FictionAuthorFollow  panda(s)

Voice Of My Heart [Chapter 9]


Julianna’s POV

         “Julianna, bangun. Sekolah woi,”

         Terasa badan seperti digoncang beberapa kali. Dalam mimpi pun boleh dapat mengagak, yang ini mesti angkara si serigala. Tangannya cepat-cepat aku tepis dalam keadaan mamai. Selimut tebal dengan pantas ditarik, menutupi seluruh tubuh. Telinga dapat menangkap suara dia yang sedang mengeluh. Haih suka hatilah, aku tak nak bangun!

         “Bangunlah cepat. Nanti oppa tinggalkan kita. Dorang berlatih awal sikit hari ni. Cepatlah weh,”

         Aku menggeleng perlahan, memberi jawapan.

         “Baik kau bangun cepat. Kalau tak siap kau aku kerjakan!” tempelaknya lagi. Aku berfikir selama lima saat, sebelum mengambil keputusan untuk menolak kasar selimut yang digunakan, lalu perlahan-lahan aku bangun.

         Pagi-pagi lagi dah terpekik-pukau. Tak guna betul.

         “Yelah yelah, aku bangun ni. Puas?” kataku sambil menggosok mata yang tertutup rapat. Secara perlahan jelmaan Jane yang sedang berada di hadapan aku mulai jelas. Dia bercekak pinggang sambil memegang sebatang berus gigi, dengan laju ditundingkan ke arahku.

         “Kau ada dalam lebih kurang 20 minit untuk bersiap. Cepat,” katanya dengan tegas. Perasaan jengkel mulai muncul, lantas aku menjelirkan lidah ke arahnya. Tidak sengaja dia ternampak, sekelip mata bahuku terasa pedih akibat ayunan tangannya yang ala-ala karate selaju halilintar menghentam ke dasar kulit. Dengan selamba aku mengerang kesakitan di situ.

         “Malaslah nak pergi hari ni. Kalau aku ponteng tak boleh ke?” baru sahaja dia mahu beredar, segera dia berpaling semula menghadap aku. Tetapi kali ini, dia membawa jelingan tajam bersama. Pandangan cepat-cepat dialihkan ke sekitar bilik, berpura-pura membuat muka tidak bersalah.

         “Mana boleh. Hari ni kan ada practice. Nak bahagikan part apa semua,”

         “Tulah kau. Orang balik awal, kau boleh pergi dating dengan Baek oppa. Padanlah muka tak dapat cukup tidur,” perlinya. Amboi kau serigala. Ke situ pulak!

         “Manade! Aku-”

         Baekhyun oppa muncul di muka pintu, memakai T-shirt hitam bersama seluar jeans. Oppa menuju ke arah mejanya, sedang mencari akan sesuatu. Aku memandang lama ke arahnya. Tetapi dia sedikit pun tidak membalas pandangan. Seolah-olah sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

         Wait.

         Macam mana aku boleh ada dalam bilik ni?

         Bukan semalam aku-

         Oppa aku pandang sekali lagi. Masih lagi tidak menghiraukau aku. Pelbagai persoalan muncul satu persatu di minda. Satu pun tidak dapat diterima akal. Aku teringat akan kata-kataku malam tadi. Dia dengar ke? Eh takkanlah oppa…

         Pandanganku ditundukkan, memandang ke arah pakaian tidurku yang belum ditukar. Eh!

         “Hoi, Earth to Jue, Earth to Jue. Kau sedar ke tidak ni?”

         Tanpa mempedulikannya, dengan segera aku mencapai tuala di beranda tingkap. Lalu berlari ke arah bilik air yang terdapat di luar. Dalam itu juga aku menangkap Jane berkata-kata.

         “Dah dating tak nak mengaku. Haih budak ni, suka cakap jelah,”

         Dalam hati aku mendengus. Sesuka hati kau je.



Kai’s POV

         Suara yang mendayu memenuhi segenap ruang, mengejutkan aku dari tidur. Mata lembut menggosok mata, sambil mengeluarkan kuapan kecil, asyik mendengar nyanyian gadis tersebut. Memang tak dapat dinafikan, alunan suaranya agak merdu walaupun tanpa sebarang iringan muzik. Tersenyum aku sendirian tatkala mendengar manusia itu berkata-kata dalam lagu.

         Ego tidak mahu mengalah, bahkan dengan pantas ia menguasai diri. Hati mula terasa jengkel, sekalian raut wajahku berubah. Ada jugak yang menyemak datang sini. Dah macam tak ada bilik lain. Tak tahu ke yang aku ni tak suka diganggu?

         …

         Lupa.

         Aku dekat belakang stereo. Mana dia boleh nampak aku.

         Baru sahaja aku mahu bangun, mahu menyuruhnya keluar, bunyi tepukan tangan mula didengari.

         “Tekak saya tak berapa okey lah hari ni,”

         “Okey lah tu! Tak sangka awak boleh bawak lagu ni. Kebanyakan orang tak boleh tau, high notes dia tinggi sangat. Awak jjang!”

         Itu suara Sehun. Sehun?

         “Haah lah. Tak sangka pulak yang kau boleh menanyi lagu ni. Aku rasa macam tercabarlah pulak. Haha,”

         Itu…

         Mendengar akan perbualan mereka, secara tidak sengaja tanganku terketuk akan kotak stereo. Terkejut, segera aku menutup mulut dengan kedua-dua belah tangan sambil menyumpah di dalam hati. Hai Kai, boleh pulak kau careless waktu macam ni?

         “Jongin?”

         Suara Sehun memanggil. Er, apa aku nak cakap ni?

         Okay mulut, badan, dengar cakap aku.

         Raut wajah diperbetulkan, segera aku bangun lalu membetulkan seluar. Sehun aku pandang, diikuti pula dengan Jihyun, Soojin dan Sooyoung. Ekoran mata menangkap Jihyun dan Soojin yang melambaikan tangannya, menegurku. Aku hanya mengangguk, lalu Sehun aku pandang kembali. Mata kemudian dibesarkan, berpura-pura tidak tahu. “Hmm?”

         “Dah agak dah, mesti kau punya.”

         “Eh? Mana kau tahu yang aku ada dekat belakang ni?”

         “Yelah, kau seorang je yang boleh buat studio ni macam kau punya. Lagipun kau je yang tidur dekat belakang stereo. Tak pernah lagi aku jumpa manusia jenis kau dalam sekolah ni. Nak kata menyorok, tak pulak," aku mengetap bibir, geram. Eh dia ni, banyak pulak cakap. Aku tak minta pun suruh kau jelaskan panjang-panjang.

         “Ah, dah makan?”

         Aku menggeleng.

         “Kau memang. Tak pernah sekali pun aku nampak kau makan dekat café sekolah. Anti sangat,”

         Soojin dan Sooyoung yang berada di belakang, memandang aku kehairanan. Pandangan mereka kemudian dialihkan kepada Jihyun. Mungkin memberitahu sesuatu tentangku, yang kemudian membuatkan mereka terangguk-angguk. Pantas aku berdehem, memberi alasan. “Mana ada anti. Aku just tak ada selera nak makan pagi, tu je. Kau tahulah kan aku ni macam mana,” balasku.

         Kembar seiras aku pandang sekilas. Otak beberapa kali memberitahu tubuh supaya jangan mengubah kelakuan apabila berhadapan mereka. Tidak di hadapan Sooyoung. Tidak.

         “Haha. Kau kalau dah mula makan pagi, memang sahlah ada benda yang tak kena, kan?” pantas aku menjelingnya. Sehun hanya ketawa, tidak mempedulikanku, lalu kembali duduk di bangku belakangnya. Soojin dan Jihyun juga lakukan perkara yang sama. Sooyoung hanya memalingkan badannya, menahan ketawa, sambil berdiri.

         Serious, tak guna kau Sehun.

         Tangan pantas menyeluk poket seluar, menahan malu.

         Rasa macam nak pergi je dari sini.

         Eh tapi, ini tempat aku. Dorang yang patut pergi. Haih.

         Mata kini tertumpu pada helaian music sheets yang dipegangnya. Dibelakangnya tertera ‘Shaking Heart’ nyanyian C-Clown pada bahagian tajuk. Otak mula keliru. Tanpa berfikir panjang, persoalan yang melekat di kepala laju keluar menerusi dua ulas bibir. “Eh, kau nak berlatih dekat sini ke, Sehun?”

         Dia mengangguk.

         “Kau tak tengok papan kenyataan lagi, eh? Satu kumpulan kena buat dua persembahan. Hari Selasa, dengan Khamis. Lagu mesti satu rentak sedih, satu rancak. Kau tak bincang dengan ahli kumpulan kau?” tanyanya lagi.

         “Belum,”

         “Dah kau pergi sana. Pergi bincang dengan ahli kumpulan kau. Apa kau ni satu apa pun tak tahu. Tsk,”

         “Tapi… ini tempat aku!”

         “Hari ni tempat ni aku pegang. Besok lusa kau ambil balik. Dah, pergi. Jangan ganggu kitaorang. And tTak silap aku, ahli kumpulan kau dekat bilik nyanyian sebelah,”

         “T-tapi…” belum sempat aku berkata apa-apa, bahuku pantas ditolak kuat, menuju ke pintu. Menyuruh aku pergi. Tercengang dek otak yang tidak memberi sebarang tindak balas, tombol pintu aku pulas lalu melangkah keluar dari studio. Sehun lantas menepuk bahuku, member signal supaya aku segera beredar.

         Hoi badan. Kan aku dah kata, dengar cakap aku.



Julianna’s POV

         “Untuk ‘What’s Going On’, Sehun boleh ambil part Baro sunbaenim. And memandangkan Soojin lebih tahu bab nyanyian, Soojin boleh ambil part Sandeul sunbaenim. Sooyoung mungkin boleh ambil part Jinyoung sunbaenim,” melihat pada helaian kertas tersebut, kami serentak mengangguk.

         “Jihyun pulak…”

         “Er...”

         Semua mata memandang arah Jihyun, masing-masing tidak tahu role apa yang dia boleh ambil. Dia tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal, sebelum memberitahu sesuatu yang membuat kami tersenyum.

         “Aku boleh rap sikit, menari pun bolehlah jugak. Menyanyi… um, boleh kot. Tapi, aku lebih selesa rap dengan menari daripada menyanyi. So, bagi aku jadi sub-vocal pun cukup. Heheh,” katanya.

         “Great! Kau Jihyun, ambil part Gongchan sunbaenim. And Sooyoung, Sooyoung ambil part CNU sunbaenim sekali. Soojin tak boleh since dia ambil chorus,” katanya lagi. Aku hanya mengangguk. Kini diri terasa lebih yakin memandangkan ahli kumpulan aku mempunyai bakat masing-masing dan tersendiri.

         “And sekarang, untuk lagu ‘Shaking Heart’-”

         “Er-” kata-kata Sehun terhenti, dek mulutku yang tiba-tiba mencelah.

         “Sooyoung nak pergi beli air sekejap. Tekak rasa tak sedap. Er, siapa nak?”

         Mereka memandang antara satu sama lain, sebelum mengangkat tangan, tanda mahu.

         Aku ketawa kecil.

         “Arasso,” blazer sekolah aku pakai, lalu segera melangkah keluar.



         Kaki berhenti di hadapan bilik nyanyian, terdengar akan perbualan kumpulan Jongin di dalam. Pintu yang tidak tertutup rapat itu, perlahan-lahan aku tolak sedikit, bagi memudahkan mata melihat ke dalam. Kelihatan mereka sedang asyik berbincang akan sesuatu, sebelum Jongin menekan butang main di radio. Alunan rentak instrumental mula kedengaran, lalu diikuti oleh suara Jongin menyanyi, cuba memberi harmoni kepada rentak tersebut.

         Aku tersentak. Tak patut aku buat macam ni.

         Kaki segera melangkah beredar pantas meninggalkan tempat tersebut, tidak mahu diketahui oleh Jongin.

         Kalaulah dia dapat tahu, mesti dia lagi tak suka dengan aku.

         Tanpa mempedulikan pandangan sekeliling, aku menuju ke café, membeli beberapa buah botol air minuman berperisa dan sebotol air mineral, sebelum melangkah balik ke studio tarian. Reaksi Jongin semasa berkata-kata dengan Sehun bermain semula di fikiran, membuatkan aku tersenyum sepanjang perjalanan, sehingga tidak sedar yang tubuh sudah pun berdiri di hadapan pintu studio. Cuba keluar dari alam mimpi, tombol kemudiannya dipulas, segera masuk ke dalam.

         Sehun terus menyergahku.

         “Ah Sooyoung-ah. Sooyoung ambil part Ray-ssi dengan Siwoo-ssi, okay?”

         Tidak berapa mendengar akan kata-katanya, aku tersenyum nipis sambil mengangguk tanda setuju.

         “Okey,”


++++++++++
Akhirnyaaaaaaaa. Aku update jugak cerita ni ;AAAAAAAAA;
Nampak macam takde makna kan, chapter ni?
Jangan risau, setiap apa yang aku tulis, semua ada kaitan.
Stay tuned, okay? Heheh.

6 comments:

qiaraqila said...

Kai suka Soojung.? Soojung want to get closer with Baek? and Baek? i think he like soojung too but idk why he dont like woman. Just my pendapat . haahaha. k mengarut.

Anonymous said...

Soojung? LOL siapa Soojung ._. Sooyoung dengan Soojin ada la ._. K simplify kan, ni cakap pasal Julianna ke, Jane? BAHAHAHAHAH

Btw, I don't know the real plot either. And I don't know who should end up with Sooyoung lol kena ikut flow ah hahah but for now I'm trying to 'give chances' towards the main two (Baek & Jjong) to shine then nanti baru decide siapa yang ended with Sooyoung heheh :3

Anyway, thanks sebab baca!

qiaraqila said...

-.- silap. i mean Sooyoung. Baru lepas baca Love masa tu. That why dah terletak soojung c'ter. hehhhhh. Wahhh. I want both with sooyoung T_T. lol tamak gila.

Anonymous said...

AHAHAHAHAHAHAHAH. Er, I'll try to make both then hahahah but really - I don't know who will end up with Sooyoung so rangka plot setiap chapter baik-baik hahahah.

Sorry sebab dah lama tak update. Una akan cuba cari 'muse' una balik dengan lebih cepat heheh

Inas said...

Unnie!Hope you'll update soon. Btw,daebakk story >,<

Anonymous said...

Sambung? HAHAHAHAHAHAH idk about that.