FictionAuthorFollow  panda(s)

Love? [Oneshot]


          Tangan memegang pensel, dengan lembut menari-nari di atas sehelai kertas. Wajah gerangan sang pria yang sedang asyik bergelak ketawa bersama teman-temannya di hadapan, aku amati dalam. Secara tidak langsung otak memproses pantas–lalu isyarat dihantarkan kepada tangan, perlahan-lahan melakar wajah pria tersebut tanpa disedari.

          Selesai, diri mula kembali ke alam nyata. Kertas yang tadinya cuma berwarna putih, kini dipenuhi dengan beberapa jenis lakaran berlainan manusia sambil terdapat beberapa patah perkataan di sekelilingnya. Namun, mata dapat menangkap sebuah perkataan yang membuatkan minda mula berfikir secara tiba-tiba.

          ‘Love.’

          Love?

+++++

FLASHBACK STARTS.
15 TAHUN.

          1 new friend request.

          Kursor tetikus halakan ke notifikasi tersebut, lalu menekannya.

          Terkedu.

          Kim Jongin wants to add you as a friend.

          Melihat nama jejaka itu di skrin, hati mula membisik-bisik. Jongin? Kai? The guy who is famous in school for his high jump record? The guy who is famous for his extremely sexy figure and looks? The guy who is famous for his manners, especially towards girls? That guy?

          Why would he wanted to add me?

          Nafas ditarik dalam beberapa kali. Masih berada dalam keadaan tidak percaya. Hati sekalian berdegup kencang, mahu sahaja aku pitam instant di situ. Perasaan gementar dan aneh mula datang dalam diri, kerana sehingga sekarang aku yakin masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa aku sudah mempunyai laman sosial sendiri. Tetapi dia? He’s my senior – 3 years older to be exact! How did he find out about my account?

          Bertemankan perasaan ragu-ragu, butang confirm perlahan-lahan dihalakan, lalu ditekan.

          Belum sempat aku menarik bahang mahu meredakan semula suhu telapak tanganku yang sejuk akibat gementar sebentar tadi, muncul satu lagi notifikasi di penjuru atas. Menandakan satu mesej telah masuk. Pantas tangan dihalakan di notifikasi tersebut.

          Terkejut.

          Nama Kim Jongin yang terpapar. Kim Jongin. Kai.

          “Hey there!”

          Perlahan jari menaip, membalas.

          “Um, hey!”

          “Nice to meet you. Saya Jongin, 18 tahun. Awak?”

          “Soojung. Jung Soojung. 15 tahun. Nice too meet you too.”

          And that’s where it started.



          “You know, you’re really cute.”

          Aku tersenyum, membaca teks mesej yang dihantar oleh jejaka tersebut. Perasaan gembira tidak dapat digambarkan sejak aku berkenalan dengannya. Selepas lebih seminggu perkenalan, dia memberikan nombor telefonnya padaku, dan sehingga kini – telah genap sebulan kami berkawan, membahasakan diri sebagai abang dan adik dek umur yang jauh berbeza.

          “Comel apanya. Biasa-biasa jelah.”

          5 minit kemudian.

          “No. I mean it. You’re really cute. So cute I fell for you so hard right now.”

          Tersentak. What?

          Aku mengaku, memang aku ada menyimpan sedikit perasaan terhadapnya. Sejak kali pertama dia menegurku di laman sosial dulu, I felt some sparks whenever I talk to him. Sure I met him sometimes whenever we have the time. I felt really comfortable being with him. And at times, dia akan ucapkan sayangnya padaku. But it’s just love between an oppa with his dongsaeng. Tak lebih.

          Tanpa sedar, kelopak mata berkelip beberapa kali, sebelum menatap semula mesej yang dihantarnya tadi. Perlahan-lahan aku menekan butang huruf di skrin, sebelum menekan hantar.

          “You-, fall for me?”

          “Well… yeah. Don’t you? I mean, Soojung tak suka oppa ke?”

          “Er…” pendek aku membalas.

          “I like you, Soojung. I really really like you,” sekali lagi. Terkedu. Otak seakan-akan sudah berhenti berfungsi, tidak mampu untuk memberi sebarang reaksi. Tangan yang masih memegang telefon bimbit itu, terketar perlahan – menjadi kebas.

          Telefon bimbit terlepas dari pegangan.

          Rasa pening mulai datang; bumi seakan berputar dengar pantas. Sehinggakan mata menjadi kabur, tidak dapat menumpukan terhadap apa-apa pun yang berada di hadapan.

          What’s really happening, right now?

          Tersedar dari lamunan, sebuah lagi teks mesej masuk. Telefon di lantai lantas dicapai, lalu teks mesej yang baru masuk tersebut dibuka.

          Termangu.

          “Be my girlfriend, please.”



          Buku nota dikeluarkan dari bawah meja, lantas aku duduk – membuka helaian muka surat terakhir yang telah dibaca dahulu. Jinri yang masuk sedikit lewat ke dalam kelas, segera datang ke arahku.

          Kerusi di hadapan dipusingnya, lalu pantas melabuhkan punggungnya menghadapku. Aku berpura-pura tidak perasan akannya, segera kembali menyambung pembacaan. Dia kemudiannya mengeluh keras, sudah naik muak akan sikapku, mungkin.

          “Soojung.”

          Senyap.

          “Jung Soojung.”

          Aku masih lagi mengekalkan raut wajah tidak peduli, membalas, “What?”

          “Dia tak baik untuk kau. Percayalah cakap aku.”

          Aku memekakkan telinga. Kalau boleh aku tidak mahu lagi mendengar sebarang penjelasan daripadanya. Oppa yang aku kenal, bukan seperti itu. Jauh daripada apa yang orang lain sangkakan. She doesn’t know him. How could she say such thing?

          “Apa yang tak baiknya. Cuba bagitahu,” balasku dingin. Buku masih lagi berdiri tegak di hadapan, menetapkan benteng antara aku dengan dirinya. Tangannya lantas kuat menghempas meja, akhirnya melepaskan geram yang sudah sekian lama dipendam.

