
Characters.
Julianna’s POV
Mataku digosok perlahan, lalu memandang ke arah siling yang berada di atas kepala. Sesekali mulutku terbuka luas, menguap panjang. Badan yang lemah perlahan-lahan ditegakkan. Lantas rambut yang kusut masai segera dirapikan dan diikat ‘messy bun’.
Badan dipusing, menghadap ke katil sebelah. Sebuah figure manusia yang sedang nyenyak tidur, kini membetulkan posisinya dengan mengiring menghadapku. Di luar sedar ciri-ciri wajahnya aku perhati satu-persatu. Dari matanya yang tertutup rapat, hidungnya yang sedikit mancung, dan kini beralih pula kepada bibir berwarna ‘light pink’ kepunyaannya itu. Tanpa disuruh, otak laju memproses segala kejadian yang berlaku pada hari semalam.
Tsk. Chanyeol oppa memang mengada.
FLASHBACK.
“Annyeong, saya Suho. Leader EXO-K.”
“Annyeong, saya D.O.”
Perlahan-lahan kepalaku mengangguk. Jane melambaikan tangannya, mendapat segaris senyuman dari mereka sebagai balasan. Pandanganku kini beralih pula ke arah lelaki yang bersebelahannya. Mengharap yang dia akan perkenalkan dirinya. Dari raut wajahnya, dia tidak berapa senang akan kehadiran aku di sini. Hmph.
“Kai.”
Kai? Itu je? You’ve got to be kidding me.
Dia nampak berbeza di luar dan di dalam video MAMA.
Nampaknya tak jadilah aku nak masukkan dia ke dalam bias list aku.
Er.
“Annyeonghaseyo, saya Julianna. Panggil je Sooyoung. 18 tahun.” serentak mereka mengangguk. Aku memandang Jane, yang sedang leka bermain dengan kukunya. Aku menyiku lengannya, terus dia tersedar dari lamunan. Lantas aku dijelingnya geram.
“Kita pernah berjumpa dulu. Saya Jane. Panggil Soojin je. Tua 2 minit dari si gedik ni.” Kai kupandang sekilas. Kelihatan dia sedang tesenyum, sambil memandang tepat ke arah Jane. Tersedar apa yang baru sahaja Jane katakan, lantas pandanganku kini beralih kepadanya. Aku menjelingnya tidak puas hati. Tak guna kau Jane.
“Hoi siapa yang gedik? Serigala jadian. Tsk.” tanganku didekapkan, lantas lidah dijelirkan ke arahnya. Jane sudah bersedia untuk beradu. Namun hasratnya terhenti apabila mendengar beberapa buah ketawa kecil datang dari Sehun dan Suho.
“Ugh. Jaga. Kau. Nanti.” bisiknya perlahan, seakan-akan mengugut.
“Aku tak takutlah, serigala.” sekali lagi aku mengujinya. Jane memandangku dengan pandangan ‘kau-nak-mati-ke-apa’. Kedua-dua belah keningku diangkat, seolah-olah sudah menang.
“Ah okay, panggil saja saya dan D.O oppa memandangkan kami lebih tua dari kamu berdua. Tapi terpulanglah mahu panggil Kai dan Sehun apa memandangkan Kai seorang fast-94-er dan Sehun sama umur dengan kamu berdua.” Jelas Suho- oppa. Aku dan Jane saling berpandangan, memikirkan apa yang harus kami panggil mereka berdua. Ah, awkward!
“Baiklah o-oppa.” suara kami bersatu. D.O oppa yang tadi hanya tersenyum segaris, akhirnya barisan giginya yang putih jelas kelihatan. Aku tersenyum, geli hati. Comel, memang comel.
Aku memandang ke arah Kai. Buat seketika anak mata kami berlaga. Baru sahaja aku mahu menunjukkan senyumanku ke arahnya, dia terlebih dahulu menyapaku dengan jelingan tajamnya itu.
Well well well.
What's his problem?
“Sooyoung-ah, bila tarikh lahir kamu?” Sehun memeluk tengkukku, menyedarkan aku dari lamunan. Membuatkan aku sedikit terperanjat akibat dari the sudden move made by Sehun. Sehun memandangku, ketawa perlahan. Aku berdehem kuat, seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di kerongkong sebelum menjawab pertanyaannya.
“April 16.”
“Yes! Korang berdua boleh panggil saya oppa!” tangannya yang memeluk kemas tengkukku, kini terlepas dek melompat kegembiraan. Chanyeol oppa yang memerhatikannya dari jauh, digeleng-geleng kepalanya. Jane mengenyitkan sebelah matanya padaku, memberi isyarat untuk mengenakannya.
“No.” aku dan Jane bersuara. Sengaja mahu mengujinya. Sehun yang tadinya melompat tak ingat alam, kini berhenti serta-merta. Lantas bibirnya dicebikkan, tidak puas hati.
