantas menyarungkan sepasang sport shoes di kaki. Tak apalah, sekali-sekala keluar berjalan pada waktu malam. Bukannya penat sangat pun.

         Pintu depan lantas aku kunci, lalu segera memulakan perjalanan.

         Eh kejap.

         “Kertas apa yang kau pegang masa aku masuk bilik kau tadi? Bukan main gelabah lagi, sampai main sorok-sorok pulak,” sinis aku memerli. Jane di sebelah bersiul pendek, sebelum bersuara.

         “Music sheets kau,”

         “Hoi!”



Baekhyun’s POV

         “Okay guys, last practice!” jerit Suho hyung sambil bertepuk tangan. Botol air yang kupegang, diteguk buat kali terakhir. Sebelum kembali ke posisi yang telah ditetapkan. Sehun yang berada di hujung, segera menekan butang play di stereo. Lagu MAMA berulang, badan mengikuti alunan muzik yang sedang menari-nari di udara. Badan yang sudah sedia lemah, tetap aku gagahkan demi menghabiskan latihan bersama yang lain.

         Sedang asyik menari, mata menangkap refleksi seseorang sedang membuka pintu masuk dari cermin yang berada di hadapan.

         Sooyoung, Soojin. Apa yang mereka berdua buat dekat sini?

         Terukir senyuman di tubir bibir masing-masing tatkala melihat mereka berdua. Mata kemudian tertumpu pula ke arah Chanyeol. Sambil menari, Chanyeol berpaling ke belakang lalu meminta mereka untuk tunggu sebentar di tempat duduk. Mereka berdua hanya mengangguk.

         Dari ekor mata, Soojin di tepi, sedang asyik mengikut rentak pergerakan kami, manakala Sooyoung pula hidup di dalam dunianya sendiri. Kamera yang dipegangnya dibelek gambarnya satu-persatu, sambil tersenyum sendirian.

         Entah apa yang dia senyumkan pun tak tahulah.

         “Baekhyun, fokus,” D.O di sebelah bersuara.

         Ehem.



         Angin malam yang dingin terus meniup, melalui di setiap inci tubuh badan yang dilitupi dengan baju tebal. Tangan dimasukkan ke dalam poket baju, berjalan membiarkan yang lain mendahului di hadapan. Pandangan mata jauh meliar ke setiap kawasan. Pemandangan di Han River pada waktu malam yang disinari dengan cahaya lampu di sekitarnya amat indah. Langit yang membentang luas juga bebas dari sebarang awan hujan.

         Mahu sahaja aku berhenti di situ, dan menikmati pemandangan tersebut buat seketika.

         “Suho hyung,” panggilku pendek. Dia yang berada jauh ke hadapan, segera berpaling tatkala mendengar sahutanku.

         “Hmm?”

         “Baliklah dulu. Baekhyun nak duduk dekat sini sekejap. Nanti Baekhyun balik,” hyung mengangguk. Kelihatan Sehun disebelahnya sedang asyik menguap, mengeluarkan segala kepenatan yang ada.

         Belum sempat mengangkat kaki, kedengaran sebuah suara datang melepasi sisi tubuh.

         “Kalau Sooyoung balik lambat sekali, boleh tak? Sooyoung nak tangkap gambar sekejap,” Sooyoung berdiri di sebelahku. Tersenyum nipis, memegang kamera di tangan. Dalam hati mahu sahaja aku bersumpah seranah di situ. Pandangan beralih kembali ke arah hyung. Raut wajah hyung dengan serta-merta bertukar. Hyung dan Chanyeol saling berpandangan, berfikir sama ada mahu membenarkan atau pun tidak.

         Jangan. Tolonglah jangan.

         “Okay. Sekejap je tau. Balik cepat, besok sekolah. Baekhyun, balik sekali dengan Sooyoung tau,”

         Great.

         Dorang berdua tahukan yang aku benci dengan perempuan.

         Kenapa dorang boleh biarkan aku berdua dengan si Sooyoung ni?

         Bibir laju mengeluh, menarik perhatian Sooyoung yang masih berada di sebelah, berkerut. Berpaling semula ke belakang, aku beredar mencari tempat yang sesuai untuk berehat. Sooyoung yang terpinga-pinga, segera mengikut aku dari belakang. Sampai di satu tempat, aku segera memberhentikan langkah, sebelum bersuara.