          “No.”

          “Why?”

          “Hm.”

          “Terus-terang jelah. Apa yang kau tahu, sampai kau tak suka sangat aku dengan oppa ni?”

          Senyap, sekali lagi.

          “I can’t. I just can’t, Jung Soojung. Lagi pun, kau bukannya percaya cakap aku pun kalau aku bagitahu. It’s better if you see it for yourself.”

          Dia berhenti sejenak. Nafas ditarik dalam, sebelum menyambung, “He will leave you. He’s going to graduate. He will forget you, Soojung,”

          You’re wrong!

          Aku kuat menghempas buku, menerima pandangan dari manusia yang berdekatan. Serba sedikit mengejutkan Jinri yang betul-betul berada di hadapan. Jinri aku pandang geram, lalu tangan kuat digenggam. Mahu sahaja aku melepaskannya padanya. Aku benci, aku benci!

          “No! He would never do that!”

          Kami sama-sama terdiam. Tidak mahu lagi meneruskan perbualan.

          Sekali lagi dia mengeluh lantas bangun, membetulkan semula kerusi – menghadap meja hadapan.

          Mengeluh.

          “As much as I wanted to separate you both from the beginning, I’d never lie to do such thing.”



          Pantas kaki melangkah menaiki tangga, sambil tangan erat memegang sapu tangan yang diberi oleh Jinri sebentar tadi. Dia yang seperti sudah tahu, menyuruhku untuk meneruskan rancangan untuk bertemu dengan oppa di tempat biasa kami – walaupun pada awalnya aku tidak bersetuju.

          Aku tak nak. Aku tak mahu jumpa dia. After for what he did towards me. No.

          “Let’s break up.”

          Let’s break up.

          Let’s break up.

          Those words kept replaying in my head.

          “It’s better if you see it for yourself.”

          Langkah dipercepatkan, menuju ke tingkat paling atas. Aku lantas duduk di kerusi yang sudah tersedia di hujung koridor, menunggu kehadiran si dia. Peluh yang keluar dari kedua-dua belah tapak tangan, lantas dikeringkan menggunakan sapu tangan pemberian Jinri – sekalian membuang segala perasaan gelisah di hati.

          Mata pantas meliar ke sekeliling kawasan, takut-takut ada yang perasan akan kehadiranku di sini.

          Ya, ini merupakan kawasan larangan untuk juniors.

          I’m not supposed to be here. Not at this time.

          Tapi apakan daya - bukan sekali dua aku buat kerja bodoh macam ni, but lots more. Even worse when I’m with him. Kalau boleh, aku tidak mahu pun bertentangan mata dengannya. Perasaan marah, benci, dan takut menjadi satu. Aku tak mahu mendengar penjelasannya lagi. Aku takut aku tidak dapat menahan diri.

          Tetapi disebabkan oleh Jinri, aku terpaksa.

          “Wait for me at our place, 7am.

          Tanpa sedar jariku bermain-main dengan sendiri. Segala perbuatan, percakapan, since the first day – muncul satu-persatu di ingatan. How we first met, the first talk, the first text, everything. Semuanya kembali segar. Keluhan berat dilepaskan. Why now?

          “Look around, and you’ll find the truth.”

          Kerusi yang tersandar di dinding, aku menganjakkan sedikit ke hadapan. Memberi pandangan yang lebih luas terhadap keadaan yang berada di bertentangan. Sekala-sekala kepala ditundukkan sedikit, tidak mahu sesiapa menyedari. Mata diam kembali meliar ke sekeliling kawasan. Tiada apa yang luar biasa – sebelum menangkap sebuah pasangan bersama teman-temannya yang lain berada di hujung koridor blok berhadapan, di tingkat bawah.

          It’s him. With another girl.

          Aku tersentak. Tangan yang diam memegang sapu tangan, tiba-tiba menepuk dinding dengan kuat. Dia yang perasan akan kehadiranku, mengalihkan pandangan padaku tanpa si gadis mengetahui- cepat-cepat memberi isyarat padaku secara diam.

          “I’m sorry. Maybe next time.”

          Dengan itu, dia dan teman barunya hilang dari pandangan.

          Soojung, you're so stupid.

+++++


16 TAHUN.

          “Cikgu, Myungsoo dengan Byunghun tak masuk kelas lagi!” jerit salah seorang teman mereka kepada ibu yang sedang sibuk menandakan kehadiran. Puan Kwon, memandang kami semua kehairanan. Mungkin aneh, kerana tidak selalunya Myungsoo dan Byunghun lewat ke kelas.

          “Mana mereka?” tanya ibu.

          “Entahlah cikgu. Eh Soojung, kau tahu tak mana dorang pergi?” Sungyeol dan teman-teman lain segera berpaling memandang ke arahku, tertanya-tanya. Dari ekoran mata menangkap ada yang tergelak kecil, sudah tahu bahawa ini merupakan salah satu usikan biasa yang aku harus terima setiap hari.

          Mata dikecilkan, menjeling ke arah Sungyeol. Bibir diketap keras, perasaan jengkel mulai muncul di dalam hati.

          Apa confession aku ni bahan lawak jenaka eh?

          “Kenapa tanya aku? Kau kan kawan baik dorang. Kaulah yang patut tahu,” balasku pendek. Kepala kemudian ditundukkan lantas mata tertutup rapat. Nafas berat dilepaskan, menahan geram.

          Dia mula menjauhkan diri. Dia tidak lagi menegurku seperti dulu, tidak lagi bertanya padaku tentang perkara-perkara yang dia tidak mengerti, tidak lagi meluahkan perasaannya padaku meskipun kembimbangan yang dimiliki adalah kecil dan mudah untuk diselesaikan – pada larut malam, Dia tidak membebel sendirian padaku tanpa henti.

          Tiada lagi.

          Sejak aku berterus-terang pada Myungsoo, bahawa aku suka padanya.

          Mereka semua sebenarnya sudah tahu sejak dahulu lagi. Myungsoo juga. Tetapi entah kenapa, sejak aku berterus-terang padanya, situasi berubah. Ke mana sahaja aku pergi, pasti ada sahaja yang menyebut namanya. Setiap kali aku tidak sengaja memandangnya, yang lain pula yang membalas pandanganku – berfikir bahawa aku sengaja menetapkan pandanganku padanya. Setiap kali dia hilang dari pandangan, ada sahaja yang bertanya padaku ke mana dia telah pergi.

          Pada mulanya, perasaan bahagia kerana diusik dirasai. Tetapi semakin lama, semakin hati berasa terganggu, sehinggakan otak berfikir – adakah perasaan aku ini hanyalah suatu jenaka baginya?

          “Eleh. Says the one who knows everything about Myungsoo!” sergah Sungyeol lagi.

          Terburai ketawa satu kelas, terbahak-bahak.



          “Weh, situ situ! Tendang bola tu cepat!”

          Tangan yang ligat melakar, terhenti – terganggu dek bunyi jeritan dan gelak ketawa Myungsoo dan yang lain yang sedang asyik bermain di belakang. Aku berpaling. Bola yang diperbuat daripada beberapa helaian akhbar dan dilekatkan dengan pita pelekat itu, lantas aku pandang jengkel.

          Bola tersebut pantas berguling di serata tempat, berterusan mengubah kedudukan dek sepakan yang bertubi-tubi.

          “Hoi tepi sikit! Aku nak sepak!”

          Mata lantas menangkap Myungsoo – yang berada di belakang menjadi penjaga gol. Dia segera bersedia, apabila melihat bola yang tadinya dikuasai oleh ahli kumpulannya, sekelip mata bertukar tangan. Bola kertas itu lantas disepak padu ke arahnya. Dia yang terkejut, segera membuka langkah yang besar bagi menghalang bola tersebut dari terlepas.

          KEDEBUK!

          Dia kini terduduk. Kedua-dua belah kakinya terbuka luas, seakan sedang membuat split. Aku terkedu melihat akannya. Dia meraung kesakitan buat seketika, sebelum muncul gelak ketawa – kemudian memenuhi segenap ruang kelas. Byunghun dan yang lain turut ketawa bersama, melihat akan gayanya yang tidak ubah seperti salah seorang ahli pasukan gimnastik kebangsaan.

          Cepat-cepat dia membetulkan semula kedudukan, sebelum kembali bergelak ketawa bersama mereka – bermain seperti sediakala.

          Tetapi mata masih lagi melekat pada si dia.

          Dalam hati, mahu sahaja aku bangun, membantunya.

          Dikalahkan oleh rasa ego dan malu, aku perlahan-lahan berpaling darinya. Keluhan kecil dilepaskan. Kertas di meja kembali aku amati, sebelum kembali melukis di atasnya.

          Calm down, Soojung. It’s just a small thing.

          “Myungsoo, Byunghun – cikgu nak jumpa korang sekejap.” hati terkejut berhenti berbicara, mendengar kata-kata Amber yang baru tiba dari bilik guru pada mereka – sebelum dia beredar semula ke tempat duduk. Pandangan dialihkan ke arah jejaka-jejaka tersebut. Mereka memandang antara satu sama lain kehairanan, sebelum hilang dari pandangan.

          Amber yang sibuk mengaturkan barang-barangnya di atas meja, kembali memandang ke arah kami.

          “Apa korang tunggu lagi? Bengkel kemahiran, now.”

          Mereka kembali ke tempat duduk masing-masing, pantas mengeluarkan segala keperluan bagi kelas sebentar lagi. Seorang demi seorang beredar – begitu juga Sunyoung yang sudah terlebih dahulu pergi untuk membantu cikgu, dan akhirnya meninggalkan aku bersendirian di dalam kelas.

          Cepat-cepat sebuah kertas dikeluarkan dari fail yang dipegang, lalu aku menulis sebuah nota pendek di atasnya.

          Pergi ke tempat Myungsoo dan Byunghun, segera aku mengeluarkan buku-buku mereka dari beg, lalu disusun rapi di atas meja – lengkap bersama bekas pensel. Nota tersebut aku selitkan di dalam salah sebuah buku kepunyaan Myungsoo.

          Mata cepat meliar kiri dan kanan berulang-ulang kali, memastikan tiada siapa yang memandang. Tidak mahu diketahui orang, pantas aku melangkah keluar dari kelas, sambil memeluk erat buku-buku yang dipegang.

          ‘Sakit tak, jatuh tadi? Tulah, lain kali main elok-elok. Kan dah jatuh terkangkang.’



          “Woi, masuk kelaslah!” jeritan daripadaku bergema di sekitar kafe, tidak tahan akan sikap mereka yang buat seolah-olah sekolah ini seperti kepunyaan bapak mereka sendiri. Mereka masih lagi bergelak ketawa, tidak menghiraukan pekikanku.

          Keluhan berat terbit di bibir. Sakitnya hati!

          Ekoran mata menangkap Myungsoo dan teman-temannya yang masih tidak berganjak dari tempat duduk. Kumpulan pelajar yang sepatutnya aku uruskan, dipindahkan pada pengawas bertugas yang lain, lalu pantas melangkah ke arah mereka.

          Byunghun yang pertama menyedar akan kehadiranku, segera mengubah topik perbualan. Mereka yang seakan-akan tersedar, perhatian semua kini berubah padaku. Masing-masing memandangku, tersengih kelat.

          “Apa?”

          Bibir aku ketap, menahan sabar.

          “Pergi masuk kelaslah,” kataku perlahan.

          “Apa? Tak dengar.”

          Tidak dapat ditahan, terlepas, “Aku kata, pergi masuk kelas! Apa yang korang tunggu lagi?!”

          Terperanjat, mereka perlahan-lahan bangun dari tempat duduk.

          “Woah, chill Soojung. Chill! Yelah kitaorang pergi kitaorang pergi,” balas Byunghun, masih agak sedikit terkejut akan letusan secara tiba-tiba dariku. Masing-masing mengusap belakang tengkuk, sementara yang lain cepat-cepat membetulkan semua kerusi yang telah digunakan.

          Mata kemudian menangkap Byunghun memandang pelik ke arahku. Pantas jelingan aku beri, membalas pandangannya. Dia kembali tersengih.

          “Dah, cepat pergi,” aku mengeluh kecil. Kerusi yang berdekatan segera aku masukkan ke dalam meja.

          Tangan yang bergerak tanpa dirancang, lantas tersentuh dengan sepasang tangan yang tidak dapat dikenal pasti yang masih lekat memegang kerusi. Mata membutang, tangan tersebut aku pandang, sebelum dialihkan ke arah manusia yang juga terpaku – berdiri tegak. Terkejut, segera aku melepaskan pegangan.

          It was his hands.

          Dalam sibuk Byunghun dan rakan-rakannya rancak berkata-kata, aku mengangkap sebuah suara kecil berada dekat di telinga.

          “I’m sorry.”

          Huh? Why should you?

          Kepala ditundukkan, mengangguk perlahan. Tangan diletakkan di belakang, berundur beberapa langkah. Dengan serta-merta aku berpaling, melangkah pantas jauh daripada mereka. Tangan lembut mengusap dada, telinga dapat menangkap bunyi jantung yang sedang berdegup kencang. Nafas tiba-tiba menjadi pendek. Udara terpaksa disedut kasar beberapa kali, sebelum dapat bertenang.

          Apa yang aku dah buat ni?



          Kaki melangkah lemah masuk ke dalam kelas. Bunyi bisikan dapat didengari dari serata penjuru sambil memandang ke arahku. Aku memandang ke arah Sunyoung yang sedang duduk. Dia tersenyum nipis, sebelum menepuk perlahan kerusi yang berada di sebelah, menyuruhku untuk turut duduk sama.

          Beg galas yang disandang, lemah aku tanggalkan, sebelum duduk. Kepala lantas berpaling memandang ke luar tingkap, mengeluarkan beberapa tangisan kecil – yang hanya Sunyoung sahaja yang mampu dengar.

          Myungsoo tiba di muka pintu, sekali lagi menerima beberapa bisikan dan pandangan dari seluruh kelas. Dia memandang kehairanan, sebelum bertemu mata denganku. Aku merenung dalam ke anak matanya. Dia seperti serba salah, mahu atau tidak; memberi penjelasan.

          Kim Myungsoo is in a relationship with Park Jiyeon.

          Kim Myungsoo.

          Park Jiyeon.

          “I’m sorry.”

          This is it.

          Apa pun penjelasannya selepas ini –

          I won’t be able to look at him the same way anymore.

+++++


17 TAHUN.

          “Kak, kau kenal Taemin tak?”

          Lirik lagu di tablet PC yang sedang diteliti, terhenti seketika. Lantas wajah Minki dipandang. Mata dikecilkan, mencari-cari maksud yang ingin disampaikan di dalam matanya. Dia yang tadinya memandang, beralih semua pandangan terhadap komputer riba di hadapan.

          Otak lantas ligat menyelidik jejaka empunya nama tersebut, namun satu apa pun tidak muncul.

          “Rasa macam pernah dengar nama tu. Tapi muka mungkin tak kenallah kot. Dia senior en?” tanyaku. Dia yang sedang bermain, segera menekan butang pause. Pandangannya kini beralih semula ke arahku, sambil keningnya diangkat beberapa kali. Aneh mungkin.

          I’ve heard his name before. Mungkin Minki pernah bercerita tentangnya padaku, tak pasti.

          “Macam mana kau tahu yang dia tu senior kau?”

          “Entah –” tablet yang kembali ditatap, sekali lagi ditinggalkan. Sekalian perbualan juga terhenti sama. Otak dapat menangkap yang Minki sengaja mengenakanku menerusi soalan tersebut. Sebelah kening lantas diangkat, sudah mengerti. Minki ketawa, sambil menggosok belakang tengkuknya.

          Ketawa sarkastik dilepaskan. “Dah tu, kenapa dengan dia?”

          Masih lagi menghadap komputer riba tersebut, dia membalas.

          “Dia kata dekat aku yang dia rasa dia macam kenal kau,” kepala yang tidak gatal digaru. Wajah Minki aku amati, berasa hairan. Kenapa dia tiba-tiba cerita pasal senior Taemin ni? And macam mana pulak senior boleh kenal aku? Selalunya aku yang stalk orang, tapi ini?

          “Eh, dia kenal aku? Tapi aku –”

          Sekali lagi kata-kataku mati. Dan sekali lagi juga aku dapat menangkap sesuatu yang aneh. Tablet yang tadinya dibiar terpasang, lantas ditutup. Pandangan kini ditetapkan pada Minki, sambil mata kembali dikecilkan – menginginkan jawapan.

          “Jung Minki.”

          Sekali lagi dia ketawa, dapat mengagak. Mata masih lagi tidak lepas akan gadget yang berada di hadapan, pendek dia membalas.

          “Aku cerita dekat dia pasal kau.”

          Apa? Cerita pasal aku?

          PAP!

          Sebuah tamparan hinggap di bahunya. Tangannya sekelip mata melepaskan tetikus yang dipegang, segera mengusap di tempat terkena pukulan tersebut – sambil menjerit kesakitan.

          Dia menjeling protes, “Hoi, sakitlah!”

          “Kau cerita apa dekat dia?!” sergahku tiba-tiba.

          Tak masuk akal betul. Kenapa adik aku perlu cerita pasal aku dekat kawan dia? Selalunya kalau boleh, dia mahu rahsiakan yang aku ni kakaknya lagi adalah.

          Jelingan dibalas dengan jelingan, sebelum dia kembali melakukan aktiviti sebelumnya.

          “Dah dia tanya siapa kau, aku ceritalah. Bukannya aku cerita benda yang pelik-pelik pun.”

          “Lagipun dia tu kawan Jonghyun hyung. Tak ada maknanya aku nak cakap macam-macam. Apa-apa hal dia boleh cari tahu sendiri dari hyung.”

          Aku menjelingnya sekali lagi. Jonghyun? Biar betul? Jonghyun – walaupun dia tua dua tahun daripada aku, tapi perangai gediknya mengalahkan adik aku. Dan walaupun dia lebih tua, tak pernah sekali pun aku memanggilnya oppa – kerana aku dengannya sudah berkawan dari kecil.

          Ah apa-apa pun, I don’t like the idea of him asking about me at Jjong.

          No way. He knows too much.

          “You’d better be. Or else.”

          Aku bangun, mengambil sekali tablet PC tersebut. Kaki kemudian melangkah menaiki tangga yang berada di sebelah. Otak masih lagi berfikir – siapakah gerangan jejaka itu.

          Keluhan kecil dilepaskan, pintu bilik lantas dibuka. Belum sempat aku masuk ke dalam, suara tersebut sekali lagi didengari.

          “Oh kak, esok kau ada pertandingan en? Dia masuk. Dia kata dia nak jumpa kau esok.”



          “Annyeonghaseyo. Kami F(x), akan menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk “Creating Love” nyanyian 4Minute. Please take care of us!” Qian sebagai ketua, memulakan ucapan. Diikuti dengan tunduk hormat sebelum memulakan nyanyian.

          Berdiri di hujung sebelah kanan, pandanganku lebih luas berbanding yang lain. Semua yang memandang, aku dapat lihat kembali dengan jelas. Sekali gus menambahkan lagi rasa gementar di hati. Nasib yang menyanyi solo hanya dua orang, dan yang lain hanya menyanyi di bahagian korus. Kalau tidak, niaya.

          Senyuman masih dipamerkan, menutupi rasa gelisah di hati. Nafas ditarik dalam, sebelum bermula bernyanyi.

I love you, I think this feeling is love,

          Wait, I felt something.

Without him, I cannot laugh,
I keep changing by the fact that he is my love,

          Someone is looking at me. But I don’t know who.

My heart keeps tilting,
Forget all of the cold words oh,
Oh even if I shed tears, I only need him, my love.

          I felt it.

          He’s here.



          “Soojung, cepatlah! Aku dah lapar dah ni!” teriak Jinri, yang sudah pun pergi dahulu daripadaku. Tali kasut pantas diikat. Lalu aku bangun, segera mengejar Jinri yang sudah berada jauh di hadapan. Sambil-sambil tangan membetulkan blazer, mata menangkap beberapa orang pelajar lelaki yang berjalan ke arahku.

          Eh, Jjong? Tak masuk kelas lagi ke dia ni?

          Bukan kumpulan dia nyanyi yang paling awal ke?

          Jjong tersenyum padaku, membuatkan aku juga turut melakukan perkara yang sama. Aku juga sedar, yang kesemua rakan-rakannya turut tersenyum – ada juga yang mengangkat kening. Aku tersenyum kekok, membalas.

          Sambil berjalan, Jjong seperti sedang membisikkan sesuatu kepada teman di sebelahnya, sekali dua memandang sekilas ke arahku, tersenyum. Jejaka tersebut kemudiannya mengangguk, seperti mengerti akan sesuatu.

          Aku membiarkan fikiran tentangnya berlalu pergi. Tidak mahu diri terasa terganggu akan sesuatu yang kecil seperti ini. Kaki melangkah perlahan melepasi mereka – tidak lagi memandang. Namun terdapat sesuatu yang menarik perhatian dari ekoran mata terhadap si jejaka yang dilepasi sebentar tadi.

          His nametag.

          Lee Taemin.

          “Dia tu kawan Jonghyun hyung,”

          It’s him.



          Meolli dolgo doraseo dasi sijakhaneun gose da wasseo ~

          Tangan meraba dalam keadaan mamai, mencari Galaxy S3 yang diletakkan di sebelah bantal. Mata dipaksa buka, mahu melihat nama pemanggil di skrin telefon yang dipegang. Digosok beberapa kali, sebelum dapat melihat dengan jelas.

          Pelik. Tiada nama pemanggil. Jam di belah atas skrin aku pandang sekilas. Baru pukul 9 pagi. Siapa pula yang call aku pagi-pagi ni?

          Tekak pantas dipanaskan, tidak mahu si pemanggil tahu yang aku baru sahaja bangun daripada tidur.

          Butang hijau lantas ditekan.

          “Hello?” aku menyapa.

          Senyap. Tiada yang membalas. Hanya bunyi bisikan manusia-manusia di hujung talian yang dapat didengari, itu pun tidak jelas.

          “Hello?” aku menyapa sekali lagi.

          “Er, hello? Ni Soojung eh?” suara di hujung talian memulakan perbualan – bertanya akanku. Aku bangkit perlahan-lahan, agak sedikit terkejut mendengar suara pemanggil.

          “Ya, ni Soojung. Siapa ni?” giliran aku punya yang bertanya. Mendengar suaranya tadi, terdapat seorang yang secara tiba-tiba muncul di ingatan. Suaranya seakan-sakan sama. Sama seperti ketika pertemuan aku dengannya dahulu. Tapi disebabkan diri yang masih tidak pasti, soalan tersebut terpaksa juga diutarakan.

          “Kau nak tahu siapa aku? Tak payahlah eh, tak payah,” dia membalas gurau, diikuti dengan beberapa buah ketawa yang dapat didengari di hujung. Eh dia ni. Macam tu pulak? Dahlah call orang time orang tengah tidur, tak nak bagitahu pulak dia tu siapa. Banyak cantik!

          “Dah tu kenapa call kalau diri sendiri pun tak nak perkenalkan?” perli sekali. Hambik kau.

          BEEP BEEP BEEP.

          Aku memandang ke arah telefon, seakan-akan tidak percaya. Baru sahaja aku mahu meletakkan telefon itu jauh dari tempat tidur, telefon tersebut bordering semula – tanda ada panggilan masuk. Dilihat pantas skrin Galaxy S3 tersebut, nombor pemanggil sebentar tadi dengan bangganya muncul di atas.

          Geram, segera aku menekan butang hijau – mahukan jawapan. Belum sempat aku bicara, suara di hujung terlebih dahulu menyapa.

          “Sorry, tertutup tadi, hehe.”

          Aku mengetap bibir, masih rasa terganggu.

          “Siapa ni?”

          Suasana senyap buat beberapa ketika. Keluhan berat dilepaskan, mengalah.

          “Okey tukar soalan. Kenapa telefon?”

          “Saja je,” pendek dia membalas.

          “Betul-betullah. Kenapa telefon ni?” aku bertanya sekali lagi. Jawapan yang dia berikan amatlah tidak memuaskan hati. Bagiku, dia memang mempunyai alasan untuk menelefon – walau apa pun alasannya dan siapa pun gerangan si dia itu.

          “Serius saje je. Teringin nak dengar suara kau lagi,” serentak terkedu. Lagi?

          Tersedar akan sesuatu yang tidak kena. Telefon ditekup sebentar, lalu suara pantas memanggil-manggil nama Minki. Tiada siapa pun yang memberi jawapan, menandakan Minki sudah pun keluar. Otak sepantas kilat memproses, teringat kembali akan perlawanan bola sepak yang diberitahu Minki semalam – diadakan pada hari ini. Pada jam ini.

          Kalau Minki ada dekat sana. That means –

          “Ni Taemin ke?”

          Tanyaku tiba-tiba. Suasana menjadi sunyi sepi sekali lagi. Keliru dengan situasi yang dialami, spontan kepala yang tidak gatal digaru. Jawapan yang aku inginkan masih ditunggu. Namun tiada siapa pun yang menyahut di hujung talian.

          “Hello? Hello!”

          “Weh, aku terpaksa pergi ah. Jaga diri tau. Belajar elok-elok.”

          “Eh, kau tak jawab lagi soalan aku! Taemin! Hello? Hello?”

          BEEP BEEP BEEP.

          Tergamam, Galaxy S3 yang dipegang aku pandang jengkel. Sakit hati, telefon tersebut segera aku letak di bawah bantal. Rambut yang sudah pun kusut disentuh kasar. Tak guna betul. Terus tak ada mood nak tidur balik.

          Minki, jagalah bila kau balik nanti.



          “Kau tahu siapa yang call aku tadi?”

          Sedang mengilatkan kuku sambil menonton drama kesukaan di komputer riba, soalan tersebut keluar dari mulut – memecahkan suasana. Dia yang sedang menatap akan sesuatu di tablet PC, segera beralih pandangan padaku. Seakan tidak mengerti, dia pula yang bertanya kembali.

          “Apa?”

          Aku mengeluh kecil. Buat-buat tak tahu pulak budak ni.

          “Tadi ada orang call, time aku tengah tidur. Tak ada nama pemanggil. Aku pasti tu salah seorang kawan kau. Tapi tak tahu siapa. Would you mind telling me who he is?” desakku. Pandangan kini berubah, dihalakan pula ke arahnya.

          Suasana menjadi agak tegang buat seketika, namun ketawa dari mulut si jejaka yang lebih muda di hadapan menukarkan kembali suasana tersebut kepada asal, membuatkan aku juga turut ketawa sama.

          “Weh serius ah. Siapa yang call aku tadi?” sekali lagi aku bertanya.

          “Alah –”

          “Taemin eh?” sergahku tiba-tiba – tanpa mendengar apa yang Minki mahu jelaskan. Dia kelihatan terkejut seketika, namun dengan serta-merta kedua-dua belah keningnya diangkat. Seolah-olah sedang bertanya adakah aku memang sudah tahu siapa punya angkara.

          Dia lantas mengangguk, tersengih lebar.

          Alahai.

          “Macam mana dia boleh dapat nombor aku?!”

          Dia terdiam buat seketika.

          “Aku bagi,” balasnya pendek, tanpa membuat sebarang eye contact.

          Aku mengeluh perlahan. Masih tidak faham akan situasi yang telah berlaku. Wajah Minki aku amati, sikit pun dia tidak membalas balik pandanganku. Seperti tiada perasaan serba salah. Belum aku berteriak, dia sudah pun mendahului, menyambung –

          “Aku terpaksa ah. Dia ugut aku suruh bagi – kalau tak dia nak humban kasut bola aku dalam longkang.”

          Why would he do that?

          I mean, he didn’t say anything much on the phone. Nampak sangat yang dia dengan kawan-kawan hanya nak kenakan aku. Tapi kenapa dia desperate sangat sampai kena ugut adik aku macam tu sekali?

          “Awal gila kot dia call! Aku tengah tidur time tu, tahu tak?” tangan mengurut dahi yang tiba-tiba terasa sakit. Minki di sebelah aku pandang tidak percaya. Matanya masih lagi tidak lepas akan gadget yang berada di tangan. Hati mendesis geram. Tak guna punya adik. Sayang sangat dengan kasut bola kau tu.

          “Tahu. Aku tahu sangat. Aku siap bagitahu dia lagi, yang kau mungkin tengah tidur time tu. And aku katalah yang aku akan bagi lain kali. But he didn’t listen. Dia nak jugak nombor kau. Nak buat macam mana, kenalah jugak bagi,”

          Eh?

          “Kak.”

          Kenapa dia –

          “Kak!”

          “Huh, what?”

          “Dia suka kau.”

          No way. Tak mungkin dia sukakan aku.

          “Tipu,” kataku tegas.

          “Serius.”

          “Tipu!”

          “Serius ah!”

          Termangu, tidak tahu sama ada aku harus percaya akan kata-katanya atau tidak. Wajah saudara kandung yang memandang itu ditatap balas. Berkerut. Aku menilik anak matanya. Otak menjadi semakin keliru, mulut seakan-akan sudah kehabisan kata. Biar betul?

          Adik aku yang tipu ke, atau dia?

          Tapi jauh di sudut hati, aku sudah lama perhatikan dia jadi jauh. Nak kata suka, tak. Tak suka pun, tak jugak.

          “Tch. Macam mana kau tahu yang dia sukakan aku?” mendatar bersuara, membalas. Komputer riba di hadapan dipandang kembali, tidak mahu si pria muda mengesan sebarang perubahan di wajah. Takut-takut perasaan suka jelas memancar sekiranya aku terus bertentangan mata dengannya.

          “Dia bagitahu.”

          Tak mungkinlah semudah tu. Serius tak mungkin.

          “Alah dia main-main je tu. Kau ni percaya sangat.”

          “Yelah tu. Padahal suka.”

          Kepalanya aku tunjal, mendesis dia kesakitan sambil meraba tempat tunjalan.

          Hah, padan muka kau.



          “Betullah dia suka kau.”

          “Kalau tak betul, kenapa aku cerita dekat kau?”

          “Aku tengok cara dia pandang kau pun lain. Cara dia cakap pun sama. Aku dah kenal dia lamalah. Aku tahu.”

          Kata-kata Jinki semalam masih lagi bermain di fikiran. Tangan erat memegang bekas makanan yang ditapau dari jamuan kelas tadi. Patutnya makanan ni orang lain yang patut ambil. Tetapi disebabkan aku tak makan pun bahagian aku masa jamuan tadi, dapatlah aku bawa balik. Ada yang menyuruh aku untuk habiskan terus pada waktu itu jugak. Tetapi niat hanya terbantut setakat itu sahaja.

          It’s for my brother. Duh.

          Kaki tidak berhenti bergerak, sekejap-sekejap posisi berdiri diubah. Rasa gementar tidak dapat disembunyikan, menunggu kehadiran si dia. Sambil-sambil bekas makanan yang dipegang ditilik. Secara tidak langsung rasa sendu mulai muncul di hati.

          Hari ni hari terakhir.

          For him, and for me.

          Bibir ditutup rapat, sekalian mata meliar ke segenap kawasan. Mencari si jejaka kesayangan.

          Dia yang sudah pun menarik baju kemeja keluar – perlahan dia berjalan ke arahku sambil tersenyum. Mengambil tempat berdiri di sebelahku. Jinki dan Jjong yang tiba sedikit lewat, juga melakukan perkara yang sama. Aku membalas senyuman, sebelum berpura-pura berkelakuan seperti tiada apa-apa.

          Dia yang berdiri di sebelah, aku tilik dalam diam. Sesekali ekor mata menangkap wajahnya yang sedang asyik berbicara dengan Jinki. Jinki lantas aku pandang, meneliti wajahnya sehabis baik buat kali terakhir. Dia yang tersedar akanku, pandangannya dialihkan pula padaku – sebelum memandang ke lantai bumi.

          “Weh, tali kasut kau,” katanya sambil menunjuk ke bawah.

          Aku menunduk. Ah memang betul dah tercabut. Macam mana aku boleh tak sedar?

          “Nah. Pegang kejap,”

          Bekas makanan yang dipegang bertukar tangan, kasar aku beri padanya. Pantas aku mencangkung, mengikat semula sepasang tali yang terlerai dari ikatan dengan kemas. Sambil mengikat, telinga kemudian mengesan bunyi beg plastik tersebut sedang dijelajah. Pandangan dialihkan padanya, sedang asyik ingin mencari tahu apa isi di dalamnya.

          Lekas aku berdiri.

          “Apa ni weh?” sambil mata masih mencari-cari.

          Aku tersenyum. “Ah, lebihan jamuan tadi. Aku bawak balik.”

          Dia mengangguk.

          “Weh daripada kau bawak balik, baik kau bagi kitaorang. Kitaorang dahlah tengah lapar ni,” kini Jinki pula yang bersuara. Bergurau agaknya, memandangkan ekspresinya seakan-akan bermain denganku. Sebelah kening diangkat. Apa yang dia nak sebenarnya ni?

          “Er.”

          Jinki terus memandangku.

          “Yelah. Makanlah,” balasku menyerah. Bekas makanan yang tidak bertukar tangan itu, terus ditarik Jinki, pergi dahulu masuk ke dalam café sekolah. Sikit pun dia tidak menoleh. Aku tergelak kecil, lantas Taemin aku pandang. Menggeleng.

          Belum sahaja aku mahu melangkah, pergelangan tanganku terasa seperti ditarik perlahan. Aku pantas menoleh, keliru. Jjong.

          Taemin yang perasan akan ketiadaanku di sebelahnya, pantas menoleh ke belakang  memandang aku kehairanan. Cepat pandangan berubah kembali pada Jjong. Isyarat mata diberikan; dia mahu bercakap sebentar denganku. Aku mengeluh, memuncungkan bibir.

          “Kau jalan dulu. Aku dengan Jjong follow dari belakang,” wajahnya berkerut mendengar, mengangguk perlahan. Lantas langkahnya berat meninggalkanku. Jjong aku pandang semula, sebelah kening diangkat. Tangan dikepitkan, bersedia mendengar.

          Tanpa sebarang kata-kata, dia terlebih dahulu memulakan langkah meninggalkan aku terpinga-pinga  sebelum menarik aku untuk turut berjalan bersamanya di sebelah. Taemin yang berjalan di hadapan, sekali-sekala menoleh ke belakang. Memandang ke arah kami. Bingung. Apa yang tak kena dengan Jjong ni?

          “Soojung, I hope you know what you’re doing.”

          Ah.

          “I know. I’ll be fine. Thanks for worrying.”



          Kaki melangkah pantas, mengejar ahli-ahli bertugas yang lain – membantu untuk mengangkat lebihan fail yang masih tersimpan elok di dalam almari bilik sidang redaksi. Terkocoh-kocoh aku berlari sambil membetulkan ikatan rambut yang hampir terlerai.

          Dalam hati berdoa; janganlah dia sampai dulu.

          Pantas memanjat tangga, tiba betul-betul di hadapan bilik sidang redaksi tersebut. Cepat-cepat aku ambil fail yang sudah tersedia di kaki pintu. Booth kelas 2-3 dituju, meletakkan bahan bacaan tersebut di atas meja di sebelah guru kelasnya. Jinri yang bertugas untuk kelas itu, tersenyum – menunjukkan ‘ok’ menggunakan tangan.

          Nafas ditarik dalam. Fuh, penat woi.

          Memang waktu-waktu kemuncak inilah ahli sedang redaksi kuat mengeluar keringat. Masing-masing sibuk dengan tugas yang telah ditetapkan. Dan aku pula, terpaksa membantu Puan Park mengagihkan fail kepada bekas pelajar yang datang untuk majlis graduation hari ni.

          Pelbagai jenis gaya yang dipamerkan oleh kakak-kakak dan abang-abang senior yang hadir. Yang lelaki berambut panjang. Yang perempuan, makin berseri mukanya. Ada juga yang datang bersama teman yang lain; bergantung pada tongkat untuk berjalan. Gelagat masing-masing aku perhati, lantas ketawa kecil terbit dari bibir.

          Aku kembali menunduk, memeriksa senarai pelajar yang sudah pun mengambil fail graduation mereka atau belum. Senarai tersebut yang asyik diteliti sekali lagi, sebelum sebuah suara memanggil.

          “Taemin. Lee Taemin,”

          Lee Taemin?

          Kepala mendongak, melihat wajah yang sudah sekian lama tidak ditatap. Memang benar, itu dia. Itu dia!

          Aku tersenyum nipis, sebelum menyerahkan fail tersebut padanya. Tetapi situasi menjadi sebaliknya. Wajahnya kosong, tiada sebarang reaksi. Belum sempat aku mahu berkata apa-apa, suara di belakangnya mencelah.

          “Hai Soojung!” Jinki. Jjong di belakang, tersengih.

          Aku melambaikan tangan, menyapa mereka kembali.

          Selesai mengagihkan fail-fail tersebut, aku meminta diri pada Puan Park sebentar, mahu berjumpa dengan mereka. Jinki tidak putus-putus memberi komen tentang kaca mata yang aku baru pakai. Katanya, aku nampak lain. Aku mencemik. Tahulah hodoh. Diam ah.

          Mata melilau mencari kelibat Taemin. Namun dia tidak berjaya ditemui.

          “Kau cari Taemin? Dia dah pergi dulu dah,”

          Tergamam. Kami berdua senyap.

          “Hm, okey lah. Aku masuk dewan dulu. Nanti ada masa, kita jumpa lagi eh. Dah, bye bye,” katanya sambil menepuk bahuku. Senyuman kelat dipamerkan. Blank. Dia membalas senyuman, perlahan-lahan melangkah sebelum hilang dari pandangan.

          Kepala lantas ditundukkan. Perasaan bercampur-baur.

          Empat bulan.

          Empat bulan aku menahan rindu. Empat bulan aku tidak mendengar sebarang khabar berita darinya. Senyap sepi. Bahkan dari teman-temannya juga, tidak mengatakan apa-apa.

          I waited for you for so long. And you treated me like I’m nobody to you.

          It hurts. A lot.

+++++
END OF FLASHBACK.


          “Pandang siapa tu?” suara Jinri memecahkan suasana, menyedarkan aku dari lamunan. Lantas tangan berhenti melukis, lalu pensel yang dipegang kendur diletakkan. Mata dialihkan pula padanya. Berkerut kening. She knew?

          “Er, no one. Heheh,” aku tersengih comel. Dia lantas mengecilkan mata, merenung jauh ke dalam anak mataku, berusaha sedaya mungkin untuk mengetahui apa yang aku tengah fikirkan mungkin. Kolam matanya aku terus tatap selama mungkin, berusaha memberi ketidakselesaan padanya. Namun akhirnya, diri sendiri yang mengalah.

          Aku tergelak kecil.

          PAP!

          Satu tamparan hinggap di bahunya.

          “Tak payahlah tenung sampai macam tu sekali!”

          Selamba ketawanya terburai. Menggeleng kepala aku dibuatnya.

          Dia yang masih tidak puas hati, segera mengalihkan pandangan – ke arah jejaka yang dari tadi asyik aku perhati. Pandangannya berubah beberapa kali, sekejap padaku, sekejap padanya. Seolah-olah mahu memastikan sesuatu.

          “Kau tengok Sehun?”

          Kepala ditundukkan, berpura-pura tidak mendengar. Pensel kembali dipegang, menari-nari semula di atas kertas tadi. Mendengar dia menyambung. “Kau suka dia?”

          Terhenti.

          Suka? Tch.

          Bernanah telinga aku dengar perkataan tu.

          Love?

          I don’t believe in love anymore.

11 comments:

Unknown said...

err citer nih psl ape erk?xphm..Last..pon xphm.die ngn spe?

Anonymous said...

Cerita ni takde dasar pun sebenarnya. Takde pun male lead. Ini kisah Soojung ^^ I'll post and explainantion post later.

qiaraqila said...

kesian soojung. asyik kena tipu je T_T

Anonymous said...

I know right! I don't know why she could be so stupid too hm

ztra.znddn said...

una aku nages ni. salah kou hahahaha. nice story. daebak!

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHA /lap air mata/ /bagi gula-gula/ Thank you!

Yaddeu said...

nasib baik haku benci jongin keparat mentang2 encem sobs

Yaddeu said...

nasib baik haku nyampah kat jongin dasar keparat tau ah encem tsk

Anonymous said...

HAHAHAHAHHAHAHAA

Inas said...

Lawak ah yang SooJung tulis nota kat Myungsoo tu.Penat gelak serious >.< Btw, daebak story unnie ! ^^

Anonymous said...

lawak ke hahahahah benda tu berlaku betul-betul kot ._. /hides/ terima kasih!! /bows/