“Ah, waeeeee~?”
Aku dan Jane berpandangan, lalu tersenyum menang.
“Baekhyun-ah, keluarlah. Tetamu kita dah sampai ni.” Suho oppa mengetuk pintu biliknya dengan perlahan. Oh, that eyeliner guy. Patutlah aku rasa macam ada benda yang tak cukup. Dia tak muncul rupanya.
Bunyi tombol pintu dipulas, lelaki itu kini berdiri di hadapanku. Sambil memegang sebuah kotak tisu, dia memandang ke lantai lalu dadanya diusap perlahan.
“Annyeonghaseyo, jeoneun-”
Dia memandang ke arahku. Buat seketika, anak mata kami berlaga. Segala peristiwa yang berlaku sebelum ini, serta-merta bermain semula di minda.
“Neo?!” sergahku tiba-tiba. Dengan pantas mulutku segera ditekup, terkejut kerana tersembur tanpa diduga.
Aku memandangnya sekali lagi. Matanya yang tadi bersinar bak cahaya bulan di tengah malam, akhirnya bertukar menjadi gelap gelita. Dia memandangku dengan perasaan yang penuh dengan benci. Aku merenung jauh ke dalam anak mata empunya dia. Mencari-cari maksud tersirat di hatinya. Malangnya, tiada satu pun dapat dibongkar. Seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu.
“Sooyoung-ah, kenal Baekhyun hyung?” tanya Sehun. Chanyeol oppa kupandang sekilas. Matanya berkelip-kelip, keningnya sedikit terangkat. Menunggu jawapan daripadaku. Aku menarik nafas dalam. Apa yang perlu aku jawab ni?
“Tak. Dia salah orang.” balas Baekhyun pendek. Aku memandangnya dengan rasa tidak percaya. Why- he..?
Okay, about Kai berbeza di luar and dalam video tu.
I take that back.
This guy’s much worse. I just don’t know why.
Nafas yang tadinya ditahan, segera aku lepaskan. Lantas memerhatinya memulas tombol pintu, membawa dirinya yang seakan-akan tidak bernyawa itu masuk ke dalam bilik.
“Jangan risau sangat pasal dia tu. Dia memang macam tu sikit. Lama-lama nanti okey lah dia tu.”
Mendengar penjelasan D.O oppa itu, perlahan-lahan kepalaku mengangguk. Otak masih lagi memainkan semula peristiwa itu secara berulang-ulang kembali. Pandangannya itu, sama seperti cara dia memandangku semasa di pasaraya dulu. Cuma kali ini, pandangannya lebih gelap. Aku tidak pasti mengapa.
Dia bencikan aku?
Tapi kenapa?
Takkan sebab kejadian dulu tu kot?
“Uh, tak apalah. Sooyoung masuk bilik dulu.” mata memandang ke arah empat buah bilik yang terletak di hadapan mata. Menggaru-garu kepala yang tidak gatal, “Er, mana satu bilik Sooyoung eh?”
Chanyeol, Suho, Sehun dan D.O oppa ketawa perlahan.
“Bilik yang sama Baekhyun hyung masuk tadi.” dengan selamba oppa memberitahuku. Terkebil-kebil aku memandangnya. Apa?
“Eh, kenapa pula?! Habis tu Soojin macam mana?”
“Pasal Soojinlah oppa buat macam ni. Sooyoung dah lupa tentang penyakit Soojin?” Soojin memandangku. Lalu otak kembali ligat memproses segala maklumat. Ah, dia achluophobic. Dan aku tak boleh tidur kalau lampu tidak bertutup. Keluhan berat sekali lagi dilepaskan, lantas kepala mengangguk perlahan.
Darn you, Park Soojin.
“Uh, arasso.” balasku ancuh tak ancuh. Tangan segera mencapai beg pakaian, lalu kaki dengan lemah menuju ke biliknya. Tombol pintu dipulas, membawa masuk beg ke dalam bilik.
“Tak nak makan dulu? Oppa dah masakkan spagetti dan nasi goreng kimchi. Jomlah.” ajak D.O oppa. Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala, menolak ajakannya.
“Nantilah Sooyoung makan. Jangan habiskan pulak!” jari telunjukku dihalakan ke arah mereka. Sehun tergelak kecil. Lantas D.O oppa menunjukkan ‘ok’ sign, sambil mengenyitkan sebelah matanya.
“Selamat malam!”
Pintu ditutup rapat. Lalu belakangku bersandar pada pintu. Mata tertumpu ke arah Baekhyun yang sedang tidur. Tangannya memegang dada, sesekali terkeluar bunyi batuk dari celah kerongkongnya. Aku mengeluh perlahan, lalu tangan digenggam erat, menyuruh diri untuk bertenang.
END OF FLASHBACK.
Rambut yang basah kulilit menggunakan tuala. Kaki melangkah keluar dari pintu bilik air lalu segera menuju ke bilik. Kelihatan Baekhyun sudahpun mencelikkan matanya. Tangannya memicit-micit kepala, masih terdengar lagi bunyi batukan keluar dari mulutnya.
Ada something yang tak kena ni.
“Baekhyun-ssi, kwenchana?” aku mendekati Baekhyun. Dahinya yang berkerut seribu itu dengan serta-merta hilang dari pandangan. Aku dipandangnya, seakan-akan menyuruhku untuk pergi.
“Baekhyun-”
“Go away.” dia mendengus geram. Pandangannya lebih menakutkan daripada biasa. Dengan berani, aku makin mendekatkan jarak antara aku dengannya.
“I said, GO.” sekali lagi dia mendengus. Tanpa diduga, tanganku pantas menyentuh dahinya. Seluruh badanku menjadi panas dek bahang badannya yang melampau mengalir laju masuk ke dalam badan.
Oh my gosh. Dia demam!
Tanpa berkata apa-apa, kakiku segera melangkah keluar dari bilik, menuju ke dapur. Dengan pantas aku mencari-cari barang yang boleh digunakan untuk memasak bubur. Sebaliknya apa yang aku temui, sekeping nota ditampal di peti sejuk.
Sooyoung-ah. Mian sebab tinggalkan Sooyoung dengan Baekhyun hyung berdua dekat rumah tak beritahu. Baekhyun hyung tu tak sihat, jadi dia tak boleh ikut kami practice. Oppa nak Sooyoung jaga Baekhyun hyung, boleh? D.O dah masakkan bubur. Sooyoung boleh ambil di bawah tudung saji. Ubatnya pun ada sekali di situ. Sooyoung boleh jaga dia kan? Aja aja fighting!
Love, Chanyeol oppa.
Aku menghela nafas panjang. Patutlah aku rasa senyap semacam. Mujur oppa dah siapkan segalanya. Mangkuk bubur tersebut segera aku ambil. Diletakkan sekali bersama air masak dan ubatnya di atas dulang, lalu kubawa masuk ke bilik. Baekhyun memandangku, wajahnya kembali berkerut. Tanpa disuruh, aku duduk di sebelahnya lalu menghulurkannya bekas makanan tersebut.
“Nah, makan bubur ni. Lepas tu makan ubat. Oppa suruh Baekhyun-ssi berehat.” senyuman semanis mungkin cuba dipamerkan. Sebaliknya dia tidak membalas apa-apa. Bubur itu dipandangnya kosong. Lantas diletakkannya ketepi. Aku memandangnya aneh. Kenapa dengan dia ni?
“Kenapa tak makan?”
“Pergi.”
“Kenapa-”
“Aku kata pergi!” sapaannya itu hampir membuat jantungku gugur. Dada kuusap perlahan, lantas kolam mataku mulai berair. Bibir bawah kugigit, cuba menahan sebak. Aku hanya mengangguk perlahan lalu segera bangun dari katilnya.
“Kalau Baekhyun-ssi perlukan apa-apa. Panggil je, ya?” senyuman kelat dipamerkan, seolah-olah memahami akan permintaannya. Kaki kemudian beransur melangkah melepasi pintu bilik. Pintu bilik ditutup rapat, lantas belakang badan bersandar pada pintu tersebut. Air mata yang ditahan, dengan deras mengalir di pipi. Entah mengapa aku terasa sakit hati.
Jujur aku cakap. Tidak ada rasa sedikit pun terdetik di hati untuk membencinya.
Cuma aku sedikit kesal. Kalaulah dia sedikit baik, mungkin kami dah berkawan sekarang.
Tapi, aku tak salahkan dia.
Well. This is going to be hard.
Lame chapter. Mengantuk punya pasal puii. Thank you sebab sudi baca!
9 comments:
best best ...
lol kenapa baekhyun perangai camtu ?
si sooyoung ikhlas nak tlg .. aish..
keras hti baekhyun nie.. :D
Ah, tak tahu? Unnie pun tak tahu kenapa dia berperangai macam tu hahahahaahaha. Kita tengok je nanti acane. Anyway, thanks sebab baca!
Best! Update lahh :)
husnaaaaaaaaaaaaa sambung~
Mashitah : Hahaha thank you. InsyaAllah dalam masa yang terdekat :)
Vyner : Hahahahahaha. Baiklah baiklah xD
Sambung , sambung !
Baiklah baiklah. Sedang berusaha keras sekarang ni haha.
sambung sambung ~ *goyang punggung*..luls,best-ah.nak nangis dah part last tu.*asal aku emo sgt ni*
*tepuk-tepuk punggung* Baik baik. Nanti adalah tu chapter baru muahahahaha :3 Ala takyah ah emo. Baru sikit je tuh XD
Post a Comment