         “Pergi. Aku malas nak menghadap muka kau. Dalam 30 minit, jumpa dekat tempat yang kita berhenti tadi. Unless kau nak balik sendiri, aku tak peduli. Kau lambat, aku tinggal,”

         Aku berpaling menghadapnya, berharap agar raut wajahnya bertukar. Sebaliknya tidak. Dia masih mengekalkan senyuman di bibirnya, mengangguk laju, mengerti.

         “Okey!”



         “Baekhyun-ssi… Baekhyun-ssi…” sebuah suara memanggil, cuba mengejutku. Sambil baring, aku berpura-pura terlena, tidak mengendahkannya. Aku mahu terus berada di sini. Mahu terus menikmati pemandangan indah yang berada di hadapan mata. Tetapi aku tidak mahu diganggu. Oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi dia.

         Kalau boleh nak je aku suruh dia pergi.

         Tapi-

         “Hmm. Kan bagus kalau Baekhyun-ssi terus kekalkan raut wajah macam ni. Walaupun tak senyum, at least Baekhyun-ssi tak nampak garang. Ni tidak, asyik emotionless je sepanjang masa,”

         Heh.

         “Emotionless? Haha. Punyalah Sooyoung takut dengan Baekhyun-ssi, sampai kata Baekhyun-ssi macam ni kan. Nak panggil Baekhyun-ssi oppa pun, Sooyoung takut. Sebab Sooyoung takut Baekhyun-ssi tak suka nanti,” dia ketawa kecil, sebelum kembali meneruskan percakapan.

         “Mungkin cakap masa Baekhyun-ssi tengah tidur, macam sekarang ni, bolehlah kot. Kalau Sooyoung panggil Baekhyun-ssi oppa sekejap, tak apa kan?” dalam diam aku terkedu. Raut wajah cepat-cepat dikawal. Takut-takut kalau dia terperasan. Namun beberapa saat kemudian, terasa seperti dia sedang beralih tempat, kini duduk pula di sebelahku.

         “Sooyoung nak berkawan dengan oppa,”

         Terhenti.

         “Kalaulah oppa baik sikit, kita dah boleh berkawan dah sekarang,”

         Sekali lagi.

         “Tapi, apa boleh buat. Walaupun oppa ada sebab tersendiri untuk bencikan Sooyoung, tapi Sooyoung still akan anggap oppa ni salah seorang oppa Sooyoung, okey?”

         Dia mengeluh perlahan. Lantas keadaan kembali berubah menjadi senyap. Aneh. Dah berhenti dah?

         Perlahan-lahan aku membukakan mata, lalu memandang ke arah sebelah. Mata Sooyoung dipejam, sudah pun terlelap. Mungkin sudah penat berkata-kata agaknya. Perlahan-lahan kepala menggeleng melihatnya. Tangan lantas menyeluk poket baju, mengeluarkan Samsung Galaxy SII. Cahaya dari skrin memancar tatkala butang penghidup di tepi telefon tersebut aku tekan, membenarkan mata menangkap beberapa buah nombor bersaiz besar di atasnya.

         Badan lantas ditegakkan, terkedu.

         Dah pukul dua.

         Patutlah dia dah tertidur. Mengantuk rupanya.

         Aku segera bangun, menggalas beg pakaian yang aku bawa tadi. Pinggang dicekak, memandang ke arah Sooyoung yang masih baring terbujur di atas rumput. Keluhan berat terbit dari bibir. Tak tahu nak buat apa dengan perempuan seorang ni.

         “Haish, apa-apa jelah.”

         Aku segera mencangkung di sisinya. Beg selempang dan kamera yang dibawanya segera dipakai. Sebelah tangannya dililitkan di belakang tengkuk, lalu peha dan belakang badannya aku pegang. Dia yang sedang nyenyak tidur itu perlahan-lahan aku angkat. Berdiri mencari kestabilan buat beberapa saat, sebelum melangkah kembali ke arah jalan pulang yang aku lalu satu jam tadi.

         Aku rasa lain macam.

         Tapi aku tak tahu kenapa.

         Er, biarkanlah.


++++++++++

Tak faham dengan character Baekhyun? Takpe, aku akan cerita sikit-sikit pasal dia dalam chapter yang akan datang. Sorry kalau ada apa-apa kesalahan tatabahasa dalam chapter ni. Aku mengantuk gila kot tsk. Nanti aku edit balik mana yang patut. Hehehe.

No comments: